haha. segan aku jadi blogger ni. update tah apa2, tu pon jarang2 kan. haha
apepon, post kali ni aku nak jadi teacher BTN.. :)
bulan yg mulia ni, bulan ramadhan sepatutnya menjadi bulan yg tenteram la kan. kita buat amal ibadat, tak kacau orang. almaklumla syaitan2 dok kena belenggu time ni. tapi dalam bulan ni jugakla aku tengok macam2 kes berlaku.
mula2 nampak cerita yg budak oversea kena pukul sampai rahang senget, tak cukup dengan tu kena rompak pulak.. memang jatuh ditimpa tangga pulak kan. tumpang simpati buat beliau.
macam2 boleh jadi bila duk oversea neh..
kat malaysia? aman ke? bulan merdeka plak tu.
hm.. tak aman aman jugak~
lepas kejadian luar negara, kita dikejutkan pulak dengan kes budak uitm merbok.
sorang mamat yang kena tikam dengan kawan sebilik dia..ya ...SEBILIK.
sebab apa? sebab membe sebilik dia ni mengalami kemurungan kot. yep. mcm tadak sebab.
naseb baik ajal tak sampai lagi. tp klu sampai pon, bulan ramadhan. untung la klu dapat lailatul qadr. hehe. dah, melampau plak aku.
sadis kan? apa la nak jadi.
ohh...ada lagi~ yg ni aku terbaca kat paper metro pagi tadi. headline siap.
NENEK DICINCANG gara gara geram disuruh tanak nasi.
ouch~!! gila ke ape da manusia sekarang ni. dah la perempuan yg cincang tu. nenek sendiri plak.
aku mcam ta boleh fikir macam mana la si cucu ni boleh bunuh nenek dia. pastu kelar sana sini. pastu cincang cincang. and then, mampu mengaku yg dia buat suma bnda diatas..
=,=
aku engat ak da cukup brutal, upanya still tak lagi la..
....................................................................................
alangkah baik nya kalau kita ni ada diterapkan unsur2 agama dalam diri kita. betul lah paling kurang pun ada benarnya solat tu menghalang diri kita dari kemungkaran. tade la sampai nak bunuh2 orang. sebab bila kita ada agama ni, kita punya pegangan. tak goyang walau dtimpa cabaran apa pun. tak tumbang kena hiris macam mana pon. orang kata jadi mcm perdu pokok tu.
beside from agama, budaya tu kena ada. kita ni tak teringin da nak kenal sape diri kita. melayu ke, ape ke. macam da sama ja ngan bangsa len aku tengok sekarang ni. aherm, tak berniat nak racist2 pon. but i love malay culture. amalkan lah adat dan budaya kita.. baru ada jati diri. budaya melayu bagus sebab selari ngan islam. pandai datuk nenek kita buat baju melayu baju kurung wei. tutup aurat kot. tapi kita tak mahu nak hargai.. rugi kan?
budaya terikat dengan agama. nak tak nak mcm tu la. so dalami ilmu agama, kuatkan pengetahuan tentang adat budaya kita. insyaAllah lah kita tak jadi lalang, ada kat mana2 pon menyusahkan , bagi masalah kat orang je. asal nampak lalang je rase mau tebas je kan?
sebaliknya, bila kita ada jati diri, kita akan jadi pokok pinang. even walau kita tade kemahiran or tak berguna pon, orang still need kita, sebagai penyeri. still ada nilai. klau pokok pinang tu orang tanam depan rumah wei,
.............................................................................
harapnya agama islam dan budaya melayu akan terus mekar dalam hati aku, dan akan jadi pakaian aku. hehe
* da stat minat pakai baju melayu, nak bali capal nanti. ada yg nak sponsor??
1 comment:
dunia hari ini =p=p haish
Post a Comment