Sunday, December 23, 2012

greater than seeing is believing.

entry ni punya lama simpan tak post2. dah sebulan. malas teruk. tapi edit sikit2 hari ni.

kepercayaan. bukan senang nak tanamkan kepercayaan dan memikul kepercayaan orang. namun adakah kepercayaan kita kuat? itu kena tepuk dada tanya hati.

Ada orang kata seeing is believing. kalau dah tengok dan rasa, baru boleh percaya. kalau orang kata makanan kat situ sedap, kena pegi makan dulu baru boleh percaya. kalau orang kata pakcik tu baik, kena tengok dlu baru boleh percaya. plausible, ya. boleh tahanla cara nak percaya macam tu. tapi tak signifikan . tak cukup kuat kepercayaan macam tu.

ada jugak yang percaya bila sesuatu berita tu datang dari orang yang dia suka dan senang dengannya. tapi sayangnya berapa ramai yang dah kena tipu dan kena jerat. tak perlu nak bagi contoh, banyak sangat. lama kelamaan, kita hidup dalam dunia di mana sukar untuk mempercayai sesiapa sahaja. kawan karib, ibu bapa pun kadang2 kita pertikaikan. maka, masih ada tak lagi ruang kita nak mempercayai bulat2 tanpa ada syak wasangka? ya. ada. memang ada. we say that faith. we call it iman. IMAN. kepercayaan.

definition iman ni pada dasarnya ialah kepercayaan yang jitu dan tak berbelah bahagi. kalau nak lagi detail boleh tengok buku teks sasbadi ataupun fokus. kalau kita lihat sahabat-sahabat zaman rasulullah s.a.w. dahulu, mereka sangat mempercayai kata2 rasulullah. mereka tak mengamalkan konsep seeing is believing, tapi berusaha bersungguh-sungguh believing to see what is being said. secara mudahnya, mereka tahu nanti ada syurga, ada neraka dan mereka para sahabat berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar apa yang mereka akan lihat tu ( syurga contohnya). mashaAllah.

saya kagum bila mereka percaya bahawa Islam akan berjaya menawan kota Constantinople walaupun mereka pada zaman itu ialah golongan yang sangat minoriti. seolah olah mempercayai kata2 jurulatih bola sepak negara datuk rajagopal bila mana dia kata Malaysia akan julang piala dunia. wah... hebat . susah nak percaya. tp sahabat dahulu iman sangat tinggi. 

fokus saya kat sini ialah kita ada benda yg kita boleh pegang walaupun berada dalam zaman yang penuh dengan penipuan. ALQURAN dan ALHADITH. kalau kita pegang dua2 ni betul2, kita tak akan sesat sampai bila2. alangkah indah nya kalau kita percaya dan beriman dengan alquran dan hadis. namun berapa banyak orang yang beriman sekarang? tak perlu tgk non muslim, tgk muslim je pun dah cukup. minum arak, berzina, aurat, dah.. banyak sangat untuk ditulis. okeh jauh sangat tu kan. yang muslim yang solat pon, selalu tak khusyuk? ada baca quran tiap2 hari? walaupun satu ayat? kalau bangun lewat pagi nak exam, pikir solat subuh dulu ke takut lambat exam? sekali lagi tepuk dada tanya iman.

ini peringatan untuk diri saya jugak. lately macam jauh je dari semua ni. betullah environment sangat mempengaruhi. iman tak kuat, habislah. jadi wujud jugak inisiatif dah saling memperingati, ke arah kesabaran dan kearah kebenaran. jadi saya berharap agar saya, awak dan awak dapat saling memperingati antara satu sama lain. baru lah chill kan? :)



# sebak tengok kisah rakyat palestin. mari tambah kan doa, tingkatkan jariah, inshaAllah.
-19 november 2012, dalam bilik gelap sebab lampu macam tengok rosak .

ok teringat balik time ni bila aku tulis. haha. la ni dah 23 disember dah pon. palestin can be said win after all. alhamdulillah. and 21 disember bnyk troll orang gak lah. naise.




1 comment: