People come and people go. Setiap pertemuan pun pasti ada perpisahan, terutama ketika masih belajar. Boleh jadi bila kita jadi classmate, or batchmate, memang banyak memori yang kita boleh cherish together. Tapi bila dah naik semester/tingkatan baru, kelas pun dah bertukar, keakraban tu boleh jadi kian pudar, dan adakalanya rakan baik jadi rakan sahaja. After tukar tempat belajar, dari rakan, tukar jadi teman kenalan. Kiranya, apa yang bonding kita tu kebanyakannya common ground lah. Rumah sukan sama, batch sama, minat sama, menyokong kumpulan yang sama... etc. Tapi bila satu2 common ground dah takde, persahabatan tu tak berapa nak kuat dah. Ia agak menyedihkan jugaklah bila orang yang kita kenal jadi orang yang 'somebody that I used to know'.
Tapi adakah semua perhubungan macam itu? Dengan tak contact dah tu bermaksud perhubungan tu dah terputus terus? Kat sini part sweet dia. Nilai tu masih boleh ada sebenarnya. Even lama tak jumpa pun, sesetengah rakan kalau jumpa balik, boleh peluk sampai taknak lepas. Sebab apa? Sebab ada memori2 indah yang kekal dalam hati masing2 dan mengekalkan ikatan antara rakan-rakan ni, walaupun masing2 sibuk dan tak tanya khabar sangat. Jadi, jangan bersedih sangat kalau tiba masa nak berpisah. Kalau dah ada memori bersama, most likely perhubungan ni akan bertahan. I mean ikatan atau bonding tu, even kalau salah sorang dah mati pun. Bercakap pasal ikatan, ikatan yang paling baik kita boleh ada dengan seseorang tu ikatan iman lah. Yang ni memang bond kuat punya. Tapi dengan rakan-rakan non-muslim ataupun teman biasa2 yang lain, bonding dengan memori tu agak reliable juga.
Yang penting bukan banyak mana kawan yang kita ada pun sebenarnya, tapi berapa ramai kawan yang kita somehow boleh affect hidup dia, dan rakan yang boleh bagi kesan kat hidup kita jugak. Benda macam ni memang selalu diingat. Contohnya, budak2 nakal waktu sekolah, bila dorang dah besar jadi orang yang berguna, akan ingat kat cikgu disiplin dorang yang tak jemu mendidik dorang waktu dorang nakal dulu. Dan bila ada unsur-unsur yang menyentuh hati dan kehidupan ni, time limit tu tak penting pun. Walaupun pertemuan tu kadang2 dua bulan je, contohnya masa PLKN or masa seminar/kem mana2, kalau lah kita dapat sentuh hati orang tu, lepas berpisah pun nilai sahabat tu sentiasa ada.
Jadi hargailah kawan. Atas kertas, memang mula2 tu kawan sebab kepentingan diri sendiri je pun. Ni memang banyak berlaku. Kawan sebab dia kaya, kawan sebab dia ada kereta nanti boleh tumpang, or kawan sebab dia banyak kertas soalan past year etc. Yelah mula-mula orang semua tertarik dengan 'ganjaran' yang dorang akan dapat kat depan mata, dia tak pergi ke hati lagi. Cuba la korang ni orang femes, ada bakat, kaki buat video apa tu, berduyun orang nak kawan. Tapi sampai bila je berkekalan? Tengok Mat Luthfi dah la. Senior sekolah aku tu. Time kat sekolah takde nak autograph apa semua sebab tak femes lagi tapi sekarang kalau jumpa kat event sekolah ka jumpa kat mana ka tobat kait abes common ground yang ada. lols. Tapi kalau kau sedar yang kawan ni better ada long term effect dan perlunya menyentuh hati dorang, jangan la selfish. Masing-masing support masa gembira, masa susah. Kawan tkde kereta, bagi je tumpang. Ada rezeki lebih, belanja member. Lagipun rezeki kita tu Allah bagi bukan untuk portion kita sendiri ja. Ada portion untuk amalan, kawan-kawan2, komitmen, simpanan dan lain-lain.
Anyway, post ni pun bukan tulis sebab apa, sebab teringat kat kawan2 lama ja. Walaupun aku ni sebenarnya bukan jenis yang banyak cakap, jarang bertegur sapa, aku appreciate sorang2 kawan aku. Harapnya, semua berada dalam keadaan yang sihat la eaaaa...
*RIP buat member2 yang decide that we cant be just friend XD. Moga korang pun doing well yee, I treasured those memories too~ haha*
ARIGATOUUU
No comments:
Post a Comment