Monday, February 9, 2015

CARA-CARA MENCUCI MOUSEPAD


Entry kali ini aku nak share cara-cara mencuci mousepad. Sape yang selalu menggunakan laptop dorang secara kerap (heavy user) kadang-kadang mousepad boleh jadi kotor, disebabkan tertumpah kopi mase tengok drama ke, main DoTA ke dan pelbagai sebab yang lain. So jangan risau, mousepad boleh je dicuci, jangan takut nak cuci pulak ye.


contoh mouse pad. sumber: googleimages



Gambar kat atas ialah contoh2 mousepad yang gamers guna lah. Aku nye warna biru. hehe. Back to the topic, bahan-bahan yang korang perlukan adalah;

1. Mousepad 
2. air suam/panas
3. berus (jangan berus sabut pulak)
4. shampoo
5. tuala
6. sinki/bathtub/ or anything yang ada flat surface dengan water source


Selepas da siapkan bahan2 yang diperlukan , cuci time!! Before nak mula, letak mousepad tu kat bathtub, sinki etc dlu.

1. Mula2, basahkan mousepad dengan air panas/ air suam.
2. Lepas itu, letak shampoo secukup rasa atas mousepad, dan ratakan
3. guna berus untuk cucikan kotoran.. alaaa macam basuh kasut sekolah tu lah.
4. bilas dengan air bersih dari sumber air yang ada.
5. tak payah nak pulas2 mousepad tu untuk keringkan. just letak di antara tuala, dan tekap kasi tuala tu serap air sikit.
6. sidai macam ko sidai baju tu, tunggu sampai kering. biasa nya 30 minit dah cukup.
7. Mousepad sedia digunakan semula! Dengan wajah lebih berseri, hanya perlu kurang satu jam! :p


Anyway, sebab guna shampoo ialah dia macam liquid sikit, so tak ber-particle sangat macam sabun basuh baju, dan tak berapa kuat sebagai detergent. Senang kata, shampoo rambut ialah mild clean agent yang sesuai digunakan untuk most fabric, dan juga rambut anda~ Dan cuci tu, cuci belah depan jela tak perlu nak cuci base getah dia sangat ehhh.



KAPPA. Selamat mencuba!