Thursday, September 14, 2017

Attending a Dead Person

Hari ini, jiran aku panggil. Katanya suaminya dah lain macam. Uncle (jiran aku) ni dah 93 tahun dan dah lama sakit-sakit. Baru-baru ni dah masuk wad lama tapi akhirnya hospital hantar sebab dah tak boleh nak tolong apa sangat dah.

Jadi, disebabkan mak ayah aku takdak kat rumah, aku pun pergi lah rumah jiran ni. Aunty cakap Uncle macam tiba-tiba menggelupur pastu tak sedar apa dah jadi panggil aku. Sebagai medical graduate, cuak jugak lah aku. Nak confirmkan sendiri yang Uncle dah tak ada ke nak panggil hospital ke macam mana? Orang pertama kot yang jumpa selepas Aunty kasi tahu.

Bila dah biasa dengan exam, benda first terpikir nak buat ialah cek nadi, nafas. Nadi karotid Uncle dah tak rasa, nafas pun macam sikit-sikit. Bergegas aku ambil stethoscope kat rumah, cek jantung ada lagi tapi sluggish. Jadi... dah tak ada ke.. atau masih hidup? Biasa kalau kat hospital boleh lah tengok ECG ada flat line macam kat drama tu boleh confirm kan lah dah tak ada.

Terpikir pulak pasal brain death. Walaupun macam so-so nafas, boleh jadi ni sat ja sebab saraf tunjang masih berfungsi kejap walaupun takdak aktiviti dari otak dah. Antara cara nak cek ialah periksa reflek mata, reflek corneal, dan tengok ada nafas tak. Kalau tak ada boleh katakan brain death. Even kalau masih boleh resuscitate, dalam umur Uncle yang 93 tahun ni, biasanya kita lepaskan aja, biar dia pergi dengan tenang. Btw, cara lain macam jari-jari dah makin sejuk, rigor mortis, darah pooled dekat tempat yang dependent pun antara tanda-tanda kematian.

Tapi bila aku sorang-sorang, tengok Aunty yang macam berharap Uncle masih ada, hang akan jadi dilema. Nak cakap dah takde ke.. or all the very subtle signs memang all false hope dah?

Aunty dah call sorang sister, dan dia pun tak dapat karotid. Kitaorang pun ayah aku, ustaz, jiran-jiran.. dan call pihak hospital untuk mengesahkan kematian. Jadi bila ambulans sampai, medical assistants yang datang cakap ni memang dah tak ada dah. I guess dorang pun tak dapat carotid dan buat beberapa pemeriksaan macam yang brain death test tu kot sebelum cakap yang Uncle dah tak ada.

Ustaz dan JKK pun rancang urusan memandikan, solat, dan tanam jenazah. Lepas tu aku ada sembang dengan seorang doktor. Dia cakap memang kalau jadi doktor, tambah2 yang masih baru, kita akan pikir semua ni. Kalau ada alatan dan sebagainya lagi bagus. Tapi sebagai seorang Islam, mati tu apa bila roh dah dicabut dari jasad. Dari cerita Aunty mula-mula tu pun boleh kata itulah peristiwa nya. Doktor pun bukan Tuhan, kalau dah roh dah pergi, hang buat resuscitate semua tu pun apa gunanya dah. Memang bukak minda jugak lah aku.

Harap nya masa dah jadi houseman nanti otak dapat berfikir dengan lancar lah dan always be prepared nak buat apa. Being a first contact tadi memang satu pengalaman yang susah nak lupa... nak contact sape, proses dan buat kalau dah meninggal macam mana dsb..

Anyway, dari Allah kita datang, kepada Dia jugak lah kita kembali. Moga roh Uncle dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.


No comments: