Thursday, September 14, 2017

Attending a Dead Person

Hari ini, jiran aku panggil. Katanya suaminya dah lain macam. Uncle (jiran aku) ni dah 93 tahun dan dah lama sakit-sakit. Baru-baru ni dah masuk wad lama tapi akhirnya hospital hantar sebab dah tak boleh nak tolong apa sangat dah.

Jadi, disebabkan mak ayah aku takdak kat rumah, aku pun pergi lah rumah jiran ni. Aunty cakap Uncle macam tiba-tiba menggelupur pastu tak sedar apa dah jadi panggil aku. Sebagai medical graduate, cuak jugak lah aku. Nak confirmkan sendiri yang Uncle dah tak ada ke nak panggil hospital ke macam mana? Orang pertama kot yang jumpa selepas Aunty kasi tahu.

Bila dah biasa dengan exam, benda first terpikir nak buat ialah cek nadi, nafas. Nadi karotid Uncle dah tak rasa, nafas pun macam sikit-sikit. Bergegas aku ambil stethoscope kat rumah, cek jantung ada lagi tapi sluggish. Jadi... dah tak ada ke.. atau masih hidup? Biasa kalau kat hospital boleh lah tengok ECG ada flat line macam kat drama tu boleh confirm kan lah dah tak ada.

Terpikir pulak pasal brain death. Walaupun macam so-so nafas, boleh jadi ni sat ja sebab saraf tunjang masih berfungsi kejap walaupun takdak aktiviti dari otak dah. Antara cara nak cek ialah periksa reflek mata, reflek corneal, dan tengok ada nafas tak. Kalau tak ada boleh katakan brain death. Even kalau masih boleh resuscitate, dalam umur Uncle yang 93 tahun ni, biasanya kita lepaskan aja, biar dia pergi dengan tenang. Btw, cara lain macam jari-jari dah makin sejuk, rigor mortis, darah pooled dekat tempat yang dependent pun antara tanda-tanda kematian.

Tapi bila aku sorang-sorang, tengok Aunty yang macam berharap Uncle masih ada, hang akan jadi dilema. Nak cakap dah takde ke.. or all the very subtle signs memang all false hope dah?

Aunty dah call sorang sister, dan dia pun tak dapat karotid. Kitaorang pun ayah aku, ustaz, jiran-jiran.. dan call pihak hospital untuk mengesahkan kematian. Jadi bila ambulans sampai, medical assistants yang datang cakap ni memang dah tak ada dah. I guess dorang pun tak dapat carotid dan buat beberapa pemeriksaan macam yang brain death test tu kot sebelum cakap yang Uncle dah tak ada.

Ustaz dan JKK pun rancang urusan memandikan, solat, dan tanam jenazah. Lepas tu aku ada sembang dengan seorang doktor. Dia cakap memang kalau jadi doktor, tambah2 yang masih baru, kita akan pikir semua ni. Kalau ada alatan dan sebagainya lagi bagus. Tapi sebagai seorang Islam, mati tu apa bila roh dah dicabut dari jasad. Dari cerita Aunty mula-mula tu pun boleh kata itulah peristiwa nya. Doktor pun bukan Tuhan, kalau dah roh dah pergi, hang buat resuscitate semua tu pun apa gunanya dah. Memang bukak minda jugak lah aku.

Harap nya masa dah jadi houseman nanti otak dapat berfikir dengan lancar lah dan always be prepared nak buat apa. Being a first contact tadi memang satu pengalaman yang susah nak lupa... nak contact sape, proses dan buat kalau dah meninggal macam mana dsb..

Anyway, dari Allah kita datang, kepada Dia jugak lah kita kembali. Moga roh Uncle dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.


Wednesday, March 8, 2017

Rival dan Potential

Cikgu Psychiatry aku pernah cakap..
'' The problem with you guys, is most of you think lowly of yourself when you actually did pretty well''..

Rasanya memang banyak ja yang macam ni. Rasa sendiri tak cukup sempurna. Walhal dari mata orang lain, depa nampak potential kat kita. Btw, cikgu psychiatry aku ja cakap camtu. Kalau pensyarah dengan prof yang ajar pembedahan, contrast gila weii.. ''I can't believe people like you guys are already in final year.. I am so disappointed''.. haha.

So nak ambil komen yang mana? Pada aku, elok lah kita strive for the better result pada masa yang sama have some pride in ourself that we are not too bad. Buktikan yang kita boleh. Orang ludah tahi kat kita jangan la makan. haha. Kompiden sikit ... Unless you are really .. shit. Well, pardon aku punya language. Dah kaki game memang bahasa tak tapis sangat.

Balik pada tajuk rival, kekadang kita seperti yang aku cakap tadi tak dapat nak ukur potensi diri sendiri, jadi antara salah satu cara untuk bangkitkan dan tingkatkan potensi dan kemampuan kita adalah dengan mempunyai... RIVAL.

Term Rival ni biasanya merujuk kepada orang yang sama kelas/bidang dengan kita, atau mungkin kawan kita yang kita jadikan dia sebagai pencabar ataupun orang yang kita aim nak kalahkan. Sapa ja yang naak jadi looser kan. Jadi dengan adanya rival kita akan lagi pumped up untuk berjaya. Kalau takdak rival.. maka kita mostly akan jadi mandom.. dan hanya nak kejar lulus sahaja. .. Well, rasa macam tikam diri sendiri pulak.

......
Dulu masa zaman tadika, aku ada rival. So aku antara yang top. Masa sekolah rendah, pun ada rival. Terutama dari darjah 3,4,5,6.. Setiap tahun ada ja budak baru masuk yang tetiba meletop dengan kepandaian... maka dok jadi banyak pesaing.. Memang rasa syok bila dapat kalahkan depa, tapi rasa tak syok gak la bila dok bawah depa. Yang bestnya, aku tak rasa putus asa kalau dok bawah depa tapi lagi semangat lagi ada lah.

Masuk sekolah menengah, masa menengah rendah takde rival pun so prestasi bodoh2 je.. tapi lepas tu dah ada banyak rival.. dari sains agama, sains tulen, dengan sains teknikal. Persaingan masa tu memang best woah. Kalau balik rumah masa weekend, nak tidur pun dok risau nanti rival stadi kita tak stadi macam mana.. haha. sampai tara tu. Tapi actually, risau takat risau ja lah. Balik rumah dari asrama tu 'qada' tidoq jugak... standard la kan budak asrama.

Tapi masuk zaman lepas SPM, kolej, uni... aku dah tak dapat dah feel rival. Banyak kisah untuk lulus exam ja mostly. Rasanya mungkin sebab banyak kawan yang superficial.. polisi2 mengarut.. esainmen yang tak habis-habis.. struggle nak speaking english ja memanjang.. dan of kos la salah diri sendiri gak kot nak enjoy ja zaman universiti.. Rindu pulak rasa nak compete dapat top spot. Tapi susah nak dapat feel tu balik. Sobs.. Buat yang macam situasi aku ni.. rasanya eloklah set some person yang kau rasa kau boleh buat target at least. Tak bermakna kita target budak distinction pun jadi target rival kita. Sapa2 saja pun ok. Sampai dah lepas sorang tu, kita aim higher. Ni aku rasa salah satu jalan lah..

Rival pun tak terhad pada pelajaran saja, tapi boleh merujuk ke mana-mana situasi pun. Kita je kena pilih. Satu lagi, agak baik jugak kalau kita jadikan diri kita Rival kat kawan2 kita, terutama yang selalu kita bersama macam housemate, rakan2 whatsapp, steam etc. Rival yang macam mana? Rival ke arah kebaikan.

Contohnya, masuk waktu solat je.. terus gi solat. Tunjuk kata pi masjid. Depa yang tak suka pi masjid pun macam tergerak nak pi. Takpun, baca Quran lepas solat ke.. Bukan nak menunjuk ke ape.. tapi ikut pengalaman aku pun.. orang lain pun inshaAllah yang tengok kita tergerak hati sikit nak buat benda baik jugak. Kalau nak ajak sekali tu.. boleh je sekali sekala tapi jangan sampai mengajak nak paksa sudah la. Ada je kan pepatah arab yang cakap, kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pun akan kena tempias wangi dia jugak.

Again. Have a Rival. Bring out your potential. Most of us actually don't know how great actually we can do!




Kawan, Teman, Rakan

Pernah ke korang ada rakan karib? yakni best friend? Kalau ada, untunglah. Sebab sepanjang pengetahuan dan kesedaran aku, aku tak pernah ada rakan karib pun. Rakan-rakan baik ada lah. But they will eventually ikut haluan masing-masing. So, sapa yang ada rakan karib tu, treasure lah betul-betul ye.

People come and people go. Setiap pertemuan pun pasti ada perpisahan, terutama ketika masih belajar. Boleh jadi bila kita jadi classmate, or batchmate, memang banyak memori yang kita boleh cherish together. Tapi bila dah naik semester/tingkatan baru, kelas pun dah bertukar, keakraban tu boleh jadi kian pudar, dan adakalanya rakan baik jadi rakan sahaja. After tukar tempat belajar, dari rakan, tukar jadi teman kenalan. Kiranya, apa yang bonding kita tu kebanyakannya common ground lah. Rumah sukan sama, batch sama, minat sama, menyokong kumpulan yang sama... etc. Tapi bila satu2 common ground dah takde, persahabatan tu tak berapa nak kuat dah. Ia agak menyedihkan jugaklah bila orang yang kita kenal jadi orang yang 'somebody that I used to know'.

Tapi adakah semua perhubungan macam itu? Dengan tak contact dah tu bermaksud perhubungan tu dah terputus terus? Kat sini part sweet dia. Nilai tu masih boleh ada sebenarnya. Even lama tak jumpa pun, sesetengah rakan kalau jumpa balik, boleh peluk sampai taknak lepas. Sebab apa? Sebab ada memori2 indah yang kekal dalam hati masing2 dan mengekalkan ikatan antara rakan-rakan ni, walaupun masing2 sibuk dan tak tanya khabar sangat. Jadi, jangan bersedih sangat kalau tiba masa nak berpisah. Kalau dah ada memori bersama, most likely perhubungan ni akan bertahan. I mean ikatan atau bonding tu, even kalau salah sorang dah mati pun. Bercakap pasal ikatan, ikatan yang paling baik kita boleh ada dengan seseorang tu ikatan iman lah. Yang ni memang bond kuat punya. Tapi dengan rakan-rakan non-muslim ataupun teman biasa2 yang lain, bonding dengan memori tu agak reliable juga.

Yang penting bukan banyak mana kawan yang kita ada pun sebenarnya, tapi berapa ramai kawan yang kita somehow boleh affect hidup dia, dan rakan yang boleh bagi kesan kat hidup kita jugak. Benda macam ni memang selalu diingat. Contohnya, budak2 nakal waktu sekolah, bila dorang dah besar jadi orang yang berguna, akan ingat kat cikgu disiplin dorang yang tak jemu mendidik dorang waktu dorang nakal dulu. Dan bila ada unsur-unsur yang menyentuh hati dan kehidupan ni, time limit tu tak penting pun. Walaupun pertemuan tu kadang2 dua bulan je, contohnya masa PLKN or masa seminar/kem mana2, kalau lah kita dapat sentuh hati orang tu, lepas berpisah pun nilai sahabat tu sentiasa ada.

Jadi hargailah kawan. Atas kertas, memang mula2 tu kawan sebab kepentingan diri sendiri je pun. Ni memang banyak berlaku. Kawan sebab dia kaya, kawan sebab dia ada kereta nanti boleh tumpang, or kawan sebab dia banyak kertas soalan past year etc. Yelah mula-mula orang semua tertarik dengan 'ganjaran' yang dorang akan dapat kat depan mata, dia tak pergi ke hati lagi. Cuba la korang ni orang femes, ada bakat, kaki buat video apa tu, berduyun orang nak kawan. Tapi sampai bila je berkekalan? Tengok Mat Luthfi dah la. Senior sekolah aku tu. Time kat sekolah takde nak autograph apa semua sebab tak femes lagi tapi sekarang kalau jumpa kat event sekolah ka jumpa kat mana ka tobat kait abes common ground yang ada. lols. Tapi kalau kau sedar yang kawan ni better ada long term effect dan perlunya menyentuh hati dorang, jangan la selfish. Masing-masing support masa gembira, masa susah. Kawan tkde kereta, bagi je tumpang. Ada rezeki lebih, belanja member. Lagipun rezeki kita tu Allah bagi bukan untuk portion kita sendiri ja. Ada portion untuk amalan, kawan-kawan2, komitmen, simpanan dan lain-lain.

Anyway, post ni pun bukan tulis sebab apa, sebab teringat kat kawan2 lama ja. Walaupun aku ni sebenarnya bukan jenis yang banyak cakap, jarang bertegur sapa, aku appreciate sorang2 kawan aku. Harapnya, semua berada dalam keadaan yang sihat la eaaaa...

*RIP buat member2 yang decide that we cant be just  friend XD. Moga korang pun doing well yee, I treasured those memories too~ haha*


ARIGATOUUU


Wednesday, November 2, 2016

Is Pokemon Go Has Dead?

Assalamualaikum semua.

Hidup ini ibarat roda. Kadang-kadang kat atas, kadang-kadang ada kat bawah. Begitu juga dengan hype2 yang selalunya berjangka masa pendek or short-lasting, including permainan yang dulunya macam pisang goreng panas, Pokemon Go.

Budak2 kat uni aku mula-mula memang banyak main, even my professor pun main kot. Tapi sekarang semua dah tinggalkan game ni. Not fun anymore, kata diorang. But I'm still here playing this game haha.

Pandangan aku lah, yang ramai mula2 main tu just nak ikut trend ja. Lumrah lah, nanti dah sebulan dua mesti surut punya. Takdak dah dok kata ini haram itu haram buat forum dan sebagainya. Tapi masih ada la yang masih dok judge orang yang main Pokemon Go ni, whatever lah. Pokemon Go is not dead yet guys, cuma mostly orang yang ikut trend je akan lama kelamaan bosan dengan game yang perlukan komitmen (nak kena jalan berkilo-kilo meter). Orang yang kipas-susah-mati Pokemon will stick to this game tho. And buat yang berenti setengah jalan tu, nak bagitau kat hampa, there is so much improvisation in term of gameplay sekarang.

We have now gym battle system yang improvised, buddy system (walk with buddy to get candy), appraisal system, Pokemon Go Plus, and some eggs hatching changes. Not bad update at all, and certainly more to come. Dan baru-baru ini dorang buat event sempena Halloween, basically banyak spawn pokemon ghost, dan earn double candy untuk setiap benda yang korang buat (catching, transferring, hatching pokemon). So much fun boys, banyak Pokemon aku boleh evolve bila dapat double candy!

Tapi some of the update agak harsh la untuk peminat game ni sebab dorang memang tekankan berjalan untuk dapat distance walk. So untuk orang yang drive sambil main, or passenger, or naik kenderaan awam mmg susah la sikit sekarang. Dengan kena ada space kat fon yang banyak untuk update game, long lasting battery for high battery demand (sbb pakai gps and especially bila guna gyrosensor), new update system, banyak faktor gak yang menyebabkan game ni makin kurang dapat sambutan. Niantic tekankan banyak konsep 'unique gameplay' dari 'fun gameplay', so sometimes it is a bit inconvenient to play.
Akhir kata, Pokemon Go is not dead, it is still blossoming, and there are true fans of this game. People are still playing, gym is still taken over time by time (except that level 10 gym -,-). Hopefully more improvisation to come!\
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

That's all for Pokemon Go. Btw, siri pokemon anime XYZ baru je tamat. Memang for me one of the best of pokemon series ever! Armourshipping ASH-Serena, bonding evolution Ash-Greninja, Clembot, Mega-Evolution... pergh. mindblown wei. Walaupun such a disappointment towards the end, tapi ending dia sangat touching dan main banyak emosi lah. Haih. Bila throwback balik boleh nangis den. Thank you semua yang jayakan POKEMON XYZ. Thank you!!
Image result for ash greninja

Pokemon Sun & Moon pun nampak promising, walaupun watak Ash macam apa lagi. Tapi nampak banyak darker element dan I see some potential in this upcoming series. Once a fan, will be always a fan. Nerd betoi aku noh. haha. Okelah. See you guys again ~


Sunday, September 4, 2016

Bagusnya Pokemon Go!

Seperti yang dinyatakan dalam entry sebelum ni, selain dari potensi keburukan aplikasi Pokemon Go ni, banyak jugak kebaikan yang aku rasa  ada dalam permainan ni. Selepas sebulan main, ni review aku.

1)    Dengan join sekali main, boleh la buat modal sembang dengan player2 lain. Aku rasa yang main Pokemon ni umumnya dari beberapa golongan especially;

- orang yang sentiasa ikut perkembangan semasa
-orang tahun  80-90an yang membesar dengan pokemon
-gamer/ nerds

Ada jugak aku nampak lecturer aku yang umo 40-50 tahun pun main, siap tawan gym lagi. Hebat betul. Anyway, setiap golongan ni pun main atas sebab2 yang tertentu. Ada yang saja try pastu uninstall, ada yang nak jadi collector pokemon, ada yang competitive nak tawan gym untuk group masing2, dan ada yang jadikan platform untuk streaming from computer (using cheats, which aku sangat tak suka spoofer2 ni). Anyway, point aku ialah sebenarnya sebagai satu game, dia jadi fenomena global wa cakap lu. Jadi dari sisi pandang aku yang casual gamer ni, lebih banyak orang yang enjoy dengan apa yang aku enjoy, maka boleh la open up untuk topic conversation dengan bukan sahaja rakan2 gamer dan peminat anime pokemon yang sedia ada, malah orang2 yang sebelum ni tak pernah main game pun. It's a blessing in a way for me. Untuk DOTA2, nak sembang2 deep pasal dota, gameplay dan sebagainya hanya dengan limited rakan yang bermain sahaja, which is tak ramai pun.Tapi dengan Pokemon Go, benda macam ni boleh buat dengan lebih ramai kawan!

 2) Selain tu, game ni pun buat orang yang sofa ubi keledek (potato couch) bergerak, berjalan dan mengembara! Ok sounds too dramatic but hey, it's true. Untuk menetaskan telur pokemon, kita dikehendaki berjalan sebanyak 2km, 5km, 10km depending dengan jenis telur. Walaupun banyak yang cheat dengan bukak apps dan memandu secara perlahan, tapi mereka jugak akan ambil inisiatif untuk berjalan. Contohnya, kalau destinasi yang nak dituju tu tak jauh mana sangat, some people will opt to parking kat satu tempat, then jalan ke destinasi yang seterusnya sebab antara destinasi tu ada pokestops dan jugak dapat walking distance untuk hatch pokemon egg. Taku kurang juga dengan orang yang tak pernah jogging tapi decided to jogging kat tasik sambil hatch egg or having a morning and evening walk /cycling around taman perumahan. Secara tak langsung, game ni telah menggalakkan orang ramai bergerak, berjalan kaki dan berbasikal serta aktiviti2 sihat yang lain. I myself considering untuk beli skateboard ronda2 taman sambil hatch egg kot. Selama ni dok terperap je kat rumah la ni rajin gak la jalan2 keluarkan peluh.

Selain dari jalan/cycling untuk hatch telur, aku pun jadi adventurer 'mengembara' dan explore taman2 yang sebelum ni tak pernah ronda pun kat sana. Seriously. Sebab nak hunt cari pokestop dengan pokemon je pun. Kalau jenis bukan kaki berjalan, biasanya memang kalau pindah tempat baru pun akan tak kemana. Tau jalan ke rumah je. Hehe. Tapi dengan main game ni, semangat meneroka dan ronda2 kawasan baru tu sentiasa ada. Aku siap discover jalan shortcut baru lagi kot. Feeling dia agak awesome la jugak. Sambil ronda, dapat item dari pokestop, dapat pokemon baru menetas.

Image result for cute pikachu exercise


3) Bercakap pasal Pokestop. banyak tempat2 tarikan yang dijadikan pokestop, termasuklah masjid2, kuil dan tokong2. Ini akan menarik orang ramai ke tempat tu, dan secara tak langsung mengimarahkan masjid dan memberi percampuran budaya. Nampak macam teoritikal tapi ia memang berlaku, which is good especially kita yang berbilang kaum ni. Bagi anak2 yang sebelum ni tak ke masjid, pergi awal ke masjid. Even pergi ke masjid walaupun orang dah abes solat fardu dan solat di sana. Sebagai faktor tarikan, benda2 ni memang bagus. Tapi bagi yang memang yang selalu ke masjid, yang alim2, maybe Pokemon Go bukan benda yang baik sebab niat nak ke masjid purely untuk solat berjemaah tu 'tercemar' sikit, you know what i mean?

Speaking of this, aku nampak yang orang zaman sekarang ni, akan buat sesuatu kalau ada ganjaran yang nampak depan mata. Jadi untuk tarik orang tu, kenalah kasi ganjaran yang nampak. Macam pergi pokestop, even jauh pun rasa berbaloi sebab dapat item, padahal virtual item je pun. Sampai pergi ke masjid solat berjemaah, dengan solat sunat lagi. Tapi kalau kita tengok semasa solat jumaat atau solat berjemaah yang lain secara umumnya, pakat2 tolak orang lain ke saf depan, diri sendiri tknak pergi. Walaupun kita tahu, ganjaran solat kat saf depan2 sekali sangatlah besar. Namun sebab apa taknak? Sebab kita tak nampak pahala tu. Jadi kita tak rasa. Jadi macam mana nak nampak pahala2 yang tak nampak ni? Kena bukak mata hati la, kena ada iman. Dengan imanla yang kuatla kita akan percaya dan 'nampak' adanya pahala dan dosa, adanya Tuhan, adanya Hari Pembalasan.
Jadi lepasni kalau nak ajak orang ke arah kebaikan, kita ajak dengan ganjaran yang 'nampak' dulu. Belanja ke ape ke. Dah lama2 iman dia timbul, baru dia buat baik tanpa kena suruh. Alah, macam kita kecik2 dulu, nak ajar puasa, kena bagi rm1 seringgit puasa penuh sebulan dapat rm30. Dah besar, faham apa itu ibadat wajib, toksah nak bagi duit dah, boleh buat sendiri.

Image result for iman heart 

4) Untuk orang yang business-minded, Pokemon jugak boleh jadi sumber pendapatan. Bila dah jadi global phenomena, memang sesuai sangat lah jual merchandise2 Pokemon macam keychain, powerbank, model figura, dan sbgainya. Bnyak jugak aku nampak yang jual tshirt pokemon especially untuk team2 macam Team Instinct, Team Valor, dengan Team Mystique. Selain dari jual merchandise ataupun barang2 yang berunsur pokemon, boleh jugak bukak gerai makan/minum berdekatan pokestops. Kompem laku.
Tapi tu lah, banyak jugak eksploitasi aku nampak. model pokemon kecik2 pun harga mahal gak lah. aku dulu kecik2 tikam figura pokemon besar2 pun baru seringgit. hehe.

 Image result for pokemon merchandise
plushie toys .cute betoi ditto2 ni

Image result for pokemon merchandise
i would buy this kalau ada yang mini size


Penutup kata, (banyak lagi nak tulis tapi sumpah aku bukan jenis rajin menulis), as an application and a mere game, Pokemon Go undoubtedly have some good impacts socially, physically, and by the some extent spiritually especially buat para2 gamer macam aku ni.



Peace out. Pika!
Image result for cute pikachu