Saturday, March 14, 2015

Bermula Tahun Klinikal sorang 'Student Doctor'

Woots!! I'm back and still hidup, Alhamdulillah.

AMARAN
Entry ni more like diary of one week experience so bear with me. bit long entry, and feeling2 skit. haha.

................................................................

Dulu masa zaman sekolah time form4 form 5 tu tertanya-tanya gak hidup kat universiti ni macam mana, kalau yang mengaji kat oversea ni macam mana..dll. Masa zaman preclinical pulak tertanya-tanya macam mana la pulak nanti kat hospital masa phase2 (clinical years). Sebab tengok senior macam pro je kat hospital. Sedar tak sedar, da lepas preclinical years da pun and sekarang officially clinical medical student kat Seremban. How time flies!

Welp, kalau aku update hari2 dari first day memang roller coster la feeling setiap entry. Cuz dari orientation week, memang like tutttt.. la. Zaman2 enjoy kelas 2 jam sehari time preclinical tu memang lesap terus. T_T
This is a completely different life wa habaq lu. Dari briefings yang pihak Uni dengan hospital bagi tentang tugas2 and expectation yang dorang nak.. aku pikir saja pun dah stress, sakit kepala. Tu baru orientation kottt. Maybe sebab lepas 3 bulan cuti, balik belajar takdan nak hepi lagi, dah kena bombarded dengan tugas ni, tugas tu, disuruh supaya lebih berdisiplin, professionalism and of course, all the seniors doctors yang cara depa old school skit. Tak banyak melawak, tegas, and strict. Biasa lah experienced specialist.. dengan pangkat dato' , prof..etc. Aku pun taktaw nak address dorang doctor ke, prof ke, dato' ke. Hehe.



And aku start clinical posting aku kat department surgery. First day masuk hospital, awkward gile. Punya la banyak staff, then cangak bulu taktaw nak kasik introduction kat sapa sbb first time masuk ward baru kan. Oh, first day pun da tertinggal name tag. Sebab rush kena masuk ward before 7.30am. So lepas solat subuh tu takleh da lelap2 macam the old days . Haha. Punya penat sampai at the end of first day tu, memang cari katil je .LELAP terus. Tak payah nak adjust pun habit tido lambat aku time cuti dlu. otomatik tido before 12. Aku terkejut kat diri aku sendiri. Tumit pun sakit sebab berdiri je lahaii, kepala pun sakit pikir esok nye tugasan camna after horrible first day. Not a good start.
Image result for confused doctor anime
confuse oii

Second day, boleh la kut. Dapat take history from a couple of patients tapi sorang kena ambil dari relative dia sebab patient intubated. Sorang lagi susah sikit nak faham sebab mulut dia sumbing. Tapi lama2 cakap dengan dia boleh la faham skit2. But still better than semalam punye i guess. Tapi dalam hati ada gak la terpikir apesal la ambil medik ni, macam tak enjoy ja. Lagi dua tahun kot nak hidup gini. Teringat pulak pasal yang tak jadi lepas g oversea tu. Maybe ada hikmah Allah hantar aku kat sini. Kena sabar. So kita pun sabar dan tenang lah skit (As if i have a choice to turn back lol). Kalau kat Malaysia pun tak tahan takkan la nak p tempat orang ye dok.

Third day, after abes tugas, i decided to lepak jap sengsorang kat gerai. Tenangkan fikiran katakan. Sambil hirup teh O suam satu, sambil dok pikir apa nak buat. Tak boleh jadi ni. Last2 pikir cara study by hard ni memang tak sesuai ngan aku sebab aku tak berapa nak rajin. Ambil la nota ka baca buku tara mana pun bila orang tanya, aku tak ingat. Blur. Useless betoi bakal doktor ceni noh. Kena cari cara belajar baru, sistem baru. Sebab kata Einstein, kalau buat guna cara yang sama, usah mimpi dapat result yang lain. And kalau tak leh terang kat orang secara simple, means you do not understand what you say tu. And sorang Prof kat hospital tu ada address pasal having a system. Aku pun dok teringat zaman2 sistem belajar aku jadi sistem yang buat aku boleh faham and terang kat orang. Notes, Mind map. OK, rasa macam nak start balik sistem concept map ni. Terus hirup teh o kasi habis, bayar kat kakcik tu, balik rumah, buat nota satu dua, tido.

Day 4, new system yang aku implemented tu start to do works for me. More things become smoother. I am getting there. Dapat la jawab dua tiga soalan, walaupun ada yang jawab tak betul. At least pun, least blur. It's a learning process pun.

Then aku try cara baru untuk clerk patient. Biasanya, medical student bila tanya patient, each details tu akan dicatit kat buku nota, dah jadi macam sesi siasatan pulak. Rasa macam kita terpaksa buat itu, dan patient pun macam terpaksa nak jawab. Both party macam tak comfortable. This day, aku letak buku nota pen semua simpan dalam poket dulu. Ambil kerusi, duduk sebelah couch tu, sembang je dengan patient. Alhamdulillah, patient nampak macam lebih selesa untuk open up walaupun tak tanya pasal medical condition dia sangat pun. We can do it later after this. And then sesi petang tu is quite free, so baca kes pasal condition patient tu and i know what to ask the patient tomorrow. Woraitz.

Thankfully, for Day 5, it was not as bad like the first day anymore. Tapi bila kena present case kat lecturer, segala term2 da lupa and jadi blur. Sebab aku focus kat building rapport dengan pesakit kan, so part knowledge tu still kureng tak topap2 (or padahal memang aku malas study pun). Tebal jela muka bagi jawapan yang salah pun. Kena sindir ke ape nanti dapat gak jawapan yang betul at the end so it does not matter very much.

That evening, kena cari sorang patient untuk follow up 2 tahun by visiting to his house twice each semester. It is not an easy task really. But gi ngan partner, build rapport dengan sembang 2JAM kot ngna sorang pakcik tu haha. last2 rasa da dapat rapport ngan pakcik tu, i feel happy already. Tambah2 bila borak 2jam tu paid off bila pakcik tu cakap 'terima kasih la bual2 ngan pakcik, belajar elok2 ye' and informally setuju yang kitorang boleh g rumah dia (sebab tak explain proper reason of our project follow up). Sebab banyak gak student bila tanya patient yang nak buat follow up smpai ke rumah tu straight2 kene reject. Yelah, orang tk kenal tak apa, tetiba nak datang rumah tanya2 kan? Gentle la.

Final day of the first week, nothing much. Do all the same works tiap2 hari. Ambil history, study pasal case and do some presentation kat lecturer after ward round. Physical examination aku tak bape nak confident lagi buat walaupun benda tu memang kena buat. Sebab takut patient tak selesa. Tak gamak aku nak buat PE. Bila tanya senior, dorang cakap buat je, kadang2 kena 'kasar' skit and letak simpati tu kan tepi jap tapi still kena buat la. Welp, can't help la kut.

And petang tu pakcik semalam dah nak kena discharged. Cepat2  aku lari gi tegur pakcik tu sekali lagi and alhamdulillah dapat alamat number telefon semua. Even patients2 kat katil sebelah2 dia pun tegur sapa, mesra. boleh melawak semua. Tak rasa macam medical student langsung. Oh gumbiranya time tu bila tengok patients2 boleh senyum kat kita. Even tak bertugas pun kat ward tu this week. Just masuk semalam semata-mata nak cari patient yang ada penyakit kronik that u can't find in surgical ward., tapi rasa really welcomed. Aww~ Really nice way to conclude the first week as a phase 2 medical student. And ada abang india tu da open up siap offer ambil darah lagi, willingly to help me lah. terharu gua. uhuks.

Konklusi from 1st week clinic years;
1. Memang sangat letih sampai nak main DOTA pun da tak berapa sempat.
2. Akan bertambah letih dengan esainmen, on-call, long hours standing so you memang kena work out skit la bagi tambah stamina. Nak kena datang awal pun takleh lupa breakfast nanti awak pulak jadi pesakit kang.
3. Be humble
4. Tebal muka as even you have 'medical student' pride, still namanya student so kena lapang dada dengan komen yang membina. Seriously.
5. System. Kalau agak tak puas hati dengan prestasi sendiri, try ubah yang mana boleh supaya lebih efektif.
6. The moment you can care to others, that feeling will not betray you. Ikhlaskan hati inshaAllah urusan dipermudahkan. the power of LOVE katakan haha.
7. You must have knowledge, skill, attitude.

Actually, still banyak lagi yang nak kena improve, physical examination kena berani lagi untuk minggu depan, presentation skill pun kena perbaiki. Sebab nanti nak kena examine patient perempuan pulak, sure a tough task for me, for now. Again, KNOWLEDGE, SKILLS, ATTITUDE. But i am adapting, so far so good kut. Begin to think this field is quite interesting. :3

Yup. I survived first week. Sill alive. Bismillah.

Image result for confused doctor anime