Sunday, July 26, 2015

Bukan Sekadar Air Biasa?

Assalamualaikum and good day to fellow readers.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada siapa2 yang aku tak sempat jumpa raya ni. Moga amalan kalian diterima Allah dan kosong2 ye sesama kita.

Kebelakangan ni isu Air Anugerah 'bukan sekadar air biasa' makin banyak dibualkan sama2 doktor, medical student, even pakcik makcik aku. Kira memang mantap marketing dorang sampai semua lapisan manusia pun dok sebut2 pasal air ni. Even kat corong-corong radio esp yang belah selatan ni memang promot abes lah, sell-out boys kata pemain2 DOTA 2 hehehe, sampaikan di hospital pun ada gak dijual.


sumber: google image

Rasanya semua maklum yang jadi isunya sebab packaging dia tu kecik je tapi jual rm4.50 sebotol, mahai nak mampoih wa habaq lu. Sebab katanya air beralkali ni bagus untuk kesihatan dan di-support oleh ustaz2 kira memang halalan tayyiban jayyidan la kirenya kan. Tapi dari segi pandangan orang-orang perubatan moden memang kondem la sebab pH darah ni dikawal proses kompleks macam homeostasis tu so air alkali ke asid ke macam takde efek kat badan pun. Hat orang marah sebab macam guna agama pun ada gak sebab banyak lagi produk2 Anugerah yang lain selain air dia yang dijual agak mahal, atas nama Islam la kononnya..

To be fair, ni aku punya perspektif lah ea.

1. Ada makcik-makcik dan pakcik-pakcik cakap air ni memang berkesan. Dulu orang ni sakit sekarang Alhamdulillah lepas amalkan air ni boleh jalan pergi masjid. So ada testimoni-testimoni yang support air ni. Aku pun taktaw nak percaya ke tak samada asbab pakcik tu boleh jalan adalah air tu ke sebab sakit pakcik tu memang self-limiting. Pokoknya, ada testimoni yang kata air tu 'mujarab'.

2. Aku tadi pergi Mydin, aku ada nampak satu produk air mineral ni jenama Evian 500ml harga dia rm3.95. Air mineral. Takde lak la orang protes2. Sebab marketing dia kureng or sebab tak guna nama agama kot. Nak dibandingkan proses nak buat air anugerah ni maybe fair enuf la harga dia mahal tapi bagi aku still tak reasonable nye harga, memang eksploitasi agama.

3. Sebenarnya pasal tak reasonable ni, memang banyak produk lain yang harga tak reasonable and kau boleh dapat produk hampir sama dengan harga jauh lebih rendah. Contoh pertama, Ferrero Roshe sebiji kecik tu rm2-3. And most computer peripheral macam keyboard, mouse, headset yang atas nama gaming, dia akan kasi kaw2 nye harga. Mouse banyak key harga rm150 keatas. Too much? Aku beli je, sebab aku memang nak beli even harga macam tu. Still bila pakai aku tak dapat kill Godlike streak ke RAMPAGEEE ke pun. Tapi aku suka. I mampu beli and i nak beli and I love it so no problem there. Keyboard, headset aku nye harga tayah tanya la ea.. haha.

''gamers orgasm''

Konklusinya, for me memang aku tak rekemen pun air ni sebab from science point of view especially belah2 medical profession ni, macam tak bagi efek pun. Baik datang hospital ambil ubat and compliant dengan medication yang diberi. Dengan mahal lagi, kesian kat pakcik2 kena eksploit dengan produk2 dijual atas nama agama ni.
Tapi, bagi sesetengah yang amalkan, dan rasa ada perubahan, and mampu nak beli air gitu, ambiklah nak ambik, tadak sapa nak halang. Support produk bumiputra. Bukan duit saya pun.

Last but not least, all this current isu aku rasa jadi sebab kita masyarakat biasa tersepit dengan bebanan kemelesetan ekonomi dan nilai harga ringgit yang merudum. Ditambah dengan isu2 sosial, keganasan, konspirasi, dan ketidakpandaian orang atasan dalam menguruskan negara yang mana dipalitkan negatif nya atas bangsa dan agama, buatkan kita jadi over-sensitif. Isu kecik sikit, mahal sikit, petik2 agama and bangsa sikit, macam2 respon keluar. So tu lah, aku pun pening gak sebenarnya.

OK lah. yang penting jaga kesihatan and ur current wellbeing.
I rest my case.  


Sunday, April 5, 2015

Kamu Nak Jadi Apa Bila Besar? Sebab Apa?

Saya nak bawak kita ingat balik zaman kanak2 kita dulu.
Ingat tak kat kelas, bila masuk bab cita-cita, cikgu tnya nak jadi apa, sebab apa?
Pastu kita cakap nak belajar tinggi-tinggi, jadi sekian-sekian. Ada nak jadi doktor la, askar, bisnesman, engineer, IT (ni geng2 main gameboy..mario..) sebab bantu mak bapak. nak beli rumah besar, ubah nasib keluarga... ingat tak pernah cakap camtu?
 
Sekarang most of us da besar. Ada dah kerja, ada yang akan kerja. Ada yang berduit tapi belum kerja (tajaan la/pinjaman). Tapi harapnya masih ingat cita2 murni kita dulu nak bantu mak bapak. Jangan bila dorang da susah payah bela tampung kita belajar tinggi2, bila mak ayah minta tolong sikit, berkira. Bila mintak duit sikit, alasan sana sini. Sama macam taraf bila orang tak kenal mintak derma, kasi alasan ada hal itu lah.. ini lah. Mak bapak kita pun bukan orang asing ye. Hulur duit sikit takda masalah kut, duit kita banyak2 ni pun kadang2 abeskan kat benda mengarut je. Kalau dorang nak tolong hantar mana2, urut kaki ke, buatlah. Bukan selalu sangat jumpa dorang kan. Bnyak masa abes kat uni je. Bila balik kampung, try tengok muka mak bapak kita, ada berubah tak. Kita makin matang, dorang makin berusia.

Bukan apa teremo-emo ni. Kadang2 tu bila tanya-tanya pakcik makcik dalam ward tu, bila tanya pasal anak dorang, beriya-iya muka. Cakap masuk belajar mana, kerja sebagai apa.. Tapi ada gak muka yang sedih, risau ingat kat anak. Dorang yang sakit pun ada masa susah hati ingat kat anak masing2. Pastu aku yang tak berapa nak pandai handle situation tu boleh senyum awkward jela. Tak pandai sangat nak pujuk der.

Moga kita tak lupa apa yang kita cakap kecik-kecik dulu, jangan jadi bagai kacang lupakan kulit.....

Saturday, March 14, 2015

Bermula Tahun Klinikal sorang 'Student Doctor'

Woots!! I'm back and still hidup, Alhamdulillah.

AMARAN
Entry ni more like diary of one week experience so bear with me. bit long entry, and feeling2 skit. haha.

................................................................

Dulu masa zaman sekolah time form4 form 5 tu tertanya-tanya gak hidup kat universiti ni macam mana, kalau yang mengaji kat oversea ni macam mana..dll. Masa zaman preclinical pulak tertanya-tanya macam mana la pulak nanti kat hospital masa phase2 (clinical years). Sebab tengok senior macam pro je kat hospital. Sedar tak sedar, da lepas preclinical years da pun and sekarang officially clinical medical student kat Seremban. How time flies!

Welp, kalau aku update hari2 dari first day memang roller coster la feeling setiap entry. Cuz dari orientation week, memang like tutttt.. la. Zaman2 enjoy kelas 2 jam sehari time preclinical tu memang lesap terus. T_T
This is a completely different life wa habaq lu. Dari briefings yang pihak Uni dengan hospital bagi tentang tugas2 and expectation yang dorang nak.. aku pikir saja pun dah stress, sakit kepala. Tu baru orientation kottt. Maybe sebab lepas 3 bulan cuti, balik belajar takdan nak hepi lagi, dah kena bombarded dengan tugas ni, tugas tu, disuruh supaya lebih berdisiplin, professionalism and of course, all the seniors doctors yang cara depa old school skit. Tak banyak melawak, tegas, and strict. Biasa lah experienced specialist.. dengan pangkat dato' , prof..etc. Aku pun taktaw nak address dorang doctor ke, prof ke, dato' ke. Hehe.



And aku start clinical posting aku kat department surgery. First day masuk hospital, awkward gile. Punya la banyak staff, then cangak bulu taktaw nak kasik introduction kat sapa sbb first time masuk ward baru kan. Oh, first day pun da tertinggal name tag. Sebab rush kena masuk ward before 7.30am. So lepas solat subuh tu takleh da lelap2 macam the old days . Haha. Punya penat sampai at the end of first day tu, memang cari katil je .LELAP terus. Tak payah nak adjust pun habit tido lambat aku time cuti dlu. otomatik tido before 12. Aku terkejut kat diri aku sendiri. Tumit pun sakit sebab berdiri je lahaii, kepala pun sakit pikir esok nye tugasan camna after horrible first day. Not a good start.
Image result for confused doctor anime
confuse oii

Second day, boleh la kut. Dapat take history from a couple of patients tapi sorang kena ambil dari relative dia sebab patient intubated. Sorang lagi susah sikit nak faham sebab mulut dia sumbing. Tapi lama2 cakap dengan dia boleh la faham skit2. But still better than semalam punye i guess. Tapi dalam hati ada gak la terpikir apesal la ambil medik ni, macam tak enjoy ja. Lagi dua tahun kot nak hidup gini. Teringat pulak pasal yang tak jadi lepas g oversea tu. Maybe ada hikmah Allah hantar aku kat sini. Kena sabar. So kita pun sabar dan tenang lah skit (As if i have a choice to turn back lol). Kalau kat Malaysia pun tak tahan takkan la nak p tempat orang ye dok.

Third day, after abes tugas, i decided to lepak jap sengsorang kat gerai. Tenangkan fikiran katakan. Sambil hirup teh O suam satu, sambil dok pikir apa nak buat. Tak boleh jadi ni. Last2 pikir cara study by hard ni memang tak sesuai ngan aku sebab aku tak berapa nak rajin. Ambil la nota ka baca buku tara mana pun bila orang tanya, aku tak ingat. Blur. Useless betoi bakal doktor ceni noh. Kena cari cara belajar baru, sistem baru. Sebab kata Einstein, kalau buat guna cara yang sama, usah mimpi dapat result yang lain. And kalau tak leh terang kat orang secara simple, means you do not understand what you say tu. And sorang Prof kat hospital tu ada address pasal having a system. Aku pun dok teringat zaman2 sistem belajar aku jadi sistem yang buat aku boleh faham and terang kat orang. Notes, Mind map. OK, rasa macam nak start balik sistem concept map ni. Terus hirup teh o kasi habis, bayar kat kakcik tu, balik rumah, buat nota satu dua, tido.

Day 4, new system yang aku implemented tu start to do works for me. More things become smoother. I am getting there. Dapat la jawab dua tiga soalan, walaupun ada yang jawab tak betul. At least pun, least blur. It's a learning process pun.

Then aku try cara baru untuk clerk patient. Biasanya, medical student bila tanya patient, each details tu akan dicatit kat buku nota, dah jadi macam sesi siasatan pulak. Rasa macam kita terpaksa buat itu, dan patient pun macam terpaksa nak jawab. Both party macam tak comfortable. This day, aku letak buku nota pen semua simpan dalam poket dulu. Ambil kerusi, duduk sebelah couch tu, sembang je dengan patient. Alhamdulillah, patient nampak macam lebih selesa untuk open up walaupun tak tanya pasal medical condition dia sangat pun. We can do it later after this. And then sesi petang tu is quite free, so baca kes pasal condition patient tu and i know what to ask the patient tomorrow. Woraitz.

Thankfully, for Day 5, it was not as bad like the first day anymore. Tapi bila kena present case kat lecturer, segala term2 da lupa and jadi blur. Sebab aku focus kat building rapport dengan pesakit kan, so part knowledge tu still kureng tak topap2 (or padahal memang aku malas study pun). Tebal jela muka bagi jawapan yang salah pun. Kena sindir ke ape nanti dapat gak jawapan yang betul at the end so it does not matter very much.

That evening, kena cari sorang patient untuk follow up 2 tahun by visiting to his house twice each semester. It is not an easy task really. But gi ngan partner, build rapport dengan sembang 2JAM kot ngna sorang pakcik tu haha. last2 rasa da dapat rapport ngan pakcik tu, i feel happy already. Tambah2 bila borak 2jam tu paid off bila pakcik tu cakap 'terima kasih la bual2 ngan pakcik, belajar elok2 ye' and informally setuju yang kitorang boleh g rumah dia (sebab tak explain proper reason of our project follow up). Sebab banyak gak student bila tanya patient yang nak buat follow up smpai ke rumah tu straight2 kene reject. Yelah, orang tk kenal tak apa, tetiba nak datang rumah tanya2 kan? Gentle la.

Final day of the first week, nothing much. Do all the same works tiap2 hari. Ambil history, study pasal case and do some presentation kat lecturer after ward round. Physical examination aku tak bape nak confident lagi buat walaupun benda tu memang kena buat. Sebab takut patient tak selesa. Tak gamak aku nak buat PE. Bila tanya senior, dorang cakap buat je, kadang2 kena 'kasar' skit and letak simpati tu kan tepi jap tapi still kena buat la. Welp, can't help la kut.

And petang tu pakcik semalam dah nak kena discharged. Cepat2  aku lari gi tegur pakcik tu sekali lagi and alhamdulillah dapat alamat number telefon semua. Even patients2 kat katil sebelah2 dia pun tegur sapa, mesra. boleh melawak semua. Tak rasa macam medical student langsung. Oh gumbiranya time tu bila tengok patients2 boleh senyum kat kita. Even tak bertugas pun kat ward tu this week. Just masuk semalam semata-mata nak cari patient yang ada penyakit kronik that u can't find in surgical ward., tapi rasa really welcomed. Aww~ Really nice way to conclude the first week as a phase 2 medical student. And ada abang india tu da open up siap offer ambil darah lagi, willingly to help me lah. terharu gua. uhuks.

Konklusi from 1st week clinic years;
1. Memang sangat letih sampai nak main DOTA pun da tak berapa sempat.
2. Akan bertambah letih dengan esainmen, on-call, long hours standing so you memang kena work out skit la bagi tambah stamina. Nak kena datang awal pun takleh lupa breakfast nanti awak pulak jadi pesakit kang.
3. Be humble
4. Tebal muka as even you have 'medical student' pride, still namanya student so kena lapang dada dengan komen yang membina. Seriously.
5. System. Kalau agak tak puas hati dengan prestasi sendiri, try ubah yang mana boleh supaya lebih efektif.
6. The moment you can care to others, that feeling will not betray you. Ikhlaskan hati inshaAllah urusan dipermudahkan. the power of LOVE katakan haha.
7. You must have knowledge, skill, attitude.

Actually, still banyak lagi yang nak kena improve, physical examination kena berani lagi untuk minggu depan, presentation skill pun kena perbaiki. Sebab nanti nak kena examine patient perempuan pulak, sure a tough task for me, for now. Again, KNOWLEDGE, SKILLS, ATTITUDE. But i am adapting, so far so good kut. Begin to think this field is quite interesting. :3

Yup. I survived first week. Sill alive. Bismillah.

Image result for confused doctor anime

Monday, February 9, 2015

CARA-CARA MENCUCI MOUSEPAD


Entry kali ini aku nak share cara-cara mencuci mousepad. Sape yang selalu menggunakan laptop dorang secara kerap (heavy user) kadang-kadang mousepad boleh jadi kotor, disebabkan tertumpah kopi mase tengok drama ke, main DoTA ke dan pelbagai sebab yang lain. So jangan risau, mousepad boleh je dicuci, jangan takut nak cuci pulak ye.


contoh mouse pad. sumber: googleimages



Gambar kat atas ialah contoh2 mousepad yang gamers guna lah. Aku nye warna biru. hehe. Back to the topic, bahan-bahan yang korang perlukan adalah;

1. Mousepad 
2. air suam/panas
3. berus (jangan berus sabut pulak)
4. shampoo
5. tuala
6. sinki/bathtub/ or anything yang ada flat surface dengan water source


Selepas da siapkan bahan2 yang diperlukan , cuci time!! Before nak mula, letak mousepad tu kat bathtub, sinki etc dlu.

1. Mula2, basahkan mousepad dengan air panas/ air suam.
2. Lepas itu, letak shampoo secukup rasa atas mousepad, dan ratakan
3. guna berus untuk cucikan kotoran.. alaaa macam basuh kasut sekolah tu lah.
4. bilas dengan air bersih dari sumber air yang ada.
5. tak payah nak pulas2 mousepad tu untuk keringkan. just letak di antara tuala, dan tekap kasi tuala tu serap air sikit.
6. sidai macam ko sidai baju tu, tunggu sampai kering. biasa nya 30 minit dah cukup.
7. Mousepad sedia digunakan semula! Dengan wajah lebih berseri, hanya perlu kurang satu jam! :p


Anyway, sebab guna shampoo ialah dia macam liquid sikit, so tak ber-particle sangat macam sabun basuh baju, dan tak berapa kuat sebagai detergent. Senang kata, shampoo rambut ialah mild clean agent yang sesuai digunakan untuk most fabric, dan juga rambut anda~ Dan cuci tu, cuci belah depan jela tak perlu nak cuci base getah dia sangat ehhh.



KAPPA. Selamat mencuba!




Tuesday, January 20, 2015

Acah-acah berkebun dan Pesan Tokwan

Assalamualaikum.

Baru aku sedar yang most of aku punya entry baru-baru ini ditulis dalam keadaan separa sedar (lelap tak lelap). Hmm pendeknya sedar selalu menulis entry dalam sedar tak sedar.

Tadi saya keluar pergi tolong tokwan nak angkat baja dengan ambil anak benih pokok durian rambutan, dan manggis kat Persatuan Peladang. Pastu tengok dusun sat. Rasa lah berkebun tu kejap. Dapat kutip buah belimbing sikit-sikit, nenek cakap amekla boleh buat jus. Nak jadi cerita, kitorang pergi angkut anak benih pokok dulu pi kat dusun. Lepastu pergi balik dekat pejabat peladang tu tunggu lori nak ambil baja sebab banyak sangat kalau nak angkut sendiri, 18kampit each 50kg kot. Tunggu punya tunggu nak dekat sejam, tak datang2 lagi lori tu. Dalam hati merungut lah bila nak mai ni dekat sejam da tunggu satgi nak balik amek adik balik sekolah pulak... tapi kata orang kadang2 kesusahan tu yang kasi hikmah kan, so aku rasa dari benda ni ada la hikmah sikit2 aku dapat.

ni nama dia pokok durian .yang kecik sikit tu rambutan.



Dalam masa menunggu tu kira jadi one on one coversation lah antara aku dengan tokwan aku. Rare kot. Macam-macam gak nasihat dia kasik. Antaranya, dia cerita yang hidup ni sesungguhnya manusia banyak dalam kerugian. Atas sebab tu lah dia kata dia start tanam2 buat kebun. Dia cakap banyak orang ada tanah tapi biar tanah terbungkai gitu tak buat apa2, tak tanam pokok. Bila musim buah mai, pi beli kat orang lain walhal kalau usahakan tanah tu senang cerita. Menarik la perspektif rugi tu ke tanaman tu. Tu dari segi dunia, yang akhirat pun sama tokwan aku cakap. Umuq kian meningkat pun banyak orang solat sunat tak buat, rugi ja kat dunia. Time hidup la nak cucuk tanam buat ibadah untuk akhirat nanti. Aku boleh sengih jela haha. Pastu angguk.

Then masuk bab amanah, bab berkat. Banyak orang komplen tak dapat ni lah tu lah tapi dia yang main 'tak aci' / main kecoh. Contohnya, petani komplen padi tak jadi tapi subsidi kerajaan bagi punya banyak dapat baja pokok apa semua bukan guna pun, tapi jual harga mahai kat orang lain, semata-mata nak duit. Tu yang petani, yang dok pejabat pun sama. Masuk kerja lewat, time lunch nak awal, pastu balik awal. Berka ke gaji awak kalau buat gini? Aku pun sengih lagi. Angguk lagi. Betul betul betul. Dalam hati, duit scholars aku! harap2 'amanah' lah duit2 rakyat aku guna niii .

And aku rasa elok gak kita ambil cerita2 orang lama ni. Sebab memang depa pandang jauh, jangka panjang, masa depan ambil kira. Tokwan aku cakap dia buat kebun, expand tanah tu sebab nanti, tanah2 tu senang bagi kat anak cucu bila dia takdak lagi. Takyah keturunan dia nanti merempat. Sebab biasala keluarga tak kaya mana. And khairat kematian pun dia masuk 8 persatuan kot? Takut nanti bila tkdak ada la duit nak kapan semua. Sebab la ni nak mati pun kurang2 kena ada RM1000 basic gali kubur, keranda, kain kapan semua tu.

Kagum den dengar tokwan bercerita. Berbakti untuk orang lain, even da pencen da pun. Bagi aku, betul lah tindakan tu. Kita kalau boleh jadilah asbab kepada kebahagian orang lain, or jadi asbab orang buat baik. Tu baru happiness. Aku rasa dengan memberi kita lagi rasa hepi dari menerima. Orang lain hepi sebab kita, memang kita pun akan turut gembira jugak. Kalau sapa2 yang pernah bagi hadiah kat orang , tak kesah lah hadiah besday ke or hadiah anniversary mak ke ape, the feeling masa nak bagi tu memang eksaited gila dari feeling kita terima hadiah. kan ? kan ? konklusi perenggan ni, memberi lebih baik dari menerima. tangan yang di atas lebih baik dari yang di bawah.

oh last2 lori tu takmai pun. rupa-rupa dia tak berapa sihat. so saya pun salam cium tangan tokwan dan bergegas amik adik baru abes sekolah. vroom2~

ok sekian wassalam nanti cek tulis lain.

*ni letak sekali lagu yang tetiba stuck dalam kepala lepas dengar kat radio. Terima kasih from IamNEETA.

https://www.youtube.com/watch?v=xh5YhzOqqXc






Wednesday, January 14, 2015

Status Update

Pengumuman semua~

Alang-alang nak update blog, kat sini boleh lah aku update status terbaru aku jugak. Kot2 lah ada yang care dan nak tau kan. Haha poyo je.

Sebab apa nak update status? sebab tengok kawan-kawan ada yang dah bernikah la bertunang dan sebagainya maka statusku la ni masih kekal sama jugak tak nikah tak bertunang lagi pun...poyopoyopoyo.  Okeh dipendekkan cerita aku baru je abes 5 semester mengaji medik kat Kuala Lumpur dan nanti sambung lagi 5 semester klinikal dekat IMU Seremban, inshaAllah. Tak jadi pun nak fly ke luar negara sebab tak melepasi syarat2 IELTS setiap komponen paling kurang kena dapat band 7. Dah redha dah. tidak2 dapat abeskan medik ni awal setahun ye dok? huhu. moga semua yang terjadi ada hikmah nya..

Member-member yang awal-awal tahu ialah geng2 IMU sendiri, sanak saudara, rakan-rakan DOTA2 ku yang dikasihi dan sapa2 yang sudi baca blog ni huhu. Nanti kalau dah singgah Seremban or Hospital Tun Jaafar Seremban tu boleh la roger2 ea. Now will be penganggur sepenuh masa kat Kedah. Nak roger2 kat sini pun boleh. Rindu pulak kat member-member yang lama tak jumpak ni. Harapnya semua kawan2 berjaya dalam bidang yang diceburi dan selamat dunia akhirat.

Adios, assalamu alaikum~

Kopok lekor lagi best dari Kpop

Terasa balik nak menulis ni haa.. sebab banyak cerita-cerita hangat sangat jadi . Dengan Charlie Hebdo nye, dengan Kpop nye. macam-macam.

Cuma nya persamaan dua-dua ni, sebab berkaitan dengan isu orang Islam, and yang Kpop tu termasuklah Melayu sekali. First sekali yang Kpop tu memang la nampak murah sangat maruah budak perempuan tu atas stage. Blinded dengan 'kehandsoman' artis2 tu dan tanpa silu nak dipeluk la konon2 fangirl. So, benda ni memang salah la di sisi ugama dan bertentangan dengan adat ketimuran orang kita. So kena tegur, tapi jangan kutuk2 sangat lah. Cukup sampai dia terasa, kalau tak terasa nak bertaubat tu nauzubillah. apa pun kalau budak tu nak malu aku rasa isu ni tahan la dua bulan nanti suram la dengan cerita2 lain pulak.

Dan realitinya, memang lah kat Malaysia ni memang dah caca merba dah akhlak muda mudi dengan yang tua sekali pun , contoh puan Ifa Gegar Vaganza (kudos tu uncle Rosyam yang tegur). Yang kapel pun peluk2, artis dengan tak artisnya ada ja yang buat. Cuma nya mungkin tak nampak sebab tak buat secara publicly (tp jadi public bila upload gambar2 maksiat tu kt laman sosial). Jadi ini bukan isu baru tapi bila dah publicly and involve mamat2 Korea ni mana mau tak jadi highlight? taw la bloggers2 kita ni mamak buat teh ais ada lalat dua ekoq pun boleh jadi isu nasional!

Having said that, antara benda yang aku tak suka ni bila mana non-muslim cuba ambil semua peliang yang ada untuk kutuk dan merendah-rendahkan undang-undang Islam dan defendkan yang batil. Kalau boleh tu memang abes la dorang nak bantai, termasuk jugak member2 facebook, panasss je. Kalau dah sama-sama muslim yang bincang masalah yang terjadi kat umat kita ni yang suka sangat bash bash ni kenapa eh? rasa superior sangat ke? yang sesetengah pihak bagi fatwa ntah apa2 agenda kristian la apa la tu pun satu. kalau nak wakilkan suara rakyat muslim ni pakai akai sikit jangan bagi kenyataan yang bodoh2 belaka. Lagi satu, memang medium sekarang ni semua nak pakai bahasa Inggeris eh? kesian gak la tengok yang tak faham bahasa Inggeris sangat tu taktaw apa benda la depa kutuk2 ni, nak reply, tak pandai sangat speaking2 ni kan? Heh. Talking about respect.zz.



Ya, maksiat makin banyak. And thankfully gerakan2 dakwah Islam (yang tk bodoh) pun jugak makin berkembang. ni pun tanda2 kita dah mula cakna isu2 macam ni. And hopefully, the time when yang baik lagi banyak dari yang tak baik. Kebenaran dapat ditegakkan secara hikmah , dan bijaksana. Dalam citer LOTR pun orcs, goblin, kacukan jahat semua mmg lagi banyak tapi ketahuilah yang baik akan menang juga akhirnya lol. may we be the part of group yang akan mencerahkan ugama kepada masyarakat islam sendiri, dan juga yang bukan islam jugak. Amiin.