Tuesday, May 28, 2013

random sketch- balik kampung

gila. aku tak pernah rasa excited nak balik kampung sampai macam ni dulu.
hehe.
sampai tak kisah skip kelas bagai.
sebab wedding cousin aku.. and sebab bila aku balik kali ni ada kawan menanti kat jitra tuu.. dari ireland lagi. maybe sebab lama sangat kot terperap je kat IMU ni sampai rindukan keluarga dan kawan2 baik.
hehe alhamdulillah moga2 perjalanan balik kedah berjalan lancar.

aku tak tahu la kenapa tapi agak nya memang sebagai pelajar dugaan tu tak lari kot. sana sini aku tengok orang resah gelisah. mengenangkan masa depan.. yang kiasu terlebih pun ada. sampaikan yang aku tak kenal pun aku boleh tahu dia ada masalah, obvious sampai tara tu. aku pun tak tahu orang pandang aku macam mana. aku ada masalah gak tapi tak obvious sangat kot kan. mudah-mudahan.

naluri aku nak tolong orang tu sangat tinggi. walaupun diri ni pun banyak masalah. tapi ada sorang ni kata kat aku, tolong orang sampai abaikan diri sendiri, pelajaran dll. hmm aku rasa bukan sebab aku tolong orang tu buat ak abaikan benda lain. tapi minat ketagih game DOTA BOLA RUNNING MAN dll tu yang buat aku tak concentrate pelajaran. sekarang ni tak nampak lagi ubat. NAVI VIRTUS PRO ALLIANCE dll tu dota team international. aku ambil tahu sampai kepada player2 ranking2 sekali macam aku tahu pasal bola sepak. gila tak gila tu??

hmm my wish is aku balik ni niat tu dapat refresh. balik semula IMU nanti dapat semangat baru. jadi budak baik (sikit). haha. how i miss my old friends. harap2 semua dalam keadaan sehat sejahtera.

akhir kata, dalam hati ada taman, tapi emak tak begi bercucuk tanam, terpaksa la tahan, moga2 dapat setimpal balasan. hehe. assalamualaikum. :)

* balik kampung hoorayyy



2 comments:

Hikaru Yui said...

DOTA BOLA RUNNING MAN dll tu yang buat aku tak concentrate pelajaran.




samalah kitaaaa cuma aku dota ja lah lg dua aku xlaya sgt..

=p

Safuan Sabri said...

dota aku tak ni sngt. simply because aku tak penah main time study. i mean, baru main last week, dah tengah cuti, taktaw la cana hahhaha masa depanku kelam oh