Sunday, September 4, 2016

Bagusnya Pokemon Go!

Seperti yang dinyatakan dalam entry sebelum ni, selain dari potensi keburukan aplikasi Pokemon Go ni, banyak jugak kebaikan yang aku rasa  ada dalam permainan ni. Selepas sebulan main, ni review aku.

1)    Dengan join sekali main, boleh la buat modal sembang dengan player2 lain. Aku rasa yang main Pokemon ni umumnya dari beberapa golongan especially;

- orang yang sentiasa ikut perkembangan semasa
-orang tahun  80-90an yang membesar dengan pokemon
-gamer/ nerds

Ada jugak aku nampak lecturer aku yang umo 40-50 tahun pun main, siap tawan gym lagi. Hebat betul. Anyway, setiap golongan ni pun main atas sebab2 yang tertentu. Ada yang saja try pastu uninstall, ada yang nak jadi collector pokemon, ada yang competitive nak tawan gym untuk group masing2, dan ada yang jadikan platform untuk streaming from computer (using cheats, which aku sangat tak suka spoofer2 ni). Anyway, point aku ialah sebenarnya sebagai satu game, dia jadi fenomena global wa cakap lu. Jadi dari sisi pandang aku yang casual gamer ni, lebih banyak orang yang enjoy dengan apa yang aku enjoy, maka boleh la open up untuk topic conversation dengan bukan sahaja rakan2 gamer dan peminat anime pokemon yang sedia ada, malah orang2 yang sebelum ni tak pernah main game pun. It's a blessing in a way for me. Untuk DOTA2, nak sembang2 deep pasal dota, gameplay dan sebagainya hanya dengan limited rakan yang bermain sahaja, which is tak ramai pun.Tapi dengan Pokemon Go, benda macam ni boleh buat dengan lebih ramai kawan!

 2) Selain tu, game ni pun buat orang yang sofa ubi keledek (potato couch) bergerak, berjalan dan mengembara! Ok sounds too dramatic but hey, it's true. Untuk menetaskan telur pokemon, kita dikehendaki berjalan sebanyak 2km, 5km, 10km depending dengan jenis telur. Walaupun banyak yang cheat dengan bukak apps dan memandu secara perlahan, tapi mereka jugak akan ambil inisiatif untuk berjalan. Contohnya, kalau destinasi yang nak dituju tu tak jauh mana sangat, some people will opt to parking kat satu tempat, then jalan ke destinasi yang seterusnya sebab antara destinasi tu ada pokestops dan jugak dapat walking distance untuk hatch pokemon egg. Taku kurang juga dengan orang yang tak pernah jogging tapi decided to jogging kat tasik sambil hatch egg or having a morning and evening walk /cycling around taman perumahan. Secara tak langsung, game ni telah menggalakkan orang ramai bergerak, berjalan kaki dan berbasikal serta aktiviti2 sihat yang lain. I myself considering untuk beli skateboard ronda2 taman sambil hatch egg kot. Selama ni dok terperap je kat rumah la ni rajin gak la jalan2 keluarkan peluh.

Selain dari jalan/cycling untuk hatch telur, aku pun jadi adventurer 'mengembara' dan explore taman2 yang sebelum ni tak pernah ronda pun kat sana. Seriously. Sebab nak hunt cari pokestop dengan pokemon je pun. Kalau jenis bukan kaki berjalan, biasanya memang kalau pindah tempat baru pun akan tak kemana. Tau jalan ke rumah je. Hehe. Tapi dengan main game ni, semangat meneroka dan ronda2 kawasan baru tu sentiasa ada. Aku siap discover jalan shortcut baru lagi kot. Feeling dia agak awesome la jugak. Sambil ronda, dapat item dari pokestop, dapat pokemon baru menetas.

Image result for cute pikachu exercise


3) Bercakap pasal Pokestop. banyak tempat2 tarikan yang dijadikan pokestop, termasuklah masjid2, kuil dan tokong2. Ini akan menarik orang ramai ke tempat tu, dan secara tak langsung mengimarahkan masjid dan memberi percampuran budaya. Nampak macam teoritikal tapi ia memang berlaku, which is good especially kita yang berbilang kaum ni. Bagi anak2 yang sebelum ni tak ke masjid, pergi awal ke masjid. Even pergi ke masjid walaupun orang dah abes solat fardu dan solat di sana. Sebagai faktor tarikan, benda2 ni memang bagus. Tapi bagi yang memang yang selalu ke masjid, yang alim2, maybe Pokemon Go bukan benda yang baik sebab niat nak ke masjid purely untuk solat berjemaah tu 'tercemar' sikit, you know what i mean?

Speaking of this, aku nampak yang orang zaman sekarang ni, akan buat sesuatu kalau ada ganjaran yang nampak depan mata. Jadi untuk tarik orang tu, kenalah kasi ganjaran yang nampak. Macam pergi pokestop, even jauh pun rasa berbaloi sebab dapat item, padahal virtual item je pun. Sampai pergi ke masjid solat berjemaah, dengan solat sunat lagi. Tapi kalau kita tengok semasa solat jumaat atau solat berjemaah yang lain secara umumnya, pakat2 tolak orang lain ke saf depan, diri sendiri tknak pergi. Walaupun kita tahu, ganjaran solat kat saf depan2 sekali sangatlah besar. Namun sebab apa taknak? Sebab kita tak nampak pahala tu. Jadi kita tak rasa. Jadi macam mana nak nampak pahala2 yang tak nampak ni? Kena bukak mata hati la, kena ada iman. Dengan imanla yang kuatla kita akan percaya dan 'nampak' adanya pahala dan dosa, adanya Tuhan, adanya Hari Pembalasan.
Jadi lepasni kalau nak ajak orang ke arah kebaikan, kita ajak dengan ganjaran yang 'nampak' dulu. Belanja ke ape ke. Dah lama2 iman dia timbul, baru dia buat baik tanpa kena suruh. Alah, macam kita kecik2 dulu, nak ajar puasa, kena bagi rm1 seringgit puasa penuh sebulan dapat rm30. Dah besar, faham apa itu ibadat wajib, toksah nak bagi duit dah, boleh buat sendiri.

Image result for iman heart 

4) Untuk orang yang business-minded, Pokemon jugak boleh jadi sumber pendapatan. Bila dah jadi global phenomena, memang sesuai sangat lah jual merchandise2 Pokemon macam keychain, powerbank, model figura, dan sbgainya. Bnyak jugak aku nampak yang jual tshirt pokemon especially untuk team2 macam Team Instinct, Team Valor, dengan Team Mystique. Selain dari jual merchandise ataupun barang2 yang berunsur pokemon, boleh jugak bukak gerai makan/minum berdekatan pokestops. Kompem laku.
Tapi tu lah, banyak jugak eksploitasi aku nampak. model pokemon kecik2 pun harga mahal gak lah. aku dulu kecik2 tikam figura pokemon besar2 pun baru seringgit. hehe.

 Image result for pokemon merchandise
plushie toys .cute betoi ditto2 ni

Image result for pokemon merchandise
i would buy this kalau ada yang mini size


Penutup kata, (banyak lagi nak tulis tapi sumpah aku bukan jenis rajin menulis), as an application and a mere game, Pokemon Go undoubtedly have some good impacts socially, physically, and by the some extent spiritually especially buat para2 gamer macam aku ni.



Peace out. Pika!
Image result for cute pikachu

Buruk ke PokemonGo?

Fairly speaking, semua benda akan ada baik dan buruk dia, termasuklah game PokemonGo ni yang dulunya agak panas dibicarakan, tapi sekarang dah macam pisang goreng panas yang dah dibiarkan dua jam. Suam2 setengah suku. Hehe.

Mengikut pengalaman aku main dah nak dekat sebulan ni, ada betul la jugak terdapat benda negatif yang kalau ikut pengharaman game ni, ada benarnya.


Image result for pokemon go

              Satunya agak bahaya, bila dimainkan semasa tengah memandu, which is ramai jugak orang buat, even game tu cakap jangan main semasa memandu, umpama tanda kata 'jangan buang sampah di sini nanti kena denda RM5K'. Well, sapa yang main tu obviously can see sapa pemandu yang tengah main. Jenis yang bawak pelan dekat jalan yang sunyi, and jenis yang tetiba brek tanpa ada bonggol, pastu bagi signal (nak tangkap pokemon la tu). Well, aku pun buat gak haha tapi buat time pukul 2-3 pagi sbb takdak orang and kalau nak jalan time tu memang bahaya la gak :p So pemain yang prihatin, sila jangan main masa memandu. Kalau u guys really a passenger then takpa la. Kalau tengah memandu and ditangkap polis, bayar la saman. Sapa suruh otak letak kat lutut?

video santai buat yang selalu main fon ketika memandu

So sebagai pemandu, ada certain situasi je yang rasanya reasonable dan profitable untuk main PokemonGo ni. Bila ada kesesakan trafik, dan bila ada roadblock. Sebabnya, untuk dapat 'walking distance' free untuk kasi telur2 pokemon menetas. hehe. Sebab kita seolah-olah 'berjalan' bila mana memang dalam situasi macam ni kereta memang gerak macam kura2. Jadi, boleh just bukak aplikasi pokemon go pastu letak je kat sebelah, biar kesesakan dan kelambatan anda tu membuatkan ada hasil, acah2 'there will be rainbow after the rain'. Tak de lah stress sangat kan bila ada dalam kesesakan. Tambah atas highway nak dekat musim perayaan otw balik kampung. Haaa kalau jem gila2 tu boleh la buat. Dan kalau nak optimize incense, bawak la kawan korang sekali time driving. biar dia yang tangkap pokemon masa korang tengah drive tu.  Ok2, back to why PokemonGo is not so nice.

Selain itu, walaupun dari terma dan syarat nya Niantic tak guna lokasi kita secara tak betul, tapi still ada potential yang buruk kalau dorang melanggar terma2. Contohnya, buat nest pokemon yang rare dan biar ramai2 pi kat situ, and then... BOM! Well, benda ni sangat di luar jangkauan tp yeah, possible to happen. Cuma tak probable jelah. And beside other apps, mmg kita ni agak vulnerable lah sbb dorang ada data kat mana kita ada, pattern pergerakan dan sebagainya. So kalau kita tetiba jadi wanted dorang nak track guna google maps, waze, or even pokemon go, boleh je. Tapi kalau rasa diri hampa tak penting pun, tak signifikan seperti sebutir pasir kat pantai, you are vulnerable before playing anyway. Pokok kata, ada potential harm so pandai2 la amik risiko bermain ye.

Ketiganya, pokemongo boleh jadi punca kelalaian. Apa2 yang tengah panas dan popular, ada potential orang akan 'hooked' into that thing, and guess what? addicted. Sampai terlalai tinggalkan tanggungjawab. So kalau tengok punca pengharaman ialah kelalaian yang boleh jadi, yes reasonable. Lagipun kalau ikut kacamata Islam, tugas kita kat dunia ni ialah menjadi hamba Allah dan khalifah bumi, yakni mentadbir alam ikut apa yang Islam ajar. So apa2 yang boleh menyebabkan kita distracted dengan tujuan ni, boleh dikatakan haram la ye. Well, benda lain pun haram la camtu, even kalau kau gi konsert nasyid sampai tertinggal solat pun haram tau. Yang kata '' alah main saja2 je, tak sampai fanatik lah'' tu.. jangan konfiden sangat lah. Aku yang hooked dekat DOTA ni tau lah macam mana penangan game ni. Memang buat kita excited. Aku pun dulu nak try2 je last2 macam ambitious gila nak power up lah, nak upgrade lah nak apelah. haha. worked up la jugak main benda alah ni. On the game maker note, maknanya game ni agak hebat gak lah sebab boleh buat orang macam tu. Cuma dari segi pandang agama, tak berapa cantik la ye.

Last but not least, jenis yang pi masjid semata-mata nak dapat PokeStop item. Yang ada kesedaran tu, baguslah menggunakan masjid sebagai tempat ibadat dan pokestop juga. Tapi yang otak baran tu, tak solat pun lagi tapi singgah masjid, spin pokestop, dapat item, chow. Spin pulak depan pak imam dengan pakcik2. Bro, kalau kau nampak orang main game Angry Bird dalam masjid pun dah boleh diviralkan menghina agama, tambah2 la pokemonGo yang ada keluar fatwa2 negeri. Faham2 la ye. Ni kasi tips la sikit macam mana win2 situation. Pergi awal ke masjid, parking sampai reach pokestop. Sebelum azan tu kau boleh spin. Then amek wuduk, tunggu azan dlaam lima minit, pastu ada chance pergi spin lagi. Lepas tu solat la khusyuk2. Lepas solat kau boleh spin lagi before balik tu. (sapa yang tk faham, pokestop tu tempat dapat item, bole spin item setiap 5minit). Kalau baik lagi, buat solat sunat, baca quran, then abes dua mukasurat, spin. Ni paling win-win lah aku rasa. Tapi niat tu jangan la pikir nak spin je, nanti niat ''kerana Allah taala'' kau ke mana pulak ye. Buat yang mana ikut usrah ke, geng2 syadid ke, memang tak disarankan lah korang main. Tapi yang tak berapa nak alim, tak berapa nak syadid macam aku ni.. boleh la kot noh. Buat yang jenis merempit tu, elok la main then gi pokestop kat masjid, jumpa pak2 imam bagi salam. Bagus jugak tu.

By the way, dari segi akidahnya aku tak rasa yang wujud pun konsep2 satanism yang digembur-gemburkan oleh pihak yang tak menyokong. Simbol apa sangat lah yang satanic sangat tu ye? Tapi dalam Pokemon, legendaries macam Lugia, Moltres, Zapdos, Articuno, Dialga, Arceus tu memang la dikatakan penjaga bumi dan ada sesetengah tu God. So adakah dengan bermain benda ni maknanya kita akan percaya secara batinnya? Pada pandangan aku, memang tak lah kan. Umum orang2 Jepun yang kebanyakannya tak bertuhan (ateis) ni memang imaginasi dorang kuat, sampai boleh keluar cerita2 dan game2 power, macam Pokemon ni. So unsur2 macam ni berlambak je ada kat tempat lain.

Pendek kata, kalau syadid dan jenis takmau orang jenis nak privacy gila2 ni, toksah main. Memang contraindicated. Yang jenis main takdak otak nak main tak kena masa, please stop. Yang boleh berfikir baik buruk, rationalize apa yang patut, apa yang penting, main lah kalau nak main at your own risk :)

Sebagai casual gamer, teknologi Augmented Reality ni dah lama dah ada, sama dengan Virtual Realiti. bukan benda baru. Cuma disebabkan Pokemon ni femes gila terutama buat orang yang lahir zaman 90an, dan orang2 ni ialah pemuda & boleh kata the peak consumer sekarang ni, maka ia sangat lah viral dan jadi isu bualan orang. Cuba tanya budak2 darjah 1-5, depa pun bukan tau sangat apa tu pokemon. yang bnyaknya dorang ingat Pikachu tu pokemon dan pokemon tu pikachu. Oddish Rapidash Tangela Ninetails tu depa ingat 'binatang' ja. takdaknya budak2 sekolah rendah nak hype macam kita golongan pemuda harapan bangsa ni. Cuba jugak kalau pokemon go tu diganti wataknya dengan watak2 dalam Ingress, ataupun BattleBuddy or Vanguard. hampa2 yang tak tengok benda alah ni memang jangan harap la nak main. Buat penat ja.

Image result for classic pokemon yellowImage result for pokemon black and white 2 gameplayImage result for pokemon sun and moon gameplay



How pokemon gameplay and graphic evolve over time, they can only get better! no wonder the hype PokemonGo is getting now :)

Image result for pokemon sun and moon game
Pikachu was so gemuk back then! 


Image result for AR dota 2
*teknologi AR dalam DOTA2 masa TI6* sumber: google image


Penutupnya, Pokemon Go dalam pandangan aku ialah hanya permulaan. akan ada banyak lagi teknologi2 yang akan diperkenalkan yang membuatkan orang2 lama ni cangak bulu dan terganga imo.

Kita akan sentiasa takut kepada benda yang kita taktaw. Lumrah la.
Kita pun taktaw apa rasa manis dan masam kecuali setelah mencubanya.
Tapi kalau tau ada masamnya tu pandai2 lah makan jangan sampai jadi gastrik!

Gonna write about good thing about PokemonGo next :)



Acah2 Main PokemonGo Guna Henset Specs Rendah/Sederhana

So alkisahnya aku pun masuk jugak bandwagon Pokemon Go. Alang2 memang dah minat pokemon dari kecik sampai tua bangka, dengan anime Pokemon XYZ dah climax and new pokemon Sun & Moon pun tengah hangat sekarang, why not?

Image result for pokemon xy and z ash greninja
***PokemonXYZ, best pokemon series ever tp Ash kalah gak league. Mcm Ash-Greeninja, SynchroEvolution akan di introduce dalam gameplay PokemonSun&Moon***

Jadi sebagai pengguna produk AsusZenfone yang murah2 ni, halangan dia ialah storage problem dan bila spec kurang, susah sikit la nak main tanpa gangguan lag dan sebagainya. Ni tips nak bagi based on pengalaman main 3 minggu.

PROBLEMS low-spec phone user encounter in POKEMON GO & TIPS to counter it

So first nya loading problem, stuck lama gak kat logo Niantic. Macam mana nak tackle benda ni? Ada orang cakap off kan wifi sampai nampak loading screen gambar gyarados tu. Then buka balik wifi. Kadang2 berkesan kadang2 tak. Untuk better performance, boleh la buang apps mana2 yang tak mau, dengan guna apps manager untuk disable/stop mana2 apps2 yang running kat backgrond macam whatsapp, wechat,waze, etc2. Abes main nanti boleh bukak balik.

Second problem kadang2 'GPS signal not found' especially kalau duduk indoor or dalam rumah or bangunan. Ye pendek kata indoor lah. So macam mana nak tackle? Kena la start up game kat outdoor.Then masuk balik inshaAllah ok. Kalau dekat indoor tapi dekat dengan tingkap atau pintu, boleh try off location, then letak fon kat luar jap, on balik location. Biasanya this do the trick. Takpun multiple off and on the apps sampai detect lah.

Third, nampak pokemon spawn site tapi dalam white small ripple je, tapi tak spawn2 pun. Kalau ikut pengalaman mmg ni la tempat pokemon spawn. pokemon mmg ada kat situ tapi nampak bulat2 putih ja. Sekali lagi, ikut pengalaman aku la, ni sebab sama ada server kurang or internet tak stabil, ataupun connection not strong enough. Sbb aku tau banyak orang, biasanya yang pakai basic mobile internet. So connection tak kuat sbb speed mmg kena caps la. So macam mana nak tackle? First boleh connect to stronger internet connection macam wifi ataupun beli je la mobile internet. Kalau kedekut gak nak guna free mobile basic internet je.. force close apps, then open balik Pokemon Go. Biasanya trick ni akan membuatkan pokemon tu spawn kat tempat tu.

Aku jugak perasan yang tempat spawn dia walaupun random, most of the time akan ada kat area yang sama. so kalau nampak ada sighting, boleh la gi kat tempat pokemon biasa spawn. kalau duduk kat area yang baru untuk kita, kenala explore jalan2 sikit kan. Aku biasa on the way nak ke kedai makan, aku akan parking dekat tempat yang biasa pokemon tu spawn. So far memang most of the time ada lah. haha. Tapi still kna cari lagi tempat2 spawn yang lain, takkan nak harap satu spawn je kan. Kadang2 nampak multiple pokemon kat sighting tu, so kalau takdak kat area spawn korang tu, kena cari la tempat2 spawn lain. biasanya within 100m perimeter. pandai2 la jalan2 kat lorong2 yang belum diterokai lagi tu yee. jangan trespass kawasan orang sudah.

Yang aku cerita ni problem2 yang pengguna low-spec phone encounter la. dan untuk geng2 yang guna weak internet connection. kalau korang yang ada berGb storage, RAM tinggi, dengan subscribe mobile internet, serta bateri tahan 24 jam tu... jangan risau lah main lah sepuasnya. *jeles aku,

Sekadar ni jelah dulu yang dapat share. Kalau ada mana2 tips lagi boleh kasi komen bawah ni ye. Peace out :)