aku rasa kena ada tanggungjawab update blog. walaupun tade sesiapa yang baca.
so tajuk hari ni ialah preservation, pengekalan .
aku rasa preservation ni, manusia memandangnya dengan agak penting . sebab ape sesuatu tu dijaga dan dikekalkan? kerana ia punya nilai yang tersendiri. maka tak hairan lah ada orang nak jaga something yg bg kita benda tu tak ada apa pun. tp bg orang itu benda tu sangat bernilai. tak boleh dibeli. post kali ni saje je nk bg contoh2 .
1- dlu ada satu kebakaran terjadi kat rumah kedai di perlis. habis semuanya terbakar. ada seorang budak yg terselamat dan di sisinya ada satu teddy bear. bear tu dah rosak dah tapi dia still jaga. kerana apa? sebab itu dihadiahkan oleh parent dia klu aku tak silap. and diorang terkorban dalam kebakaran tu. budak tu kecik lagi. selepas itu, masa dia ada exam karangan, walau apa pn tajuk karangan, dia akan tetap cerita pasal kebakaran tu dan memori bersama teddy bear tu.
2- ada orang nak pertahan adat dan budaya. sebab apa, sebab budaya dan adat tu bernilai. kita dapat lihat di England dan di Itali contohnya, bangunan2 lama tidak diruntuhkan tp dipreservekan. gereja2 lama dibuat hotel, sesetengah dibuat restoran dll.
di Malaysia juga begitu. sistem beraja masih dipreserve. sebab apa? sebab bernilai. aku pun walaupun seorang Melayu, fungsi sultan yg sebenar masih aku kabur. bagi aku, sultan2 ni secara obviousnya menjaga kestabilan negara dengan limitkan kuasa PM. yg lain tu aku nmpak, cuma kurang jelas sahaja. tapi yg pasti, aku pn nak pertahan. sebab misalnya, kerajaan KEDAH sekarang ialah kesinambungan kerajaan KEDAH TUA , antara kerajaan terawal abad ke2 masihi. tp sistem beraja masih kekal sampai sekarang. hebat kan?
3- sama juga hal nya dengan agama. aku nak khususkan Islam. di gaza kita lihat anak2 kecil pon mempertahankan masjidil aqsa dengan sangat hebat. klu nak dibanding kan dengan kita ada apa? kita nmpak pisau kawan pegang pon kita da takut. diorang nmpk kereta kebal milik zionis masih tak gentar. kerana mereka tahu bernilainya ISLAM itu. bernilainya tanah tumpah darah mereka.
maka pandangan aku lah. kita akan mempertahankan apa yang bernilai bg diri kita. untuk kita rasa benda tu bernilai, kita kena ada rasa SYUKUR terhadap sesuatu itu. tanpa syukur, kita tak rasa sesuatu bernilai. surah ar-rahman selalu mengingatkan kita tentang nikmat apa lagi yg kamu dustakan? ini kepentingan syukur. syukur mendahului ibadat.
di sini aku juga nak petik kata HIRUMA dalam ES21. dia ada kata kita nak berjalan ke depan, harus tengok sama ke belakang. kerana our past yg membentuk dan menolak kita ke hadapan. kena appreciate apa yg berlaku bru kita dapat jadikan bnda tu bernilai untuk diri kita. Pakcik Prandelli, jurulatih Itali pon berkata kepada Balotelli ketika mereka kalah EURO :- dia kena accept kekalahan ni dan menjadikan pengalaman ini supaya dia lebih kuat. semua orang mengalaminya.
so i guess cukuplah kan. akhir kata, kita kena peka trhadap orang sekeliling kita. jgn memperlekehkan apa yg mereka nak jaga kerana masing2 ada kisah tersendiri. haaa, bagaimaana pula dengan apa yg anda preserve ? ;)
2 comments:
yup.. apa yg bernilai untuk kita, ita akan jaga..
tp sadly enough byk jugak bnda berharga yg dah xbernilai..
moral values contohnya =p
hmm. hang kata moral value tu berharga tp org da tak pandang kn? hehe
Post a Comment