Wednesday, July 3, 2013

Galau

Lagi 20 hari lagi before exam.  yeayyy!!! tapi macam-macam program kena join, or diagalakkan join. tak join nanti rasa tak seronok pulak. usrah, daurah, talk agama, program etc..  yeayy!!
 T___T hati ni rasa galau la pulak. rasa ralat. *sigh

astagfirullah. rasa macam iman tak berapa cukup. i try to justify that tansurullaha yansurkum. hang tolong Allah , Allah akan tolong hang. even rahmat Allah tu kat mana-mana ja pun. tapi syaitan hat dok hinggap ni mashaAllah suka sangat kat aku haha.  (> . <)

dia bisik apa tau? dia kata aku ni sedarla diri sikit, last minute person. 2 minggu lebih lagi satu system pun tak abes cover lagi, ni nak cover 3 system + clinical + ospe. dah la nanti puasa, lagi sikit masa nak study.  :/

siot betul lah. harapnya ditetapkan hati untuk berjaya dari hasutan. orang lain boleh buat awat kita tak boleh buat pulak kan? kita kena expect yang bukan semua yang kita rancang akan berlaku dengan lancar. mesti ada cabaran. and kalau berjaya lalui cabaran tu akan manis terasa.

dulu aku pun pernah lalui dah benda-benda macamni. and yeah, tiap2 kali rasa at the verge of failure, dapat jugak keputusan yang boleh tahan. walaupun aku tahu aku bukan jenis excellent genius and segala term yang orang rasa aku ni macam mana. haha.

anyway, post ni bukan untuk nak luahkan rasa hati semata-mata. that is not the main reason. walaupun mungkin agak emosional, just untuk justify things and maybe orang yang ada perasaan yang sama know that you are not alone. kata-kata liverpool, YNWA. you'll never walk alone kan.

ceh, ttbe rasa nak pi tengok monster university. memang ngenggg betul. despicable me lagi... T_T

dah2. jumpa lagi babai.   :P

Saturday, June 22, 2013

Movie of Steel Concrete blax3

yoshh assalamualaikum dan salam sejahtera.

so selepas movie marathon di MidValley, giliran Damansara pulak jadi destinasi tengok movie hehe. tapi kali ni pergi dengan family. pakcik makcik dan kezen sorang. yang lain tinggal sebab tak cukup 13 tahun lagi. hahaha. ohhh kami pergi tengok Man Of Steel a.k.a Superman!!

makcik aku suka sangat superman katanya yang tu la ajak tengok. hehe. aku apalagi. join je. tengok movie and maybe ada mesej tersirat nak disampaikan.

storyline agak bagus jugak la. mula-mula dan pertengahan movie dia mengketengahkan perkembangan watak, dan asal usul Clark Kent @ Kal-El ( nama alien dia). bagi aku ini agak menarik la, nampak dinamik dan tak abrupt sangat bila nak sampai klimaks sejam last tu. kiranya segala pertanyaan aku sebelum aku tau siapa Superman ni terjawab lah akhirnya. eg : planet nama Krypton tapi asal semua lambang S? rupanya itu bukan huruf S kat planet tu. itu simbol Hope bagi diorang.

sejam terakhir is babak lawan alien kryptonian yang nak tawan bumi untuk jadikan planet diorang selepas planet diorang musnah. transition macam mana Kent boleh decide nak tolong penduduk bumi and macam mana earthlings nak percaya kat superman tu memang masuk. well done. tapi part lawan , terkezuttt gua! totally lain dari part awal. sebab laju sangat. lawan2 baling sekali tembus bangunan segala tu. perghh. di luar logika. haha. bandar musnah sebab lawan2 bukan sebab infiltration alien. memang dahsyat la kan.

ha, part nice bilamana kita tau macam mana superman boleh jadi 'super'. dia asalnya tak kuat mana pun. tapi ada la reasonnya dia jadi kuat gila gila. kalau nak tahu kena tengok lah. so konklusi jalan cerita, kena luaskan imaginasi anda sebab babak2 last memang kaw2 punya lawan. haha. tengok 3d memang mantap tapi takdak duet la bang. ngee.

and kita boleh tengok la pattern marvel dengan dc. marvel bnyk sikit humor dalam movie. dekat dengan kita. tapi dc comic punya hero banyak serius2 sikit and involve galaksi punya level. sebab dorang pun memang alien kan.

part mesej tersirat, ada. tapi aku lupa dah sikit2. simbol Hope tu. perkataan Hope boleh merujuk kepada idea2 hope nak bwak balik dajjal ke muka bumi nii. so konsep hapuskan agama/ anti-christ  puak illuminate ni sangat kuat la. tapi movie ni nampak cam tersirat. cara invasion pun boleh tahan seram. tukarkan bumi jadi planet sana. and forced to accept makhluk lain untuk reside dekat bumi, which is memang dah berlaku sebab bnyk manusia dah trade soul diorang kat setan2 ni. almaklumlah kiamat nk dekat. so perang memang sangat dekat dah. depa tngh rekrut 'tentera' / boneka. tapi bukan boneka bernyawa ya. haha.

and maybe korang akan perasan sikit2 kent tengok cahaya matahari, nampak terang jeee ( basically langut atas nampak cahaya putih la). so unsur cahaya (illuminate/ illuminati) ni pun ada selit gak la sikit2 tu. biasalah kan.

cakap pasal superman, dia seksi gila bila tak pakai baju ( ni tadak kaitan, just saying), warna biru dan alien. so dari dulu lagi kita memang disuruh terima or disogokkan supaya menerima alien ni jadi wakil kita kat muka bumi. tolong kita dsb.. nampak kan? haha. and biru tu, negative bagi kulit manusia. negative means dunia lagi satu @ sewaktu dengannya. or jin la kot warna biru tu, yg nk invade kita nti. try la tangkap gambaq, tukaq jadi mode negative, tgk warna kulit. haha. ye ni pun lama dah... try la cari bnyk ja filem kartun/orang alien (jin) warna biru. man of steel, avatar, sonic, genie dalam aladin, citer kartun apetah yg dia watak jahat tu. tak kisahla. ni aku nk utarakan simbol2 tu je.

oh ya, last thing, the city. kali ini bandar Kansas pulak ( if im not mistaken lah), which is new town. so so far movie2 gempak ni dah pamerkan nama2 city amerika yang berlainan. kalau habis city tu rasanya amerika pun hancur la kot?? haha. konspirasi betulla aku nih.

cukup la kot. ada masa anda dipersilakan tengok. aku kena tahan sat sebelum tengok World War Z, Monster Inc. Lari... huhu. nti ada Wolverine lagi. fuhhh city mana lak jadi mangsa? hha. ok2, kita fokus jawab exam dlu. kalau tak tahan sangat tengok satu je.  haha k lah makan dulu kot. lapaaq~

Friday, June 14, 2013

movie marathon outing (picisan)

last week ( dah basi dah) pegi MidValley untuk movie marathon pertama aku.
pagi2 pegi piknik bersama pemuda-pemuda seuniversiti dekat Lake Garden. pastu terus ke movie marathon. sempat la tengok 3 cerita which are Now You See Me, Fast Furious 6, KIL. berhenti antara movies tu hanya untuk solat je. popcorn? tak perlu pun. snack tak habis time piknik tu habiskan dekat sana. haha. crunh crunch bunyi kitorang makan. harap tak mengganggu audience. :p

komen?

citer FF6 not bad, takdela epic sangat. tapi adegan 18 tu mcam banyak je pulak. hat tu kacau tu. tapi mana2 movie yang ada The Rock memang seronok la tengok. full-packed action. and ending tu agak hebat la. tunjuk yang nanti ada sequel, FF7 pulak.

for KIL, bagi aku yang suka indie ni, mantap la. jalan cerita walaupun bergerak lambat sikit tapi dia punya isu bunuh diri dengan tema2 kemanusiaan yang diterapkan memang mempesonakan. hehe. lagipun walau macam watak perencah tambahan je, kak ella dengan juliana evans buat aku lagi minat la cter ni. dengan lagu soundtrack pesawat and butterfingers mmg umph. for filem malaysia, KIL does make me satisfied. memang taste aku pun citer cenggini, rasa mcm tengok cerita KAMI pun ada. neway good job for produksi.

tapi ending dua filem ni kan.. kat tengah2 credit. so orang yang dah angkat buntut nk blah terpaksa berdiri or buat muka tebal duduk balik. nampak tak peramainan dia kat situ??

and one more, Now You See Me. pergh. tak sangka citer yang ni epic gila. tema magician nampak macam lame, tapi bila tengok memang terbaik lah. the horsemans sentiasa buat aku terpukau. punchline pun mantap. aku rasa macam nak bg 5 bintang je.

tapi walaupun citer ni menarik dan terbaik, tapi citer ni paling buat aku seram lah, walaupun takde part seram pun citer ni. sebab ape? sebab mesej tersirat dia tu. banyak gila unsur illuminati. hampa cakap la konspirasi cikai je ke, obses sangat ka, tapi aku memang nampak puak ni memang dah tahap berani dah bagi mesej. jelas wei. dengan ada banyak simbol all seing eye nya.. eye of horus, and at the end ada cakap ''kami hanya nak kembalikan magic kat dunia ni'' ...( bagi aku ni sihir / demonic spell lah). and last sekali ending buat audiences, mesej nya ialah. '' sekarang kamu tahu kami di mana2 sahaja, walaupun orang tak nampak kami. we are all ahead from others... kami sekarang tengah mengumpul /rekrut ahli...'' hmm ayat2 ni bagi aku nampak la ada progress dah kat puak ni.

from 2000 > bnyak citer terrorist, buat nampak islam ni pengganas for 11/9 punya kejadian tu

from 2010> start citer alien serang bumi, and sama je setting, kat amerika cuma bandar berbeda2, tunjuk kata doomsday 2012 tu mybe kejatuhan amerika. cter 3d and alien nak bagi kita biasakan dengan makhluk hodoh setan segala.

and yeap, recently tema serang amerika still ada, NYSM dekat new york. tapi depaa dah mula rekrut orang baru dah. suruh join dorang la ni. so i assume depa dok preparation untuk perang terakhir dah. haha. apa aku merepek aku pun tak tahu tapi ni jela aku nampak. scary. kita pun tak boleh buat apa tapi at least tahu la apa yang bakal jadi nanti kan?

haa.. ada satu benda kita boleh buat. jangan dengaq lagu artis2 illuminati ni macam keisha selena gomez lady gaga ( dia ni rank atas dah). semua hat pakai huduh2 tu. justin bieber pun aku rasa dah terjebak dah. tengok gaya kalau tukar jadi hitam bla3 tu boleh agak la. and lagu tu biasanya unsur ganas, nk tunjuk orang atas kata depa ni komited. so dont listen to those songs or you will be brainwashed by the lyrics. harap linkin park tak. sebab aku nak pergi konsert dorang nanti~ (coming soon).

pergh. tak padan nak exam boleh lagi tengok wayang an. haha. tension bhai biasalah. aku tengok wayang pun ada dua sebab. satu sebab cerita satu sebab nak tengok pattern and mesej tersirat depa nak bagi. and yea, kalau tak nak tengok cerita EPIC, kartun. sbb character mcm windrunner :p and citer kartun tadak adegan2 keterlaluan. that's y suka tengok citer kartunn.

and hari tu straight la. dari 8 pagi sampai 11 malam. enjoy je. apa nak jadi kat budak ni haha. k lah, tulis lain kali pulak. babaii~
*LP LP n__n
*tulis cincai malas edit. kalau tak faham sila komen eh. bhahaha




Tuesday, May 28, 2013

random sketch- balik kampung

gila. aku tak pernah rasa excited nak balik kampung sampai macam ni dulu.
hehe.
sampai tak kisah skip kelas bagai.
sebab wedding cousin aku.. and sebab bila aku balik kali ni ada kawan menanti kat jitra tuu.. dari ireland lagi. maybe sebab lama sangat kot terperap je kat IMU ni sampai rindukan keluarga dan kawan2 baik.
hehe alhamdulillah moga2 perjalanan balik kedah berjalan lancar.

aku tak tahu la kenapa tapi agak nya memang sebagai pelajar dugaan tu tak lari kot. sana sini aku tengok orang resah gelisah. mengenangkan masa depan.. yang kiasu terlebih pun ada. sampaikan yang aku tak kenal pun aku boleh tahu dia ada masalah, obvious sampai tara tu. aku pun tak tahu orang pandang aku macam mana. aku ada masalah gak tapi tak obvious sangat kot kan. mudah-mudahan.

naluri aku nak tolong orang tu sangat tinggi. walaupun diri ni pun banyak masalah. tapi ada sorang ni kata kat aku, tolong orang sampai abaikan diri sendiri, pelajaran dll. hmm aku rasa bukan sebab aku tolong orang tu buat ak abaikan benda lain. tapi minat ketagih game DOTA BOLA RUNNING MAN dll tu yang buat aku tak concentrate pelajaran. sekarang ni tak nampak lagi ubat. NAVI VIRTUS PRO ALLIANCE dll tu dota team international. aku ambil tahu sampai kepada player2 ranking2 sekali macam aku tahu pasal bola sepak. gila tak gila tu??

hmm my wish is aku balik ni niat tu dapat refresh. balik semula IMU nanti dapat semangat baru. jadi budak baik (sikit). haha. how i miss my old friends. harap2 semua dalam keadaan sehat sejahtera.

akhir kata, dalam hati ada taman, tapi emak tak begi bercucuk tanam, terpaksa la tahan, moga2 dapat setimpal balasan. hehe. assalamualaikum. :)

* balik kampung hoorayyy