Monday, April 2, 2012

eksiden ngeri di highway.

oh. hai kawan2.

entry kali ni mengisahkan tentang yang tertera di atas. pengalaman2 ku yang boleh tahan menyirap darah jugak lah bila dok atas highway. so nak cerita pasal dua kejadian je la, first di highway changloon and second di highway nak ke sungai petani , kedah.

oke first nya cerita kereta mati di tengah jalan. pasai apa? pasai minyak tadak~ haritu aku pergi la kat UUM, universiti kebanggaan kedah tu untuk kirim barang kat akak aku, and duet sekali (setelah diorder oleh bapak aku) so lepas melwat kakak aku tu duet poket mmg ada sikit jela. tak sampai sepuluh ringgit pon. and aku pon sedar tengah2 jalan nak pi ke sana tu icon petrol dekat kereta viva dah start berkelip-kelip. adek aku tanya

''wei ngah, tak mau boh minyak ka?''
'' boh minyak apa, duit pon tadak ni, nk bagi dekat along satgi. takpa la, mama kata kalau minyak ada satu takuk boleh jalan lagi ''

memang mama aku cakap mcm tu. tp aku faham lurus bendul sangat. aku engatkan kalau takuk minyak kosong baru kena isi. memang malang tak berbau lah, sikit2 je bau. haha.

nak jadi cerita, before balik aku ronda UUM dlu, bg adek kecik ak tengok. pastu singgah pekan changloon beli juadah bukak puasa and berenti makan sat. so time tu memang magrib dah la. haa..kat sini la yang tak best nya. lepas je pekan changloon dalam satu km... pedal minyak yang ditekan dah tak memberi kesan apa2 ke atas acceleration kereta. malah sangat decelerate. adakah pedal telah paralaysed? oh tidak. minyak sudah habis. HABIS KONG! we're fucked. so dari tengah jalan aku hentikan kereta kat tepi jalan. mujur sempat. berhenti antara masjid ngan petronas yang ada kat jalan seberang.

yang jadi gabra bukan minyak takda. yang tu kira okay sebab boleh cari jalan nak g isi minyak dalam botol whatsoever. aku pon dah tlepon rumah, bapak aku akan gi sana lepas solat magrib kat surau. tapi gelap malam tu yang meresahkan. tahu saja lah, lori2 gedabak tu kat area ni agak rakus meluru atas jalan. takut dorang tak nampak kereta yang tak mampu menghidupkan lampu ni and...dush! haa. sudah. hujan pon renyai2. isi kereta ada tiga orang. aku, adik kembaq sorang and adek pmpuan ak sorang. yg kecik tu dah diam dah. takut kot.

time ni la baru teringat allahumma yassir wa laa tuassir. rabbi tammir bil khair.
bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syaiun fil ardi. wala fissamaai wahuas samiiqun alim~

allahumma yassir wa laa tuassir. rabbi tammir bil khair.
bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syaiun fil ardi. wala fissamaai wahuas samiiqun alim~


allahumma yassir wa laa tuassir. rabbi tammir bil khair.
bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syaiun fil ardi. wala fissamaai wahuas samiiqun alim~


dok parking agak lama selepas tu, aku saja start kereta balik. and alhamdulillah, berjaya dihidupkan. and try jalan sikit...alhamdulillah lagi. boleh. ikut perkiraan fizik dan logik, memang rasanya boleh gagah jalan sampai ke petronas. nasib baik mengena terkaan. so boleh la isi minyak...klu tak boleh pon selamat la sikit dari bahaya kena langgar.

kira la kami berapa ringgit ada. aku ada rm4, tini ada rm3. rm7 nk isi minyak kereta? haha. so aku pon decide nak g cucuk duet dalam sepuluh. hmm...mesin lak wat hal. tp lepas sepuluh minit boleh jugak cucuk duit. so alhamdulillah berjaya isi minyak dan pulang dengan selamat dalam gelap malam hujan renyai2 tu.

bawak pon slow2 ja, bila ada trailer yang memotong laju rasa seram jugak la. bunyi yang menerpa bila bukak cermin tingkap macam bunyi hantu nak terkam orang...vroooohhh~ ( tak pandai describe bunyi )

adik imanina macam startled kot . so fatini suruh nina dok dekat dia, memeluk bagi menenangkan.

so moral of the story. jangan lupa isi minyak bila berjalan jauh. and sila baca doa naik kenderaan.

..........................rasa entry macam panjang. insiden kedua di post yang lain lah ye. :) ...................