Wednesday, March 8, 2017

Rival dan Potential

Cikgu Psychiatry aku pernah cakap..
'' The problem with you guys, is most of you think lowly of yourself when you actually did pretty well''..

Rasanya memang banyak ja yang macam ni. Rasa sendiri tak cukup sempurna. Walhal dari mata orang lain, depa nampak potential kat kita. Btw, cikgu psychiatry aku ja cakap camtu. Kalau pensyarah dengan prof yang ajar pembedahan, contrast gila weii.. ''I can't believe people like you guys are already in final year.. I am so disappointed''.. haha.

So nak ambil komen yang mana? Pada aku, elok lah kita strive for the better result pada masa yang sama have some pride in ourself that we are not too bad. Buktikan yang kita boleh. Orang ludah tahi kat kita jangan la makan. haha. Kompiden sikit ... Unless you are really .. shit. Well, pardon aku punya language. Dah kaki game memang bahasa tak tapis sangat.

Balik pada tajuk rival, kekadang kita seperti yang aku cakap tadi tak dapat nak ukur potensi diri sendiri, jadi antara salah satu cara untuk bangkitkan dan tingkatkan potensi dan kemampuan kita adalah dengan mempunyai... RIVAL.

Term Rival ni biasanya merujuk kepada orang yang sama kelas/bidang dengan kita, atau mungkin kawan kita yang kita jadikan dia sebagai pencabar ataupun orang yang kita aim nak kalahkan. Sapa ja yang naak jadi looser kan. Jadi dengan adanya rival kita akan lagi pumped up untuk berjaya. Kalau takdak rival.. maka kita mostly akan jadi mandom.. dan hanya nak kejar lulus sahaja. .. Well, rasa macam tikam diri sendiri pulak.

......
Dulu masa zaman tadika, aku ada rival. So aku antara yang top. Masa sekolah rendah, pun ada rival. Terutama dari darjah 3,4,5,6.. Setiap tahun ada ja budak baru masuk yang tetiba meletop dengan kepandaian... maka dok jadi banyak pesaing.. Memang rasa syok bila dapat kalahkan depa, tapi rasa tak syok gak la bila dok bawah depa. Yang bestnya, aku tak rasa putus asa kalau dok bawah depa tapi lagi semangat lagi ada lah.

Masuk sekolah menengah, masa menengah rendah takde rival pun so prestasi bodoh2 je.. tapi lepas tu dah ada banyak rival.. dari sains agama, sains tulen, dengan sains teknikal. Persaingan masa tu memang best woah. Kalau balik rumah masa weekend, nak tidur pun dok risau nanti rival stadi kita tak stadi macam mana.. haha. sampai tara tu. Tapi actually, risau takat risau ja lah. Balik rumah dari asrama tu 'qada' tidoq jugak... standard la kan budak asrama.

Tapi masuk zaman lepas SPM, kolej, uni... aku dah tak dapat dah feel rival. Banyak kisah untuk lulus exam ja mostly. Rasanya mungkin sebab banyak kawan yang superficial.. polisi2 mengarut.. esainmen yang tak habis-habis.. struggle nak speaking english ja memanjang.. dan of kos la salah diri sendiri gak kot nak enjoy ja zaman universiti.. Rindu pulak rasa nak compete dapat top spot. Tapi susah nak dapat feel tu balik. Sobs.. Buat yang macam situasi aku ni.. rasanya eloklah set some person yang kau rasa kau boleh buat target at least. Tak bermakna kita target budak distinction pun jadi target rival kita. Sapa2 saja pun ok. Sampai dah lepas sorang tu, kita aim higher. Ni aku rasa salah satu jalan lah..

Rival pun tak terhad pada pelajaran saja, tapi boleh merujuk ke mana-mana situasi pun. Kita je kena pilih. Satu lagi, agak baik jugak kalau kita jadikan diri kita Rival kat kawan2 kita, terutama yang selalu kita bersama macam housemate, rakan2 whatsapp, steam etc. Rival yang macam mana? Rival ke arah kebaikan.

Contohnya, masuk waktu solat je.. terus gi solat. Tunjuk kata pi masjid. Depa yang tak suka pi masjid pun macam tergerak nak pi. Takpun, baca Quran lepas solat ke.. Bukan nak menunjuk ke ape.. tapi ikut pengalaman aku pun.. orang lain pun inshaAllah yang tengok kita tergerak hati sikit nak buat benda baik jugak. Kalau nak ajak sekali tu.. boleh je sekali sekala tapi jangan sampai mengajak nak paksa sudah la. Ada je kan pepatah arab yang cakap, kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pun akan kena tempias wangi dia jugak.

Again. Have a Rival. Bring out your potential. Most of us actually don't know how great actually we can do!




Kawan, Teman, Rakan

Pernah ke korang ada rakan karib? yakni best friend? Kalau ada, untunglah. Sebab sepanjang pengetahuan dan kesedaran aku, aku tak pernah ada rakan karib pun. Rakan-rakan baik ada lah. But they will eventually ikut haluan masing-masing. So, sapa yang ada rakan karib tu, treasure lah betul-betul ye.

People come and people go. Setiap pertemuan pun pasti ada perpisahan, terutama ketika masih belajar. Boleh jadi bila kita jadi classmate, or batchmate, memang banyak memori yang kita boleh cherish together. Tapi bila dah naik semester/tingkatan baru, kelas pun dah bertukar, keakraban tu boleh jadi kian pudar, dan adakalanya rakan baik jadi rakan sahaja. After tukar tempat belajar, dari rakan, tukar jadi teman kenalan. Kiranya, apa yang bonding kita tu kebanyakannya common ground lah. Rumah sukan sama, batch sama, minat sama, menyokong kumpulan yang sama... etc. Tapi bila satu2 common ground dah takde, persahabatan tu tak berapa nak kuat dah. Ia agak menyedihkan jugaklah bila orang yang kita kenal jadi orang yang 'somebody that I used to know'.

Tapi adakah semua perhubungan macam itu? Dengan tak contact dah tu bermaksud perhubungan tu dah terputus terus? Kat sini part sweet dia. Nilai tu masih boleh ada sebenarnya. Even lama tak jumpa pun, sesetengah rakan kalau jumpa balik, boleh peluk sampai taknak lepas. Sebab apa? Sebab ada memori2 indah yang kekal dalam hati masing2 dan mengekalkan ikatan antara rakan-rakan ni, walaupun masing2 sibuk dan tak tanya khabar sangat. Jadi, jangan bersedih sangat kalau tiba masa nak berpisah. Kalau dah ada memori bersama, most likely perhubungan ni akan bertahan. I mean ikatan atau bonding tu, even kalau salah sorang dah mati pun. Bercakap pasal ikatan, ikatan yang paling baik kita boleh ada dengan seseorang tu ikatan iman lah. Yang ni memang bond kuat punya. Tapi dengan rakan-rakan non-muslim ataupun teman biasa2 yang lain, bonding dengan memori tu agak reliable juga.

Yang penting bukan banyak mana kawan yang kita ada pun sebenarnya, tapi berapa ramai kawan yang kita somehow boleh affect hidup dia, dan rakan yang boleh bagi kesan kat hidup kita jugak. Benda macam ni memang selalu diingat. Contohnya, budak2 nakal waktu sekolah, bila dorang dah besar jadi orang yang berguna, akan ingat kat cikgu disiplin dorang yang tak jemu mendidik dorang waktu dorang nakal dulu. Dan bila ada unsur-unsur yang menyentuh hati dan kehidupan ni, time limit tu tak penting pun. Walaupun pertemuan tu kadang2 dua bulan je, contohnya masa PLKN or masa seminar/kem mana2, kalau lah kita dapat sentuh hati orang tu, lepas berpisah pun nilai sahabat tu sentiasa ada.

Jadi hargailah kawan. Atas kertas, memang mula2 tu kawan sebab kepentingan diri sendiri je pun. Ni memang banyak berlaku. Kawan sebab dia kaya, kawan sebab dia ada kereta nanti boleh tumpang, or kawan sebab dia banyak kertas soalan past year etc. Yelah mula-mula orang semua tertarik dengan 'ganjaran' yang dorang akan dapat kat depan mata, dia tak pergi ke hati lagi. Cuba la korang ni orang femes, ada bakat, kaki buat video apa tu, berduyun orang nak kawan. Tapi sampai bila je berkekalan? Tengok Mat Luthfi dah la. Senior sekolah aku tu. Time kat sekolah takde nak autograph apa semua sebab tak femes lagi tapi sekarang kalau jumpa kat event sekolah ka jumpa kat mana ka tobat kait abes common ground yang ada. lols. Tapi kalau kau sedar yang kawan ni better ada long term effect dan perlunya menyentuh hati dorang, jangan la selfish. Masing-masing support masa gembira, masa susah. Kawan tkde kereta, bagi je tumpang. Ada rezeki lebih, belanja member. Lagipun rezeki kita tu Allah bagi bukan untuk portion kita sendiri ja. Ada portion untuk amalan, kawan-kawan2, komitmen, simpanan dan lain-lain.

Anyway, post ni pun bukan tulis sebab apa, sebab teringat kat kawan2 lama ja. Walaupun aku ni sebenarnya bukan jenis yang banyak cakap, jarang bertegur sapa, aku appreciate sorang2 kawan aku. Harapnya, semua berada dalam keadaan yang sihat la eaaaa...

*RIP buat member2 yang decide that we cant be just  friend XD. Moga korang pun doing well yee, I treasured those memories too~ haha*


ARIGATOUUU