alhamdulillah, da nak dekat seminggu dah sejak aku mengakhiri peperiksaan a-level aku selama sebulan. maknanya, secara literally nya tamat la perjuangan aku kat bumi Shah Alam selama hampir satu tahun setengah. alhamdulillah, tamat jugak.. sampai jugak ke pengakhiran stage ni.
banyak suka duka yang dapat dekat intec ni. rasa sayang pulak nak tinggalkan. namun ini hanya satu perhentian. banyak lagi cabaran-cabaran kena lalui. selepas skj, masuk ke sbpikp, dan intec, insyaAllah aku harap diterima masuk ke IMU nanti walaupun requirement nya agak berat. kalau tak berat.. tak challenging la kan.
sampai sekarang aku masih tertanya tanya mengapa aku selalu suka menempuh jalan yang aku tahu agak sukar. contohnya, masuk sbp, ambil sains agama yang subjeknya lagi banyak, nak masuk belajar medic yang tahun belajarnya banyak, fast track dan sebagainya.. dan sampai sekarang aku masih tak dapat jawapannya. ntahlah. nature aku kot. maybe sebab aku rasa aku perlukan cabaran untuk buktikan aku boleh. hmm. dah merepek sangat ni.
apepun, cuti aku quite lama lah lepas ni. enam bulan sebelum tibanya bulan lapan. nasib badan la tak dapat intake febuari. sama mcm dapat 2nd intake masuk sbpi dulu. nampak gaya kena lah kerja kot. kalau tak mati kutu aku. bukannya banyak sangat memba2 aku kat area rumah aku tu. kaki pam rokok banyak la jugak. haih. haha. parah2. harus bekerjaaaa.
kerja kerja kerja!!
heh, tapi aku masih malas nak bergerak ke kedah. bukan apa, rindu kawan-2. kadang2 best jugak bagi dorang jeles. bila dorang ada kelas, aku yang tengah cuti panjang ni dapat tido puas2. tido lewat la.. men game. men futsal. haha. puas. seronok. walaupun dorang tak jeles tapi aku tetap suka jugak.
and bila cuti panjang-2 ni aku banyak fikirkan pasal macam-2. future aku, family aku, kehidupan manusia...sains.. huh. bagus jugak lah. lama dah aku tak bukak fikiran ni. asyik tutup je minda sebab tanak distracted bila final tu. sekarang dah boleh open. ekspresikan dirimu bak kata cikgu bm aku dulu. wah, excited sangat.
tapi kan, satu benda yang macam pelik sikit is the feeling bila exam dah abes. dua tiga hari or seminggu before habis exam tu ase macam excited sangat-sangat macam nak mati pun ada bila terfikirkan nak abes exam. nak cheer kuat-2, nak bakar buku lah nak bukak baju ke sain baju ke ape2 lah yang memang macam orang tak waras dah. time paper last tu.. spoil jer. dorang still malas nak cheer before masuk dewan. haha. apelah. and bile dah abes exam tu.. rasa macam..
......................em...............oh, da abes.... :/
hng!! haha. takda perasaan mcm freedom pon. same je la mcm spm dulu. haha. tataw la sebab apa. mybe time exam pun tak bnyak sangat bnda kena sacrifice. aku time exam still main bola, tengok bola, baca bola dan bola bola. so nothing had change must. ummm... thats y, kalau dah ase nak kawen tu. kawen trus, baru bercinta. nanti kurang sikit feeling bila lama sangat kapel b4 kawen. dosa kering pon banyak. kan kan?
k dah la. sampai jugak aku tulis text coretan ni. takdela bersawang sangat blog aku. dah 11.15 mlm. time for bola. go malaysia! go MU! GOGOGO~
3 comments:
teruskan perjuangan! ;)
lama cuti :))
si rama2: okeh, thats for sure!
peah : haa.. mcm lepas spm gituu
Post a Comment