Sunday, December 23, 2012

how to utilize our potential for good.

assalamulaikum. disebabkan sangat bosan hidup sengsorang kat bukit jalil maka aku pun tulis la blog ni. bagus jugak ada masa lapang sampai tahu nak tulis something. at least ada gak benda bermanfaat aku buat.


so aku mulakan dengan persoalan. hidup untuk makan ke makan untuk hidup? tepuk dada tanya perut. ye makan untuk hidup. kita hidup cari makan jugak. cari rezeki, dengan bekerja. tak kiralah ko kerja senang ke susah ke kena kerja la cari makan. student pun kira kerja jugak lah.
kita kerja ni tak boleh buat semua benda. tak mampu jadi doktor dan engineer dalam satu2 masa. sebab tiap2 pekerjaan memerlukan skill yang hebat. even nak jadi student tade skill menjawab kita susah nak score dengan cemerlang. skill ni biasanya kita kena latih otak kiri. otak kiri ni biasanya terlatih dengan pergerakan anggota sebelah kanan. macam criss-cross gitu.


kita hidup bukan nak cari makan saja2 je. tujuan hidup kita ni sebagai hamba Allah dan jugak sebagai khalifah / ketua kat muka bumi ni. so kena ibadat. ibadat ni kita jangan sempitkan dekat masjid je. kat mana2 pun boleh. even apa2 pekerjaan yang kita buat pun akan dpat pahala ibadat klu niat kerana Allah. hebat bukan?
cakap pasal khalifah, kita hidup bukan untuk kasik diri makan sahaja, tetapi jugak berkhidmat untuk masyarakat. untuk maslahat sosial sama. tanggungjawab sosial tu i mean bagi sama2 dapat nikmat islam dan nikmat iman. benda baik takkan taknak share kat seluruh alam pulak kan~
tanggungjawab sosial / khalifah ni memerlukan interpersonal skill. atau pun kita kata communication skill / sains sosial yang dari segi saintifik nya, memerlukan rangsangan otak kanan / perbuatan anggota kiri. sape left-handed tu untunglaa. haha.
............................................................
skill dah ade. tapi style ape nak guna. template mana nak approach? nak guna pendekatan ape? yeap. kita guna pendekatan ISLAM. kita guna sumber yang syumul. yang sahih. yang terbukti. ALQURAN dan ALHADIS. tapi bukan senang nak merungkai hadis dengan alquran. kalau kata rungkai kulit durian nak dapat isi tu susah, yang ni lagi susah. skill2 yang ada kat alquran ni hebat sangat. sampai klu belajar guna otak sahaja tak cukup. tak lekat. tak hadam pun. takat faham makna tapi tak cakna minda tak guna kan?

so kita kena belajar guna hati. learn by heart..

pulak dah. guna hati ke guna jantung? liver ke heart? bahasa arab dia qalbu. kalau kalbu ni kira macam cinta2 la. heart. jantung. klu baik seketul daging ni, maka baiklah seluruh amalan. klu jantung tu bgus, maka bguslah amalan kita. hebat tak hebat jantung ni. dia dari kita kecik pon dah berdegup, ada intrinsic contraction wa cakap lu. so kena jaga baik2 yeee.

fizikalnya jantung, namun ada jugak dari aspek rohaninya iaitu jiwa. kalau tak faham lagi, korang mesti pernah makan dalam kan? orang cakap something pastu terasa. haa tu hati kena panah la tu. kalau kadang2 baca alquran, terasa macam ada satu ketenangan masuk.. haa, kena kat qalbu lah tu. baik hati, busuk hati.

 tak percaya lagi hati tu sebenarnya jantung? pernah dengar kan hati berdegup kencang? hati berdegup. jantung yang berdegup. contraction of cardiac muscle. huhu. kekeliruan yang berlaku ini rasanya sama dengan salah tanggapan berat dengan jisim. klu dari saintifiknya, penggunaan yang betul ialah jisim. contohnya, " wei, aku dpat tangkap ikan haruan besar kot. aku kira berat dia dalam sekilo jugak la! " klu berat kena guna N, not kg. haih apa aku merepek ni.

belajar dengan hati perlu sebab dia akan bagi kita kefahaman yang lebih dan disertakan jugak dengan perbuatan. bukan just tahu camtu je. kalau kita imbas kembali la memori lama, saya rasa kita semua ada melakukan perubahan dengan pelajaran hati. contohnya, banyak akak2 muslimah kita berhijrah pakai tudung tutup aurat bila dia merasai dengan hati. bukan dengan baca buku teks sasbadi saja. kita jugak boleh tengok perubahan ketara abang afdlin selepas tarbiah hati setelah pergi tengok orang2 Palestin. so my point, we learn quran and hadis by heart to make us a good khalifah so we can share the joyful of being in Islam's and Allah's blessings. ikut cara korang sendiri. masing2 ada potensi masing2. kalau takde pun usaha gak.
 
and ya, ia suruhan . tapi kalau kamu tak mau ikut terserah. Allah bagi akal kat kita. dan juga anugerah untuk memilih. ada yang pilih sukma kebaikan, ada yang pilih sukma kejahatan. rujuk surah matahari, asSyams.
so ikutlah jalan mana yang anda suka. tapi ingat, hidup ni macam labyrinth. nampak complicated. tp in the end, sama ada kita sampai jalan pulang, which is syurga or kita terus tersesat dengan nikmat dunia and end up kat neraka. ikut syaitan balik rumah dia. so pilihla. nak jadi orang yang diangkat darjat.. or nak jadi orang yang lagi bodoh dari binatang ternak. ada otak ada akal Allah bagi memang bodoh la kalau tak faham jugak. binatang ternak ada akal takde otak tp dia buat ape yang Allah suruh gak.


in conclusion, quran dah ada depan mata. kalau ikut agama, hang berjaya. kalau tak, bai bai lah. selamat tinggal syurga. itu sunnatullah. tak percaya , sila kaji sebab apa kerajaan Melayu Melaka boleh musnah. sebab agama runtuh or sebab Portugis ada senjata hebat? hang pikir kapal dorang tu kuat ka? jalan jauh dari tempat dorang. anak kapal mesti dah letih2. agak2 dorang kuat ke nk berperang dgn armada Melaka? sila pikir yee.

 *tak letak ayat alQuran or hadis kerana sangat kurang ilmu hafalan. sedih betul. 
:)



greater than seeing is believing.

entry ni punya lama simpan tak post2. dah sebulan. malas teruk. tapi edit sikit2 hari ni.

kepercayaan. bukan senang nak tanamkan kepercayaan dan memikul kepercayaan orang. namun adakah kepercayaan kita kuat? itu kena tepuk dada tanya hati.

Ada orang kata seeing is believing. kalau dah tengok dan rasa, baru boleh percaya. kalau orang kata makanan kat situ sedap, kena pegi makan dulu baru boleh percaya. kalau orang kata pakcik tu baik, kena tengok dlu baru boleh percaya. plausible, ya. boleh tahanla cara nak percaya macam tu. tapi tak signifikan . tak cukup kuat kepercayaan macam tu.

ada jugak yang percaya bila sesuatu berita tu datang dari orang yang dia suka dan senang dengannya. tapi sayangnya berapa ramai yang dah kena tipu dan kena jerat. tak perlu nak bagi contoh, banyak sangat. lama kelamaan, kita hidup dalam dunia di mana sukar untuk mempercayai sesiapa sahaja. kawan karib, ibu bapa pun kadang2 kita pertikaikan. maka, masih ada tak lagi ruang kita nak mempercayai bulat2 tanpa ada syak wasangka? ya. ada. memang ada. we say that faith. we call it iman. IMAN. kepercayaan.

definition iman ni pada dasarnya ialah kepercayaan yang jitu dan tak berbelah bahagi. kalau nak lagi detail boleh tengok buku teks sasbadi ataupun fokus. kalau kita lihat sahabat-sahabat zaman rasulullah s.a.w. dahulu, mereka sangat mempercayai kata2 rasulullah. mereka tak mengamalkan konsep seeing is believing, tapi berusaha bersungguh-sungguh believing to see what is being said. secara mudahnya, mereka tahu nanti ada syurga, ada neraka dan mereka para sahabat berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar apa yang mereka akan lihat tu ( syurga contohnya). mashaAllah.

saya kagum bila mereka percaya bahawa Islam akan berjaya menawan kota Constantinople walaupun mereka pada zaman itu ialah golongan yang sangat minoriti. seolah olah mempercayai kata2 jurulatih bola sepak negara datuk rajagopal bila mana dia kata Malaysia akan julang piala dunia. wah... hebat . susah nak percaya. tp sahabat dahulu iman sangat tinggi. 

fokus saya kat sini ialah kita ada benda yg kita boleh pegang walaupun berada dalam zaman yang penuh dengan penipuan. ALQURAN dan ALHADITH. kalau kita pegang dua2 ni betul2, kita tak akan sesat sampai bila2. alangkah indah nya kalau kita percaya dan beriman dengan alquran dan hadis. namun berapa banyak orang yang beriman sekarang? tak perlu tgk non muslim, tgk muslim je pun dah cukup. minum arak, berzina, aurat, dah.. banyak sangat untuk ditulis. okeh jauh sangat tu kan. yang muslim yang solat pon, selalu tak khusyuk? ada baca quran tiap2 hari? walaupun satu ayat? kalau bangun lewat pagi nak exam, pikir solat subuh dulu ke takut lambat exam? sekali lagi tepuk dada tanya iman.

ini peringatan untuk diri saya jugak. lately macam jauh je dari semua ni. betullah environment sangat mempengaruhi. iman tak kuat, habislah. jadi wujud jugak inisiatif dah saling memperingati, ke arah kesabaran dan kearah kebenaran. jadi saya berharap agar saya, awak dan awak dapat saling memperingati antara satu sama lain. baru lah chill kan? :)



# sebak tengok kisah rakyat palestin. mari tambah kan doa, tingkatkan jariah, inshaAllah.
-19 november 2012, dalam bilik gelap sebab lampu macam tengok rosak .

ok teringat balik time ni bila aku tulis. haha. la ni dah 23 disember dah pon. palestin can be said win after all. alhamdulillah. and 21 disember bnyk troll orang gak lah. naise.