assalamulaikum.
disebabkan sangat bosan hidup sengsorang kat bukit jalil maka aku pun tulis la
blog ni. bagus jugak ada masa lapang sampai tahu nak tulis something. at least
ada gak benda bermanfaat aku buat.
so
aku mulakan dengan persoalan. hidup untuk makan ke makan untuk hidup? tepuk
dada tanya perut. ye makan untuk hidup. kita hidup cari makan jugak. cari
rezeki, dengan bekerja. tak kiralah ko kerja senang ke susah ke kena kerja la
cari makan. student pun kira kerja jugak lah.
kita
kerja ni tak boleh buat semua benda. tak mampu jadi doktor dan engineer dalam
satu2 masa. sebab tiap2 pekerjaan memerlukan skill yang hebat. even nak jadi
student tade skill menjawab kita susah nak score dengan cemerlang. skill ni
biasanya kita kena latih otak kiri. otak kiri ni biasanya terlatih dengan
pergerakan anggota sebelah kanan. macam criss-cross gitu.
kita
hidup bukan nak cari makan saja2 je. tujuan hidup kita ni sebagai hamba Allah
dan jugak sebagai khalifah / ketua kat muka bumi ni. so kena ibadat. ibadat ni
kita jangan sempitkan dekat masjid je. kat mana2 pun boleh. even apa2 pekerjaan
yang kita buat pun akan dpat pahala ibadat klu niat kerana Allah. hebat bukan?
cakap
pasal khalifah, kita hidup bukan untuk kasik diri makan sahaja, tetapi jugak
berkhidmat untuk masyarakat. untuk maslahat sosial sama. tanggungjawab sosial
tu i mean bagi sama2 dapat nikmat islam dan nikmat iman. benda baik takkan
taknak share kat seluruh alam pulak kan~
tanggungjawab
sosial / khalifah ni memerlukan interpersonal skill. atau pun kita kata
communication skill / sains sosial yang dari segi saintifik nya, memerlukan
rangsangan otak kanan / perbuatan anggota kiri. sape left-handed tu untunglaa.
haha.
............................................................
skill
dah ade. tapi style ape nak guna. template mana nak approach? nak guna
pendekatan ape? yeap. kita guna pendekatan ISLAM. kita guna sumber yang syumul.
yang sahih. yang terbukti. ALQURAN dan ALHADIS. tapi bukan senang nak merungkai
hadis dengan alquran. kalau kata rungkai kulit durian nak dapat isi tu susah,
yang ni lagi susah. skill2 yang ada kat alquran ni hebat sangat. sampai klu
belajar guna otak sahaja tak cukup. tak lekat. tak hadam pun. takat faham makna
tapi tak cakna minda tak guna kan?
so
kita kena belajar guna hati. learn by heart..
pulak
dah. guna hati ke guna jantung? liver ke heart? bahasa arab dia qalbu. kalau
kalbu ni kira macam cinta2 la. heart. jantung. klu baik seketul daging ni, maka
baiklah seluruh amalan. klu jantung tu bgus, maka bguslah amalan kita. hebat
tak hebat jantung ni. dia dari kita kecik pon dah berdegup, ada intrinsic
contraction wa cakap lu. so kena jaga baik2 yeee.
fizikalnya
jantung, namun ada jugak dari aspek rohaninya iaitu jiwa. kalau tak faham lagi,
korang mesti pernah makan dalam kan? orang cakap something pastu terasa. haa tu
hati kena panah la tu. kalau kadang2 baca alquran, terasa macam ada satu
ketenangan masuk.. haa, kena kat qalbu lah tu. baik hati, busuk hati.
tak
percaya lagi hati tu sebenarnya jantung? pernah dengar kan hati berdegup
kencang? hati berdegup. jantung yang berdegup. contraction of cardiac muscle.
huhu. kekeliruan yang berlaku ini rasanya sama dengan salah tanggapan berat
dengan jisim. klu dari saintifiknya, penggunaan yang betul ialah jisim.
contohnya, " wei, aku dpat tangkap ikan haruan besar kot. aku kira berat
dia dalam sekilo jugak la! " klu berat kena guna N, not kg. haih apa aku merepek
ni.
belajar
dengan hati perlu sebab dia akan bagi kita kefahaman yang lebih dan disertakan
jugak dengan perbuatan. bukan just tahu camtu je. kalau kita imbas kembali la
memori lama, saya rasa kita semua ada melakukan perubahan dengan pelajaran
hati. contohnya, banyak akak2 muslimah kita berhijrah pakai tudung tutup aurat
bila dia merasai dengan hati. bukan dengan baca buku teks sasbadi saja. kita
jugak boleh tengok perubahan ketara abang afdlin selepas tarbiah hati setelah
pergi tengok orang2 Palestin. so my point, we learn quran and hadis by heart to
make us a good khalifah so we can share the joyful of being in Islam's and
Allah's blessings. ikut cara korang sendiri. masing2 ada potensi masing2. kalau
takde pun usaha gak.
and
ya, ia suruhan . tapi kalau kamu tak mau ikut terserah. Allah bagi akal kat
kita. dan juga anugerah untuk memilih. ada yang pilih sukma kebaikan, ada yang
pilih sukma kejahatan. rujuk surah matahari, asSyams.
so
ikutlah jalan mana yang anda suka. tapi ingat, hidup ni macam labyrinth. nampak
complicated. tp in the end, sama ada kita sampai jalan pulang, which is syurga
or kita terus tersesat dengan nikmat dunia and end up kat neraka. ikut syaitan
balik rumah dia. so pilihla. nak jadi orang yang diangkat darjat.. or nak jadi
orang yang lagi bodoh dari binatang ternak. ada otak ada akal Allah bagi memang
bodoh la kalau tak faham jugak. binatang ternak ada akal takde otak tp dia buat
ape yang Allah suruh gak.
in
conclusion, quran dah ada depan mata. kalau ikut agama, hang berjaya. kalau
tak, bai bai lah. selamat tinggal syurga. itu sunnatullah. tak percaya , sila
kaji sebab apa kerajaan Melayu Melaka boleh musnah. sebab agama runtuh or sebab
Portugis ada senjata hebat? hang pikir kapal dorang tu kuat ka? jalan jauh dari
tempat dorang. anak kapal mesti dah letih2. agak2 dorang kuat ke nk berperang
dgn armada Melaka? sila pikir yee.
*tak
letak ayat alQuran or hadis kerana sangat kurang ilmu hafalan. sedih betul.
:)
No comments:
Post a Comment