Friday, February 17, 2012

seeks the hikmah



mungkin tak nampak hikmah tu sekarang

tapi hati mesti terus teguh!

Thursday, February 16, 2012

respons selepas pakai galaxy young

hoho, da naik level lagi aku ni.
pakai handset android dah. lekeh-2 pon takpa.

mula-2 agak kekok pakai touch screen.. maklumla iphone pun tak selalu pegang.
tapi screen dia mmg smooth la. memang best guna. except sound yang tak berapa kuat and camera 2mp je. nak hebat-2 beli S-2 lah.

mmg aku recommend phone ni dekat orang yang baru nak berjinak-jinak dengan android. berbaloi lah dengan harga nya. cover pun dapat 5. sekarang aku tukar-tukar antara cover pink dengan oren. sweet gila aku, pink tu...
hhe. lagi bgus klu ada lemon green tu. sedap mata memandang.

so aku punya rating for this phone : 9/10. aku mmg kedekut sikit. haha
jom beli sekali!

accept problem as a test - works

alhamdulillah berjaya memulihkan mood walaupun tak 100 percent setelah hard disk aku kena curik.

hmm i let my guard down at the last minute. mmg kena la kan.
tapi yang tak suka nya, orang yang curik tu orang yang same kita jumpa tiap2 hari.
even worse, our own housemate. tp da tak ngaku, apa nak buat kan?

rase nak je guna buah silat ni kat dia. or curi balik barang dia simpan dalam loker ak bila ak nak balik ti. naseb baik la rasional lagi aku ni.

walaupun perasaan meluat tu meluap-luap, i'm glad and proud that i now can smile to him , borak macam biasa although dalam hati... hmm.. sebaliknya la kan. nampak gaya aku dah acquired satu skill baru, bagus.haha. bukan senang nak buat muka manis depan orang yang kita tanak mengadap dia pun. rasa macam mengadap muka nak makan penyepak. payah cek.... tambah2 aku ni. aku tak marah pun orang kata aku tengah marah.

alahai nasib badan.

and pagi tadi denga radio era, johan ray nga hanip tu... mmg tergelak la aku sorang2. hilang tensyen aku. walaupun pakcik2 kat mamak tadi macam pelik je tengok aku gelak sorang2. jalan soran-2 pun gelak. but aku bukan psiko ya. orang je yang tersaiko.

but one important thing that make me feels better is accept the problem as one of our test in life. supaya lebih berjaga-jaga. dalam masa yang sama hak harta, maruah, nyawa semua tu mmg kena jaga. tanggungjawab kita sendiri pun. bila aku terima isu curi ni dengan hati yang terbuka sikit dari sebelumnya., banyak keputusan aku boleh buat secara rasional. tade la sakit hati and meroyan sorang2. sangat membantu. rasa macam ada hope balik.

kadang-2 kita bagi advice kat orang bila diorang ada problem...macam pro je kita kan, tp bila kita ada masalah.. kita lupa segala advises yang kita bagi tu. it's good to remember semua advises tu balik. senang muhasabah. hati pun mudah. baru hebat. betulla ilmu tu kalau tak diamalkan mmg tak dapat la hasilnya. ibarat pokok tnpa buah. ibarat skill sepak gunting tk masuk gol...

:)

Thursday, February 9, 2012

angan-2 henset android 1st

haaa... aku tengah konpius betoi la.
for the first time aku rasa aku akan beli enset android..
hmm maybe this sounds like macam ketinggalan zaman kan, sebab orang lain dah pakai iphone segala tapi bagi aku satu langkah yang besar la. sebelum ni pakai enset buatan malaysia pepsi kola yang pertama buatan malaysia yang tercinta bla3..a.k.a. exx mobile kebendatah. haha

so henset yang menarik perhatian aku ni ialah...........

jeng3~



SAMSUNG GALAXY YOUNG............~!!!! * dushum3* ( bunga api) ==

sebab apa aku berkenan? sebab tak mahal sangat, nampak comel dan boleh pilih warna oren. aku pun tataw sebab apa aku sekarang suka warna oren. hee

asenya esok kot nak angkat. rm499. hehe. nak ke tanak? hmm, sorang sedekah la bunga raya nak cabut.

bunga raya ada lima petal. so bila cabut akan jadi

nak

tanak

nak

tanak

NAAKKKk~!!!

hehe.nak beli jugaklah nanti. kalau tak sabar sangat memang esok aku angkat jugak,

tapi..nama apa ea nak bagi kat enset ni??

Sunday, February 5, 2012

coretan saja-saja lepas abes exam.

alhamdulillah, da nak dekat seminggu dah sejak aku mengakhiri peperiksaan a-level aku selama sebulan. maknanya, secara literally nya tamat la perjuangan aku kat bumi Shah Alam selama hampir satu tahun setengah. alhamdulillah, tamat jugak.. sampai jugak ke pengakhiran stage ni.

banyak suka duka yang dapat dekat intec ni. rasa sayang pulak nak tinggalkan. namun ini hanya satu perhentian. banyak lagi cabaran-cabaran kena lalui. selepas skj, masuk ke sbpikp, dan intec, insyaAllah aku harap diterima masuk ke IMU nanti walaupun requirement nya agak berat. kalau tak berat.. tak challenging la kan.

sampai sekarang aku masih tertanya tanya mengapa aku selalu suka menempuh jalan yang aku tahu agak sukar. contohnya, masuk sbp, ambil sains agama yang subjeknya lagi banyak, nak masuk belajar medic yang tahun belajarnya banyak, fast track dan sebagainya.. dan sampai sekarang aku masih tak dapat jawapannya. ntahlah. nature aku kot. maybe sebab aku rasa aku perlukan cabaran untuk buktikan aku boleh. hmm. dah merepek sangat ni.

apepun, cuti aku quite lama lah lepas ni. enam bulan sebelum tibanya bulan lapan. nasib badan la tak dapat intake febuari. sama mcm dapat 2nd intake masuk sbpi dulu. nampak gaya kena lah kerja kot. kalau tak mati kutu aku. bukannya banyak sangat memba2 aku kat area rumah aku tu. kaki pam rokok banyak la jugak. haih. haha. parah2. harus bekerjaaaa.

kerja kerja kerja!!

heh, tapi aku masih malas nak bergerak ke kedah. bukan apa, rindu kawan-2. kadang2 best jugak bagi dorang jeles. bila dorang ada kelas, aku yang tengah cuti panjang ni dapat tido puas2. tido lewat la.. men game. men futsal. haha. puas. seronok. walaupun dorang tak jeles tapi aku tetap suka jugak.

and bila cuti panjang-2 ni aku banyak fikirkan pasal macam-2. future aku, family aku, kehidupan manusia...sains.. huh. bagus jugak lah. lama dah aku tak bukak fikiran ni. asyik tutup je minda sebab tanak distracted bila final tu. sekarang dah boleh open. ekspresikan dirimu bak kata cikgu bm aku dulu. wah, excited sangat.

tapi kan, satu benda yang macam pelik sikit is the feeling bila exam dah abes. dua tiga hari or seminggu before habis exam tu ase macam excited sangat-sangat macam nak mati pun ada bila terfikirkan nak abes exam. nak cheer kuat-2, nak bakar buku lah nak bukak baju ke sain baju ke ape2 lah yang memang macam orang tak waras dah. time paper last tu.. spoil jer. dorang still malas nak cheer before masuk dewan. haha. apelah. and bile dah abes exam tu.. rasa macam..

......................em...............oh, da abes.... :/

hng!! haha. takda perasaan mcm freedom pon. same je la mcm spm dulu. haha. tataw la sebab apa. mybe time exam pun tak bnyak sangat bnda kena sacrifice. aku time exam still main bola, tengok bola, baca bola dan bola bola. so nothing had change must. ummm... thats y, kalau dah ase nak kawen tu. kawen trus, baru bercinta. nanti kurang sikit feeling bila lama sangat kapel b4 kawen. dosa kering pon banyak. kan kan?

k dah la. sampai jugak aku tulis text coretan ni. takdela bersawang sangat blog aku. dah 11.15 mlm. time for bola. go malaysia! go MU! GOGOGO~

selawat badriah

SELAWAT BADRIYYAH

الصَّلَوَاتُ اْلبَدْرِيِّة

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

عَلىَ طهَ رَسُولِ اللهْ

صَلاَةُ اللهْ سَلاَمُ اللهْ

Selawat & salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad pesuruh Allah.


عَلىَ يس حَبِيْبِ اللهْ

صَلاَةُ اللهْ سَلاَمُ اللهْ

Selawat & salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad kekasih Allah.

وَبِالْهَادِيْ رَسُولِ اللهْ

تَوَسَّلْنَا بِبِسْمِ اللهْ

Kami bertawassul dengan BISMILLAH & membawa petunjuk utusan Allah.


بِأَهْلِ اْلبَدْرِ يَا اَللهْ

وَكُلِّ مُجَاهِدٍ لِلّهِ

Semua yang berjihad di jalan Allah khususnya pejuang Badar Ya Allah.


مِنَ اْلاَفَاتِ وَالنِّقْمَهْ

اِلهِيْ سَلِّمِ اْلأُمَّةْ

Ya Allah, selamatkanlah umat muslimin dari malapetaka & kemurkaanMu.


بِأَهْلِ اْلبَدْرِ يَا اَللهْ

وَمِنْ هَمٍّ وَمِنْ غُمَّةْ

Dari segala kedukaan & kesusahan dengan berkat pejuang Badar Ya Allah.

جَمِيْعَ اَذِيَّةٍ وَاصْرِفْ

اِلهِىْ نَجِّنَا وَاكْشِفْ

Ya Allah, lepaskanlah & hilangkanlah segala yang menyakiti & balikkanlah


بِأَهْلِ اْلبَدْرِ يَا اَللهْ

مَكَائِدَ اْلعِدَا وَاْلطُفْ

perdaya musuh, kasihanilah kami dengan berkat berkata pejuang Badar Ya Allah.

مِنَ اْلعَاصِيْنَ وَاْلعَطْبَا

اِلهِىْ نَفِّسِ اْلكُرَبَا

Ya Allah, lepaskanlah kami dari kesusahan & kehancuran kerana akibat orang yang melakukan maksiat,


بِأَهْلِ اْلبَدْرِ يَا اَللهْ

وَكُلِّ بَلِيَّةٍ وَوَبَا

Segala macam cubaan & penyakit menular. Dengan berkat pejuang Badar Ya Allah.