Saturday, March 19, 2011

trip ke kuala perlis

oh aku menulis post ni di kala cuti dah beransur senja...tirai cuti dah nk dilabuhkan pon...huhu
and semalam kitorang satu famili da gi bercuti ke............perlis.haha! dekat je pon

saje je nk dijadikan cerita kami sekeluarga pergi ke jabatan pengangkutan jalan arau untuk mengambil lesen P kereta ku.hehe.and of cos lah buat bnda tu seusai solat jumaat kan.takkan la tak solat...haha.

and alang2 tuh bapak buat keputusan makan tengahari kat restoran tok mek yg agak terkenal tuh. korang ta taw lantak pi lah kat korang.ahaha.

and ttbe timbul idea untuk keluar bersiar-siar area perlis alang2 semua lapan beranak ada sekali. mula-mula nk pi gua kelam tapi tak jadi disebabkan aku dah muak ngan tempat tu time plkn tasik meranti tu...hoho.so kitorang bergerak ke taman ular

haa.banyak jugak yg menarik kat taman ular nih. landskap nye menarik...fee nya pon menarik. heh.belanja je laa. tapi paling menarik ialah of cos menatang kat situ. seronook+ kasihan tengok ular sawa membelit dan membaham ayam yg terkurung dalam tempat ular tu.mmg taley lari. and berpeluang tgk tikus putih berlari-lari dikejar ular namun akhirnya tumpas juga....sedih2...

and ular yg paling best aku tengok ialah king cobra @ ular tedung selar. nape namenya king cobra? sebab dia hebat...makan ular lain...and boleh berdiri sendiri tuh. dengan sisiknya yang tersendiri...muka yg bengis dan badan yang panjang serta cara bergerak yang agak unik berbanding yang lain.....mmg layaklah digelar king cobra.


siap MB Pelis pon ada ambik ulaq jenis ni jadi anak angkat...haha.

selepas menikmati aiskrim strawberry tepi jalan tuh..kitorang meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis. hasratku mandi sungai tak tercapai sebab semua orang tak bawa kain lebih... sampai sahaja KP... kitorang tengok pemandangan laut.aiyoo.... bayu nya ckop nyaman dengan bau kemasinan air garam terasa bercampur dengan hembusan angin sepoi2 bahasa. hehe.
pemandangan matahari terbenam di tengah2 lautan meluas diamaati sebelum solat maghrib di surau berdekatan. proses pembinaan masjid di tepi laut aku tengok sedang dijalankan..moga ia akan memanfaatkan semua nanti :)

kat sini la dok lepak2 tgk ikan belacak dok men2 kat pantai berlumpur...

seusai solat, kami sekeluarga menikmati makanan laut. sotong goreng tepung, cucur udang, ikan bakar, kerang dan sayur campur adalah antara makanan yg membangkitkan selera makan. tepi laut lagi tuh.indah sungguh!alhamdulillah semuanya kenyang dan berpuas hati dengan hari ni.
lama jugak tak berkumpul makan mcm ni sambil tertawa dengan gelagat masing2. yelah, 8 orang semuanya.lain orang,lainlah ragamnya.

and last part mmg tak disangka sangka. adik kembarku yang kecik cerdik ni sahaja mengusulkan menginap di hotel berdekatan. aku ketawa pada mula nya tapi tiba-tiba sahaja ayah aku menuruti kehendak si kecil tuh.heh~progress aku terbantut walawpun agak gembira sedikit. masakan tidak, bateri telefon dah nak habis..laptop pula tida dibawa bahkan dicas pula...maunya rosak bateri laptop aku.bio report.......hmm. takpelah. bapak pon tgk mcm dah letih.baik membuang lelah dulu kat tempat ni.bukannya selalu.huhu

malam tu masing2 bawa diri.ayah mama ngan 3 orang adik aku pegi pekan.beli baju serta brg kepruan lain.yelah...ape pon baju tak bawak!huhu. kaklong ngan tini pegi ronda2 kuala perlis. aku sorang2 jaga bilik sambil tonton crita 2 brothers.comel harimau dalam cite tuh. lepas bosan sikit aku mengamati keriuhan malam kat kuala nih.agak happening.kuda pon masih aktif bawak penumpang round round.

and sarapan keesokannya sangat mewah.hotel punya...biasalah.muffin sedap.nasi sedap. pizza sedap. sumanya sedap!hai suka betul perut aku pagi nih.and before balik kitorang ada la singgah kat gerai2 kat sekitar kampung...beli pekasam sket.hehe.

apa aku boleh simpulkan aku puas dengan cuti kali nih.cuma kerja jer terbantut. alahai..
azam aku nk semangat lagi berhadapan dengan A2 serta IELTS test ...haha.selamat tinggal kedah.hehe

*jeles ta dapat nak sambut result spm kat sekolah. safuan je dapat.huhu.mesti byk hot story boleh dapat mase hari tu.almaklumlah sekolah aku sejak kitorang abes spm da warna warni jadinya. XD

salam berjumpa lagi di lain post.


.....

enset masih ta beli baru.so pic tade. T_T

2 comments:

sis-haneii said...

pait, i'll be joining safuan tooo..hehehe..and maybe the same goes to kern, wannud and ash..hehehhe..jangan jeles

faiz said...

:( naseb badan..