Sunday, December 23, 2012

how to utilize our potential for good.

assalamulaikum. disebabkan sangat bosan hidup sengsorang kat bukit jalil maka aku pun tulis la blog ni. bagus jugak ada masa lapang sampai tahu nak tulis something. at least ada gak benda bermanfaat aku buat.


so aku mulakan dengan persoalan. hidup untuk makan ke makan untuk hidup? tepuk dada tanya perut. ye makan untuk hidup. kita hidup cari makan jugak. cari rezeki, dengan bekerja. tak kiralah ko kerja senang ke susah ke kena kerja la cari makan. student pun kira kerja jugak lah.
kita kerja ni tak boleh buat semua benda. tak mampu jadi doktor dan engineer dalam satu2 masa. sebab tiap2 pekerjaan memerlukan skill yang hebat. even nak jadi student tade skill menjawab kita susah nak score dengan cemerlang. skill ni biasanya kita kena latih otak kiri. otak kiri ni biasanya terlatih dengan pergerakan anggota sebelah kanan. macam criss-cross gitu.


kita hidup bukan nak cari makan saja2 je. tujuan hidup kita ni sebagai hamba Allah dan jugak sebagai khalifah / ketua kat muka bumi ni. so kena ibadat. ibadat ni kita jangan sempitkan dekat masjid je. kat mana2 pun boleh. even apa2 pekerjaan yang kita buat pun akan dpat pahala ibadat klu niat kerana Allah. hebat bukan?
cakap pasal khalifah, kita hidup bukan untuk kasik diri makan sahaja, tetapi jugak berkhidmat untuk masyarakat. untuk maslahat sosial sama. tanggungjawab sosial tu i mean bagi sama2 dapat nikmat islam dan nikmat iman. benda baik takkan taknak share kat seluruh alam pulak kan~
tanggungjawab sosial / khalifah ni memerlukan interpersonal skill. atau pun kita kata communication skill / sains sosial yang dari segi saintifik nya, memerlukan rangsangan otak kanan / perbuatan anggota kiri. sape left-handed tu untunglaa. haha.
............................................................
skill dah ade. tapi style ape nak guna. template mana nak approach? nak guna pendekatan ape? yeap. kita guna pendekatan ISLAM. kita guna sumber yang syumul. yang sahih. yang terbukti. ALQURAN dan ALHADIS. tapi bukan senang nak merungkai hadis dengan alquran. kalau kata rungkai kulit durian nak dapat isi tu susah, yang ni lagi susah. skill2 yang ada kat alquran ni hebat sangat. sampai klu belajar guna otak sahaja tak cukup. tak lekat. tak hadam pun. takat faham makna tapi tak cakna minda tak guna kan?

so kita kena belajar guna hati. learn by heart..

pulak dah. guna hati ke guna jantung? liver ke heart? bahasa arab dia qalbu. kalau kalbu ni kira macam cinta2 la. heart. jantung. klu baik seketul daging ni, maka baiklah seluruh amalan. klu jantung tu bgus, maka bguslah amalan kita. hebat tak hebat jantung ni. dia dari kita kecik pon dah berdegup, ada intrinsic contraction wa cakap lu. so kena jaga baik2 yeee.

fizikalnya jantung, namun ada jugak dari aspek rohaninya iaitu jiwa. kalau tak faham lagi, korang mesti pernah makan dalam kan? orang cakap something pastu terasa. haa tu hati kena panah la tu. kalau kadang2 baca alquran, terasa macam ada satu ketenangan masuk.. haa, kena kat qalbu lah tu. baik hati, busuk hati.

 tak percaya lagi hati tu sebenarnya jantung? pernah dengar kan hati berdegup kencang? hati berdegup. jantung yang berdegup. contraction of cardiac muscle. huhu. kekeliruan yang berlaku ini rasanya sama dengan salah tanggapan berat dengan jisim. klu dari saintifiknya, penggunaan yang betul ialah jisim. contohnya, " wei, aku dpat tangkap ikan haruan besar kot. aku kira berat dia dalam sekilo jugak la! " klu berat kena guna N, not kg. haih apa aku merepek ni.

belajar dengan hati perlu sebab dia akan bagi kita kefahaman yang lebih dan disertakan jugak dengan perbuatan. bukan just tahu camtu je. kalau kita imbas kembali la memori lama, saya rasa kita semua ada melakukan perubahan dengan pelajaran hati. contohnya, banyak akak2 muslimah kita berhijrah pakai tudung tutup aurat bila dia merasai dengan hati. bukan dengan baca buku teks sasbadi saja. kita jugak boleh tengok perubahan ketara abang afdlin selepas tarbiah hati setelah pergi tengok orang2 Palestin. so my point, we learn quran and hadis by heart to make us a good khalifah so we can share the joyful of being in Islam's and Allah's blessings. ikut cara korang sendiri. masing2 ada potensi masing2. kalau takde pun usaha gak.
 
and ya, ia suruhan . tapi kalau kamu tak mau ikut terserah. Allah bagi akal kat kita. dan juga anugerah untuk memilih. ada yang pilih sukma kebaikan, ada yang pilih sukma kejahatan. rujuk surah matahari, asSyams.
so ikutlah jalan mana yang anda suka. tapi ingat, hidup ni macam labyrinth. nampak complicated. tp in the end, sama ada kita sampai jalan pulang, which is syurga or kita terus tersesat dengan nikmat dunia and end up kat neraka. ikut syaitan balik rumah dia. so pilihla. nak jadi orang yang diangkat darjat.. or nak jadi orang yang lagi bodoh dari binatang ternak. ada otak ada akal Allah bagi memang bodoh la kalau tak faham jugak. binatang ternak ada akal takde otak tp dia buat ape yang Allah suruh gak.


in conclusion, quran dah ada depan mata. kalau ikut agama, hang berjaya. kalau tak, bai bai lah. selamat tinggal syurga. itu sunnatullah. tak percaya , sila kaji sebab apa kerajaan Melayu Melaka boleh musnah. sebab agama runtuh or sebab Portugis ada senjata hebat? hang pikir kapal dorang tu kuat ka? jalan jauh dari tempat dorang. anak kapal mesti dah letih2. agak2 dorang kuat ke nk berperang dgn armada Melaka? sila pikir yee.

 *tak letak ayat alQuran or hadis kerana sangat kurang ilmu hafalan. sedih betul. 
:)



greater than seeing is believing.

entry ni punya lama simpan tak post2. dah sebulan. malas teruk. tapi edit sikit2 hari ni.

kepercayaan. bukan senang nak tanamkan kepercayaan dan memikul kepercayaan orang. namun adakah kepercayaan kita kuat? itu kena tepuk dada tanya hati.

Ada orang kata seeing is believing. kalau dah tengok dan rasa, baru boleh percaya. kalau orang kata makanan kat situ sedap, kena pegi makan dulu baru boleh percaya. kalau orang kata pakcik tu baik, kena tengok dlu baru boleh percaya. plausible, ya. boleh tahanla cara nak percaya macam tu. tapi tak signifikan . tak cukup kuat kepercayaan macam tu.

ada jugak yang percaya bila sesuatu berita tu datang dari orang yang dia suka dan senang dengannya. tapi sayangnya berapa ramai yang dah kena tipu dan kena jerat. tak perlu nak bagi contoh, banyak sangat. lama kelamaan, kita hidup dalam dunia di mana sukar untuk mempercayai sesiapa sahaja. kawan karib, ibu bapa pun kadang2 kita pertikaikan. maka, masih ada tak lagi ruang kita nak mempercayai bulat2 tanpa ada syak wasangka? ya. ada. memang ada. we say that faith. we call it iman. IMAN. kepercayaan.

definition iman ni pada dasarnya ialah kepercayaan yang jitu dan tak berbelah bahagi. kalau nak lagi detail boleh tengok buku teks sasbadi ataupun fokus. kalau kita lihat sahabat-sahabat zaman rasulullah s.a.w. dahulu, mereka sangat mempercayai kata2 rasulullah. mereka tak mengamalkan konsep seeing is believing, tapi berusaha bersungguh-sungguh believing to see what is being said. secara mudahnya, mereka tahu nanti ada syurga, ada neraka dan mereka para sahabat berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar apa yang mereka akan lihat tu ( syurga contohnya). mashaAllah.

saya kagum bila mereka percaya bahawa Islam akan berjaya menawan kota Constantinople walaupun mereka pada zaman itu ialah golongan yang sangat minoriti. seolah olah mempercayai kata2 jurulatih bola sepak negara datuk rajagopal bila mana dia kata Malaysia akan julang piala dunia. wah... hebat . susah nak percaya. tp sahabat dahulu iman sangat tinggi. 

fokus saya kat sini ialah kita ada benda yg kita boleh pegang walaupun berada dalam zaman yang penuh dengan penipuan. ALQURAN dan ALHADITH. kalau kita pegang dua2 ni betul2, kita tak akan sesat sampai bila2. alangkah indah nya kalau kita percaya dan beriman dengan alquran dan hadis. namun berapa banyak orang yang beriman sekarang? tak perlu tgk non muslim, tgk muslim je pun dah cukup. minum arak, berzina, aurat, dah.. banyak sangat untuk ditulis. okeh jauh sangat tu kan. yang muslim yang solat pon, selalu tak khusyuk? ada baca quran tiap2 hari? walaupun satu ayat? kalau bangun lewat pagi nak exam, pikir solat subuh dulu ke takut lambat exam? sekali lagi tepuk dada tanya iman.

ini peringatan untuk diri saya jugak. lately macam jauh je dari semua ni. betullah environment sangat mempengaruhi. iman tak kuat, habislah. jadi wujud jugak inisiatif dah saling memperingati, ke arah kesabaran dan kearah kebenaran. jadi saya berharap agar saya, awak dan awak dapat saling memperingati antara satu sama lain. baru lah chill kan? :)



# sebak tengok kisah rakyat palestin. mari tambah kan doa, tingkatkan jariah, inshaAllah.
-19 november 2012, dalam bilik gelap sebab lampu macam tengok rosak .

ok teringat balik time ni bila aku tulis. haha. la ni dah 23 disember dah pon. palestin can be said win after all. alhamdulillah. and 21 disember bnyk troll orang gak lah. naise.




Thursday, November 15, 2012

Warming Up - hi, name is faa izz

entry aku akan rojak2 lepas ni. i mean english and bahasa sekali.

each time aku nak introduce diri kat international student or chinese student yang lain, usually it will go like this ,

'' hello, my name is fa-iz'' aku cakap sepatah sepatah. FA. IZ.

tapi selalunya orang akan cakap
FAHIZZ  ?
AFFIZ    ?
HAFIZ ... and macam2 lagi lah. kadang2 nama tu tak nama Malaysia langsung. dan selalu jugak selepas 3 attempt dorang tk berjaya.. aku akan sebut huruf tu satu satu. Macam cikgu tadika je . huhu.

'' Eff. eaa.. aiii.. zack.. FA. IZ. ''
baru la dorang akan cakap '' ohh... faiiiiizz'' ( gaya pronounce dia faeiiiizzzz)

so selepas kejadian tu aku sebutkan fa dengan laju diikuti oleh iz yg sangat panjang. hehe. seriously klu akeel, budak australia tu jumpa aku mesti dia akan cakap '' faeizzzzzz my bro, whassup.''

-,- tak kesahla. jnji dorang kenal aku pon sudah la kan. haha. at least ada gaya panggilan baru and orang tak mistakenly call me by wrong name.

haa, and banyak jugak senior2 aku panggil aku nama yang salah, walaupun dorang pun melayu. haziq, hafiz, afiq,.. mybelah sebab aku ni tak sepopular haziq or afiq ke ape kan. sebab faiz mmg sangat common rite? senang je kot nak sebut.

bila jadi dorang punya simulated patient, and dorang buat mistake panggil nama aku silap banyak kali.. aku biasanya akan cakap cmni.
'' my name is mr. banana'' or '' my name is zack''
 : p
tapi selalunya pakai zack la. sebab tu alphabet terakhir kat nama faiz. panggil eff pon boleh tpi macam F*** tu je kan.

oh, entry ni mengingatkan sorang member yg sangat particular tentang nama panggilan dia. haha!
ja neee.. jumpak lagi.

2 bulan lalu. IMU aku Datang!!

*title adalah influence selepas tgk cerita ISTANBUL AKU DATANG. i like that movie :)

selepas banyak sangat tanggung2, aku decide tulis jugak serba sedikit kat blog. ada banyak benda nak tulis sebenarnya but u know... bila takda jiwa menulis.. memang susah nak start. kalau jiwa dekat game, mmg sepanjang masa boleh buat... -,-

ya ya.. aku nak ulang balik apa yang jadi 2 bulan lepas, which is aku start bergelar pelajar perubatan semester pertama kat IMU, Bukit Jalil. banyak jugak orang tak tahu uni ni tapi da makin ramai yg mula tahu.
alhamdulillah, aku suka tempat ni.

imagination not = reality!
mula2 aku masuk IMU, memang ada kejutan budaya lah sebenarnya. environment yg memang international tu agak berbeza dari impression aku sebelum datang sini. not many malay, pakaian memang tak tahu nk cakap apa..berbeza sangat dengan INTEC.. SBPI apatah lagi.., and of course kos sara hidup yg agak tinggi kat sini. but now sekarang dah acclimatice and im going along well with it already .hehe

house and housemate yg awesome!
kat sini aku sewa rumah dengan 7 mmber dari INTEC , so segalanya boleh kata lancar dan bersahaja (?). tadela kan, sebab bila dah kenal masing2.. dapat housemate yg sama kos and semuanya muslim.. senang kerjanya. walaupun ramai.. tapi sewa rumah dapat jimat. hehe. but still rm300 sebulan each person.( kalau rm300 sebulan dah boleh sewa rumah besar kat jitra! )

kat sini syok. sebab apa? sebab ada mesin basuh besar and tv plasma besar. haha. walaupun tade astro, kitorang leh streaming bola online and connect dengan screen tv plasma tu and tadaa..... macam kedai mamak on w/o HD picture. keh3. tapi kat sini kena masak sbb nak jimat kos. aku plak tak pandai masak. so dead lah . walaupun cuba skip beberapa kali, tapi jadi macam tupai gak. lompat lompat jatuh ke tanah. bila ada sistem jadual memasak... maknanya aku taleh skip lagi... :/

betul ke ni sekolah medic?

bila cakap pasal sekolah perubatan, mesti anda akan bayangkan pelajar semuanya stadi.. fokus.. dan suasana sangat sunyi dan tenteram. dengan lab coat, ada spek mata lagi kan. hahaha. pelajar2 pulak mesti bawak buku tebal2 pegi mana-mana pun. but that is not the case here. i mean seriously not

student2 kat sini semua lively gila nak mampus. sikit2 buat lawak. tiap2 minggu ada aktiviti sampaikan kadang2 tak study pon. bz dengan aktiviti. bila nak test baru kalut. tp still ada lagi yg selamba. kadang2 malam2 main futsal.. lepas abes study lecture notes main dota. hujung minggu ada yg g party lah, sing k lah, picnic lah... u name it. it is like every week mesti ada student yg perform.. band, dance, mcm2 lagi. point aku kat sini is most of us tade jadi ulat buku je pon, same macam kat kolej gak. hehe.

walaupun macamtu, tp mmg kualiti dan professionalism as a future doctor sangat ditekankan kat sini and aku pon rasa ada perubahan dalam aku treat orang. dah ada aura tu sikit2. haha. tak caya sudah.

so ini overview kehidupan aku kat sini. bila ada orang call ke mesej je aku akan cakap bz. tp biasanya bukan dengan pelajaran ttpi dengan aktiviti. entahla apa nak jadi dengan budak IMU ni. haha. but i love it this waaay~

#MFI





Friday, August 3, 2012

Iftar saya bukan dalam rumah, tetapi kat DEPAN rumah.

salam ramadan (ejaan betul bg ramadan mcmni hehe)

untuk meneruskan kesinambungan pakcik boneka ni, pakcik nak cerita pasai iftar. iftar ni apa? bila sembang dengan kawan rupanya banyak jugak yang lupa iftar ni apa. iftar ialah term arabic kita guna untuk ' berbuka puasa' ye adik2 . klu bahasa inggeris rasanya dah jadi break fast-sarapan lak. haha.

so tahun ni agak seronok lah, sbb dapat berbuka puasa di samping keluarga.. after a long period kan. 5 tahun dulu kat asrama lah, masuk INTEC pon berbuka dengan kawan je.. tapi tahun ni di rumah :) mybe hikmah tak dapat IMU intake febuari? saya pon tak thu. cumanya meleset jugak jangkaan

dok ingat nak balik rumah, pi bazaar ramadan, pastu beli macam2 makanan segala yang murah2 . pastu balik bukak kat rumah. siap dengan soya cincau lagi macam dalam iklan tivi tu. JANGKAAN JEEEE... meleset terok gak lah. bukak puasa saya depan rumah. kat surau. tiap2 hari kot ada majlis tahlil dengan bukak puasa kat surau depan rumah ni. sampai ramadan ke 25. so memang taklah nak pergi bazaar nye.

dekat surau ni, dalam pukul tujuh dah start tahlil. biasanya setengah jam. lepas tu ada la dalam 10 minit untuk tggu. mashaAllah rasa lama la plak. 20 kali tgk jam still tak masuk waktu. tambah pulak ak selalu dok dekat dengan pakcik sorang ni. 'gosip kasar' sedia . kurang2 nya tahu la gak isu taman aku ni... tapi nak bear 10 minit dengaq dia cakap tu tataw nak habaq dah la macam mana. bila dengaq azan baru dia kata '' ha sedap betoi lagu cmni. bru leh makan. haha'' . -,- then baru la diam sikit.

overall, seronok jugak sebenarnya. tiap2 hari lauk lain2. kenyang pon kenyang sebab buat katering. boleh tambah lagi. tapi kadang2 bukak puasa gak kat rumah kalau tak larat. takpun bila singgah beli sumthing kat bazaar.

*bazaar kat rumah ak panjang giler. 200+ gerai ada. sekali aku jalan tak habis. klu nk explore semua rasanya 30minit pee....


Wednesday, July 18, 2012

GegAr- program kpd adik2 SBPIKP

so today nak cerita pasal program GEGAR SBPIKP yg ex-sbpikp aka senior2 buat kat adik2. nama saja gegar tapi tadelah sampai ada gempa bumi. tp memang meriah la. at least bg aku.

entry ni nak stroy mory pasal benda yang GILA and pengajaran di sebalik tu.

GILA  yang pertama adalah senior2 lelaki. perempuan pon same je kot. mana tak nya, aku baru je sampai sekolah malam tu. terus mesyuarat. memang santai gila lah. lepas mesyuarat patah balik pi main futsal kat Kepala Batas sampai pukul dua pagi. kul 3 sampai sekolah. malam esok tu pon sama lepas abis program dorang kluar main futsal. tp aku penat aku tak g la. landing lagi bestttt~

satu lagi tido ramai2 . yang ni sangat awesome sebab bilik tu sangat sejuk, kipas besar dan macam biasa katil letak bawah. so sebelum tido kitorang dapat berguling2 seperti slowbro (nama pokemon) pastu bergosip ( lelaki pon sama jaa) and tanya khabar. entahla. bilik sakit asrama ni mmg direka khas bg orang nak tido kot .zzz.

GILA yang kedua ialah program yang aku kena handle. disebabkan powerhouse seperti hazman safuan dgn art tadak, haziqah pon terpaksa datang lewat sikit... maka aku lah kena in charge bab2 fasi and aktiviti ni. mana tak gabra satu hape pon aku blur. datang2 trus bg briefing. alhamdulillah, kawan2 dari lelaki mahu pompuan sangat bg kerjasama dari kesukarelawan dan cadangan. rasa lega lah sikit. memg mantap lah budak2 batch aku ni.

aktiviti yg kami buat ialah LDK 1 : cantum puzzle jadi ikrar tp puzzle tu diagihkan kpd stp kump. depa kena gabung baru dapat selesaikan. yg ni budak2 dpt tangkap lambat sikit. asalnya nak buat aktiviti lain tapi tukar kepada aktiviti ni, yg dicadangkan oleh cik piah . part susah sini ialah nak bhgi kan dorang yg nak dekat 200 orang ni. ~.~

LDK2 : yg ni buat bendera kumpulan, nama kumpulan and cheers.
satu lg aktiviti yg decide 5minit sebelum start aktiviti. dengan laki2 senior dok dlm bilik (tdo sbb men futsal balik 5PG!!  ) tinggal aku sorang jela lelaki .yg lain tu akak2 belaka. maka sekali lagi buat kepala sendiri jeaa. sebenarnya aktiviti ni nak stall time abg2 and planning aktiviti treasure hunt yg nampk gaya susah nak buat sebab hujan. alhamdulillah budak2 da kian rancak. hehe.

Treasure Hunt
- kalau tidak tak jadi sbb hujan maka dalam kepala aku dok pikiaq mcm2 dah. game2 and aktiviti lain. last2 abang2 senior dah showed up and hujan da seryat. so stick to the plan buat treasure hunt. yg ni pon kalut gak tp close call je preparation siap. aku dah macam lepas berak je rasa lega bila suma checkpoint, klu , mission and fasi  siap. -,- nampak sangat aku ni mcm lepas tgn je.adeh. yg ni kena thanks to partner haziqah and the gang lah. bnyk tolong kot.tu lah penting kerjasama. hahaha

kiranya ada 9 checkpoint. satu checkpoint dua grup. first time buat mcmni. interesting jugak. tempat aku ada acap fahmi, atikah yusof dengan ane. teka teki peribahasa. bila budak2 datang kat aku , ak rasa bangga tengok dorang dah besar. dah form five da pon. anak buah aku plak sorang jadi ktua batch sorang ketua pelajar. haha. walaupun ak tak buat apa pon tapi still bangga.

AKTIVITI LAIN yg aku tak handle antaranya ialah qiamullail. talk pasal universiti dengan promot universiti. INTEC aku rasa booth yg paling menarik sekali hewhewhew. powerhouse shimi tekon gila buat slide di kala orang men futsal. aku tumpang promot medic jelaaa. mukhlis cakap pasal biotek. shimi engineering. rasyidah and nadiah  terang kat adik2 pmpuan pasal medic. tang qiamullail tu ok la walaupun tak semua budak2 hadir. huhuhu. tp suara imam baca surah mmg sedap. lama aku tak dengar. tazkirah pg dibuat oleh Rihaz. diam2 ubi berisi. dulu cool je. sekarang lagi cool. mantap la.

GILA yang ketiga ialah member aku datang dari Russia. nama dia naem. penat si Kamil escort dia dari pagi sampai abes aktiviti. aku tengok dia kurus je -,- mesti tak berapa cukup makan. geng2 laki ni pakat nak ngorat adik dia .haha. yg best nya balik jitra dengan naem ni la. sbelum dia antar rumah aku ajak dia pi pekan. and then dia belanja Pizza Hut. puas kot. pizza large share dua orang. sorang 6 keping. haha. kenyang sampai esok nya ~

selain tu, sempat jugak aku dengan kamil jumpa dengan budak2 BADAR. alhamdulillah dorang still bertahan walaupun dulu mcm ada krisis je dengan pihak sekolah. sekarang dah stabil. adik2 pon boleh tahan orangnya. ada bakat. harap mereka dapat usaha dan kuat dalam sampaikan kalimah2 agama kat bumi SBPI. aku jugak ada sembang dengan budak2 form 5. jadual dah padat dah sekrang . kesian jugak kat dorang. tapi still kena ikut program GEGAR. tak kire! hahaha. fasiliti kat skolah nmpak cantik jugak.

 aku tak rasa puas yang maksimum sebab tak dapat jumpa banyak cikgu. sempat sembang dengan cikgu ariffin, ustazah jailah dengan ustaz suhaimi ghani ja. dulu takut dengan dorang sekarang da santai sikit. hehe. ustaz masih pandai buat lawak :) ustazah still vogue. cikgu still cool.hmmm senior2 rumah othman macam zulfiqri dengan nizam pon dapat jumpa. dapat main volley sekali dengan abg hannan. jumpa balik rakan rumah othman : kamil moli abdel kimi sir and member2 lain an. ohh precious gila moment2 kat sini.

conclusion nya. 3hari kat sini aku dapat belajar pasal friendship kerjasama dan sebagainya lah. kawan2 aku pon bnyk yang dah melangkah ke depan. rasa mcm aku ni sape je nak banding dengan dorang. huhu. precious moment yg dapat memang susah nak lupa sbb bukan senang peluang mcm ni nak datang. mmg tak rugi aku join. moga2 adik2 sbpikp dapat excel dalam SPM walaupun rintangan yg menanti sememangnya mencabar~

.: adiosss :.





Tuesday, July 3, 2012

Preservation dan Nilai

aku rasa kena ada tanggungjawab update blog. walaupun tade sesiapa yang baca.
so tajuk hari ni  ialah preservation, pengekalan .

aku rasa preservation ni, manusia memandangnya dengan agak penting . sebab ape sesuatu tu dijaga dan dikekalkan? kerana ia punya nilai yang tersendiri. maka tak hairan lah ada orang nak jaga something yg bg kita benda tu tak ada apa pun. tp bg orang itu benda tu sangat bernilai. tak boleh dibeli. post kali ni saje je nk bg contoh2 .

1- dlu ada satu kebakaran terjadi kat rumah kedai di perlis. habis semuanya terbakar. ada seorang budak yg terselamat dan di sisinya ada satu teddy bear. bear tu dah rosak dah tapi dia still jaga. kerana apa? sebab itu dihadiahkan oleh parent dia klu aku tak silap. and diorang terkorban dalam kebakaran tu. budak tu kecik lagi. selepas itu, masa dia ada exam karangan, walau apa pn tajuk karangan, dia akan tetap cerita pasal kebakaran tu dan memori bersama teddy bear tu.

2- ada orang nak pertahan adat dan budaya. sebab apa, sebab budaya dan adat tu bernilai. kita dapat lihat di England dan di Itali contohnya, bangunan2 lama tidak diruntuhkan tp dipreservekan. gereja2 lama dibuat hotel, sesetengah dibuat restoran dll.

di Malaysia juga begitu. sistem beraja masih dipreserve. sebab apa? sebab bernilai. aku pun walaupun seorang Melayu, fungsi sultan yg sebenar masih aku kabur. bagi aku, sultan2 ni secara obviousnya menjaga kestabilan negara dengan limitkan kuasa PM. yg lain tu aku nmpak, cuma kurang jelas sahaja. tapi yg pasti, aku pn nak pertahan. sebab misalnya, kerajaan KEDAH sekarang ialah kesinambungan kerajaan KEDAH TUA , antara kerajaan terawal abad ke2 masihi. tp sistem beraja masih kekal sampai sekarang. hebat kan?

3- sama juga hal nya dengan agama. aku nak khususkan Islam. di gaza kita lihat anak2 kecil pon mempertahankan masjidil aqsa dengan sangat hebat. klu nak dibanding kan dengan kita ada apa? kita nmpak pisau kawan pegang pon kita da takut. diorang nmpk kereta kebal milik zionis masih tak gentar. kerana mereka tahu bernilainya ISLAM itu. bernilainya tanah tumpah darah mereka.

maka pandangan aku lah. kita akan mempertahankan apa yang bernilai bg diri kita. untuk kita rasa benda tu bernilai, kita kena ada rasa SYUKUR terhadap sesuatu itu. tanpa syukur, kita tak rasa sesuatu bernilai. surah ar-rahman selalu mengingatkan kita tentang nikmat apa lagi yg kamu dustakan? ini kepentingan syukur. syukur mendahului ibadat.

di sini aku juga nak petik kata HIRUMA dalam ES21. dia ada kata kita nak berjalan ke depan, harus tengok sama ke belakang. kerana our past yg membentuk dan menolak kita ke hadapan. kena appreciate apa yg berlaku bru kita dapat jadikan bnda tu bernilai untuk diri kita. Pakcik Prandelli, jurulatih Itali pon berkata kepada Balotelli ketika mereka kalah EURO :- dia kena accept kekalahan ni dan menjadikan pengalaman ini supaya dia lebih kuat. semua orang mengalaminya.

so i guess cukuplah kan. akhir kata, kita kena peka trhadap orang sekeliling kita. jgn memperlekehkan apa yg mereka nak jaga kerana masing2 ada kisah tersendiri. haaa, bagaimaana pula dengan apa yg anda preserve ? ;)

Monday, April 2, 2012

eksiden ngeri di highway.

oh. hai kawan2.

entry kali ni mengisahkan tentang yang tertera di atas. pengalaman2 ku yang boleh tahan menyirap darah jugak lah bila dok atas highway. so nak cerita pasal dua kejadian je la, first di highway changloon and second di highway nak ke sungai petani , kedah.

oke first nya cerita kereta mati di tengah jalan. pasai apa? pasai minyak tadak~ haritu aku pergi la kat UUM, universiti kebanggaan kedah tu untuk kirim barang kat akak aku, and duet sekali (setelah diorder oleh bapak aku) so lepas melwat kakak aku tu duet poket mmg ada sikit jela. tak sampai sepuluh ringgit pon. and aku pon sedar tengah2 jalan nak pi ke sana tu icon petrol dekat kereta viva dah start berkelip-kelip. adek aku tanya

''wei ngah, tak mau boh minyak ka?''
'' boh minyak apa, duit pon tadak ni, nk bagi dekat along satgi. takpa la, mama kata kalau minyak ada satu takuk boleh jalan lagi ''

memang mama aku cakap mcm tu. tp aku faham lurus bendul sangat. aku engatkan kalau takuk minyak kosong baru kena isi. memang malang tak berbau lah, sikit2 je bau. haha.

nak jadi cerita, before balik aku ronda UUM dlu, bg adek kecik ak tengok. pastu singgah pekan changloon beli juadah bukak puasa and berenti makan sat. so time tu memang magrib dah la. haa..kat sini la yang tak best nya. lepas je pekan changloon dalam satu km... pedal minyak yang ditekan dah tak memberi kesan apa2 ke atas acceleration kereta. malah sangat decelerate. adakah pedal telah paralaysed? oh tidak. minyak sudah habis. HABIS KONG! we're fucked. so dari tengah jalan aku hentikan kereta kat tepi jalan. mujur sempat. berhenti antara masjid ngan petronas yang ada kat jalan seberang.

yang jadi gabra bukan minyak takda. yang tu kira okay sebab boleh cari jalan nak g isi minyak dalam botol whatsoever. aku pon dah tlepon rumah, bapak aku akan gi sana lepas solat magrib kat surau. tapi gelap malam tu yang meresahkan. tahu saja lah, lori2 gedabak tu kat area ni agak rakus meluru atas jalan. takut dorang tak nampak kereta yang tak mampu menghidupkan lampu ni and...dush! haa. sudah. hujan pon renyai2. isi kereta ada tiga orang. aku, adik kembaq sorang and adek pmpuan ak sorang. yg kecik tu dah diam dah. takut kot.

time ni la baru teringat allahumma yassir wa laa tuassir. rabbi tammir bil khair.
bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syaiun fil ardi. wala fissamaai wahuas samiiqun alim~

allahumma yassir wa laa tuassir. rabbi tammir bil khair.
bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syaiun fil ardi. wala fissamaai wahuas samiiqun alim~


allahumma yassir wa laa tuassir. rabbi tammir bil khair.
bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syaiun fil ardi. wala fissamaai wahuas samiiqun alim~


dok parking agak lama selepas tu, aku saja start kereta balik. and alhamdulillah, berjaya dihidupkan. and try jalan sikit...alhamdulillah lagi. boleh. ikut perkiraan fizik dan logik, memang rasanya boleh gagah jalan sampai ke petronas. nasib baik mengena terkaan. so boleh la isi minyak...klu tak boleh pon selamat la sikit dari bahaya kena langgar.

kira la kami berapa ringgit ada. aku ada rm4, tini ada rm3. rm7 nk isi minyak kereta? haha. so aku pon decide nak g cucuk duet dalam sepuluh. hmm...mesin lak wat hal. tp lepas sepuluh minit boleh jugak cucuk duit. so alhamdulillah berjaya isi minyak dan pulang dengan selamat dalam gelap malam hujan renyai2 tu.

bawak pon slow2 ja, bila ada trailer yang memotong laju rasa seram jugak la. bunyi yang menerpa bila bukak cermin tingkap macam bunyi hantu nak terkam orang...vroooohhh~ ( tak pandai describe bunyi )

adik imanina macam startled kot . so fatini suruh nina dok dekat dia, memeluk bagi menenangkan.

so moral of the story. jangan lupa isi minyak bila berjalan jauh. and sila baca doa naik kenderaan.

..........................rasa entry macam panjang. insiden kedua di post yang lain lah ye. :) ...................








Wednesday, March 21, 2012

tribute kepada kawan kawan

aku tak berniat pun nak cakap pasal spm dan sewaktu dengannya. cukuplah kot member2 tolong sampaikan apa yang perlu disampaikan.

cumanya hari ni nak appreciate kawan2 yang sentiasa bersama-sama ngan aku sepanjang jadi pelajar kolej ni. bila duk rumah sorang-sorang ni baru la nak teringat kawan kawan kan. memang hampeh jugak lah perangai ni. kalau ada bersama suka sakat dan menyakiti. bila berjauhan teringat memori.

kat intec ni ada beberapa golongan yang bestie aku lah. antaranya :-

roommies - zul, ayie and apiz.

mereka mereka ni lah yang memperkenalkan kehidupan moden kat aku. besalah, budak2 berada kan. segala gadjet2 baru... tutti frutti dan segala macam makanan key el ni aku belajaq dari mereka ni lah. juga ilmu2 lain yang malas nk di mention kan di sini. memang kombinasi roommies yang hebat lah kami 4.. sampaila satu kejadian tak diingini. :( apepun mmg banyak jugak ak belajar dari korang.

member2 intec yang cool - amir hakim, apek, farid, syamsul

dari sem satu kat INTEC ukhuwah tak penah putus. tambah2 si farid yang sekedah dengan aku. selalu menumpangkan moto untuk lepak ke seksyen 2 pekena abc. haha. syamsul dan amir pulak orang sarawak. perangai beza2 tapi sweet. and sweet tu nampak bila betul2 kawan ngan diorang. amir ni macam naem kat sekolah aku dulu. diam , pemalu la kononnya tapi versatil. denga kata dah berpunya. haha. and apek... afiq yang gila gila ttpi pandai segala. friendly sokmo. kadang2 gurauan dia banyak gak bg pengajaran kat aku. kalau apek baca ni mesti dia muntah punya. hahaha.

bekas-bekas pelajar STF - jue, shada, iqlima, zati and zati.

member2 girls yang aku ada la kat INTEC ni. banyak betul puak2 STF kat INTEC. asal kenal sorang je pastu jadi mcm MLM pulak. last2 mostly yang ak kenal memang budak2 stf dah. sapa2 nak kenal ngan dorang aku boleh ejas. haha. tapi seriously dorang ni memang kawan yang baik lah. ada mengajar ak english. ada yg cool. ada yg share paper2 lepas.hehe. mid valley ni dorang yang introduce kat aku.and salu gak makan sekali. mmg miss la sama korang terutama anak2 buah yang aku ajar neh, haha. klu tak masuk imu sekli mmg kena belanja aku lah. namun sebab hangout dengan dorang roommate aku cakap aku playboy. heh.

geng2 kopi kencang -banyak gila. tp antaranya hakim zainunddin, raja, syafiq, mut..

kopi kencang ni ialah geng2 main futsal dan lepak mamak. terdiri daripada penyokong team2 epl dan liga super yang berlainan team namun bersatu atas nama kopi kencang. kalau makan malam sekali kat kedai al-awwal sampai dua tiga empat meja kena gabung . makan sekli. bukak cerita kedai kopi. hehe. dah macam adik beradik dah. ringkasnya kehidupan tipikal seorang pelajar lelaki kolej diwarnai dengan diorang :- futsal, mamak, prank, dota dsb :D
kalau singgah intec mesti aku akan tggu sampai petang nak mesra mesra dengan dorang before balik.

pelajar luar INTEC...- solihin, sofea, safuan (asal suma start s ni??), haziqah, mueh , basil, naem

selain semua di atas, sorang je bukan bekas budak ikups. tapi still integrasi lagi. okela tu kot. aku memang rindu la kat hampa suma ( hat mana hat rasa pelik tu abaikan ) . and korang semua memang awesome pon. walaupun duk kolej lain2 tapi still kontek and boleh turun hangout sekli jika ada masa kan. and pasal sorang dari list ni lah yang aku buat post nih. so bukan salah aku kalau rasa aku sweet ke ape.

last but not least...
member2 silat cekak intec/ uitm shah alam/ puncak alam puncak perdana.
i miss time latihan and bersilat tu. tapi sekarang just join program je. dah tak berlatih sekali dah. sorry ye kerana sibuk or terbuat buat sibuk :P bila dok rumah baru rasa nak training ke..sparring ke.. tapi ada sapa? adek kembaq kecik aku jugak kena belasah. kesian dia.

mengakhiri post ni...

dengan kata-kata dari lagu yuna..

terukir di bintang tak mungkin hilang cinta ku padamu.... i love my friend. hehe. nak muntah dah... =,=


Wednesday, March 14, 2012

diari ambil result. personal mcm da tak personal dah

alhamdulillah , a level dah lepas. result pon dah dapat.
walaupun result tak gempak macam orang lain..
still dapat result yang memuaskan hati. hehe.
harapnya perjalanan menjadi student ni akan jadi lebih exciting.

debaran nak ambil result tu tak tahu lah mcm mana nak describe.
atas bas pukul 11 mlm bertolak dari jitra. mmg meracau jugak la tak tenang pikir pasal result.
tapi disebabkan terlalu letih aku tertidur gak.

bila da sampai shah alam, 6.30 pagi, perasaan tu datang balik.
hati menyumpah nyumpah nape ta boleh check online. kena manual jugak.
kalau tak lepas macam mana? adess. mulalah teringat balik time pmr. bm dapat b.
subjek first dalam list tu trang tang tang gred B. pasrah gak la wei.
pastu aku buat assumption sendiri.


upsr, straight a.
pmr, tak straight
spm, straight
alevel, tak straight ??? adess.

sampai je intec, trus masuk pusat islam intec. mandi. subuh prayer.
and aktiviti lain yg menenangkan jiwa. gila tenang jiwa pagi tu. huhu. tambah2 sorang je kan dalam pusat islam tu. tapi tadak la jin2 dok kacau .ahaha.

bila dah nampak malam dah terbelah dah dan siang pon masuk line... aku pon bergegas nak ambil result. tapi sampai je depan ofis aku kaku. poker face. jalan je terus cari budak intec. nampak la sorang dua stadi kimia untuk trial dorang. huhu. bgus.

aku pon ajar la dorang sampai nak dekat pukul 9. before depa ambil exam, kami masing2 exchange kata2 semangat. alhamdulillah semangat tu pon jadi la bekal jumpa madam rita... penyelaras yang sangat cool and steady. ramai orang minat sebab dia sangat cool. hehe.

bila da dpat result tu mmg gumbira lah .tak sangka. aku tak tahu apa reaksi aku time tu. madam rita ja nampak. Allah pon nampak la. aku alhamdulillah ja memanjang. hehe.

keluar-keluar ofis aku macam berjalan like a boss. orang first ambil result kot~!!!

a level pon da tamat. hepi pon sat ja pon sebenarnya. pikir nak sambung degree pulak.
harapnya Allah meredhai perjuangan ni. insyaAllah~



Friday, February 17, 2012

seeks the hikmah



mungkin tak nampak hikmah tu sekarang

tapi hati mesti terus teguh!

Thursday, February 16, 2012

respons selepas pakai galaxy young

hoho, da naik level lagi aku ni.
pakai handset android dah. lekeh-2 pon takpa.

mula-2 agak kekok pakai touch screen.. maklumla iphone pun tak selalu pegang.
tapi screen dia mmg smooth la. memang best guna. except sound yang tak berapa kuat and camera 2mp je. nak hebat-2 beli S-2 lah.

mmg aku recommend phone ni dekat orang yang baru nak berjinak-jinak dengan android. berbaloi lah dengan harga nya. cover pun dapat 5. sekarang aku tukar-tukar antara cover pink dengan oren. sweet gila aku, pink tu...
hhe. lagi bgus klu ada lemon green tu. sedap mata memandang.

so aku punya rating for this phone : 9/10. aku mmg kedekut sikit. haha
jom beli sekali!

accept problem as a test - works

alhamdulillah berjaya memulihkan mood walaupun tak 100 percent setelah hard disk aku kena curik.

hmm i let my guard down at the last minute. mmg kena la kan.
tapi yang tak suka nya, orang yang curik tu orang yang same kita jumpa tiap2 hari.
even worse, our own housemate. tp da tak ngaku, apa nak buat kan?

rase nak je guna buah silat ni kat dia. or curi balik barang dia simpan dalam loker ak bila ak nak balik ti. naseb baik la rasional lagi aku ni.

walaupun perasaan meluat tu meluap-luap, i'm glad and proud that i now can smile to him , borak macam biasa although dalam hati... hmm.. sebaliknya la kan. nampak gaya aku dah acquired satu skill baru, bagus.haha. bukan senang nak buat muka manis depan orang yang kita tanak mengadap dia pun. rasa macam mengadap muka nak makan penyepak. payah cek.... tambah2 aku ni. aku tak marah pun orang kata aku tengah marah.

alahai nasib badan.

and pagi tadi denga radio era, johan ray nga hanip tu... mmg tergelak la aku sorang2. hilang tensyen aku. walaupun pakcik2 kat mamak tadi macam pelik je tengok aku gelak sorang2. jalan soran-2 pun gelak. but aku bukan psiko ya. orang je yang tersaiko.

but one important thing that make me feels better is accept the problem as one of our test in life. supaya lebih berjaga-jaga. dalam masa yang sama hak harta, maruah, nyawa semua tu mmg kena jaga. tanggungjawab kita sendiri pun. bila aku terima isu curi ni dengan hati yang terbuka sikit dari sebelumnya., banyak keputusan aku boleh buat secara rasional. tade la sakit hati and meroyan sorang2. sangat membantu. rasa macam ada hope balik.

kadang-2 kita bagi advice kat orang bila diorang ada problem...macam pro je kita kan, tp bila kita ada masalah.. kita lupa segala advises yang kita bagi tu. it's good to remember semua advises tu balik. senang muhasabah. hati pun mudah. baru hebat. betulla ilmu tu kalau tak diamalkan mmg tak dapat la hasilnya. ibarat pokok tnpa buah. ibarat skill sepak gunting tk masuk gol...

:)

Thursday, February 9, 2012

angan-2 henset android 1st

haaa... aku tengah konpius betoi la.
for the first time aku rasa aku akan beli enset android..
hmm maybe this sounds like macam ketinggalan zaman kan, sebab orang lain dah pakai iphone segala tapi bagi aku satu langkah yang besar la. sebelum ni pakai enset buatan malaysia pepsi kola yang pertama buatan malaysia yang tercinta bla3..a.k.a. exx mobile kebendatah. haha

so henset yang menarik perhatian aku ni ialah...........

jeng3~



SAMSUNG GALAXY YOUNG............~!!!! * dushum3* ( bunga api) ==

sebab apa aku berkenan? sebab tak mahal sangat, nampak comel dan boleh pilih warna oren. aku pun tataw sebab apa aku sekarang suka warna oren. hee

asenya esok kot nak angkat. rm499. hehe. nak ke tanak? hmm, sorang sedekah la bunga raya nak cabut.

bunga raya ada lima petal. so bila cabut akan jadi

nak

tanak

nak

tanak

NAAKKKk~!!!

hehe.nak beli jugaklah nanti. kalau tak sabar sangat memang esok aku angkat jugak,

tapi..nama apa ea nak bagi kat enset ni??

Sunday, February 5, 2012

coretan saja-saja lepas abes exam.

alhamdulillah, da nak dekat seminggu dah sejak aku mengakhiri peperiksaan a-level aku selama sebulan. maknanya, secara literally nya tamat la perjuangan aku kat bumi Shah Alam selama hampir satu tahun setengah. alhamdulillah, tamat jugak.. sampai jugak ke pengakhiran stage ni.

banyak suka duka yang dapat dekat intec ni. rasa sayang pulak nak tinggalkan. namun ini hanya satu perhentian. banyak lagi cabaran-cabaran kena lalui. selepas skj, masuk ke sbpikp, dan intec, insyaAllah aku harap diterima masuk ke IMU nanti walaupun requirement nya agak berat. kalau tak berat.. tak challenging la kan.

sampai sekarang aku masih tertanya tanya mengapa aku selalu suka menempuh jalan yang aku tahu agak sukar. contohnya, masuk sbp, ambil sains agama yang subjeknya lagi banyak, nak masuk belajar medic yang tahun belajarnya banyak, fast track dan sebagainya.. dan sampai sekarang aku masih tak dapat jawapannya. ntahlah. nature aku kot. maybe sebab aku rasa aku perlukan cabaran untuk buktikan aku boleh. hmm. dah merepek sangat ni.

apepun, cuti aku quite lama lah lepas ni. enam bulan sebelum tibanya bulan lapan. nasib badan la tak dapat intake febuari. sama mcm dapat 2nd intake masuk sbpi dulu. nampak gaya kena lah kerja kot. kalau tak mati kutu aku. bukannya banyak sangat memba2 aku kat area rumah aku tu. kaki pam rokok banyak la jugak. haih. haha. parah2. harus bekerjaaaa.

kerja kerja kerja!!

heh, tapi aku masih malas nak bergerak ke kedah. bukan apa, rindu kawan-2. kadang2 best jugak bagi dorang jeles. bila dorang ada kelas, aku yang tengah cuti panjang ni dapat tido puas2. tido lewat la.. men game. men futsal. haha. puas. seronok. walaupun dorang tak jeles tapi aku tetap suka jugak.

and bila cuti panjang-2 ni aku banyak fikirkan pasal macam-2. future aku, family aku, kehidupan manusia...sains.. huh. bagus jugak lah. lama dah aku tak bukak fikiran ni. asyik tutup je minda sebab tanak distracted bila final tu. sekarang dah boleh open. ekspresikan dirimu bak kata cikgu bm aku dulu. wah, excited sangat.

tapi kan, satu benda yang macam pelik sikit is the feeling bila exam dah abes. dua tiga hari or seminggu before habis exam tu ase macam excited sangat-sangat macam nak mati pun ada bila terfikirkan nak abes exam. nak cheer kuat-2, nak bakar buku lah nak bukak baju ke sain baju ke ape2 lah yang memang macam orang tak waras dah. time paper last tu.. spoil jer. dorang still malas nak cheer before masuk dewan. haha. apelah. and bile dah abes exam tu.. rasa macam..

......................em...............oh, da abes.... :/

hng!! haha. takda perasaan mcm freedom pon. same je la mcm spm dulu. haha. tataw la sebab apa. mybe time exam pun tak bnyak sangat bnda kena sacrifice. aku time exam still main bola, tengok bola, baca bola dan bola bola. so nothing had change must. ummm... thats y, kalau dah ase nak kawen tu. kawen trus, baru bercinta. nanti kurang sikit feeling bila lama sangat kapel b4 kawen. dosa kering pon banyak. kan kan?

k dah la. sampai jugak aku tulis text coretan ni. takdela bersawang sangat blog aku. dah 11.15 mlm. time for bola. go malaysia! go MU! GOGOGO~

selawat badriah

SELAWAT BADRIYYAH

الصَّلَوَاتُ اْلبَدْرِيِّة

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

عَلىَ طهَ رَسُولِ اللهْ

صَلاَةُ اللهْ سَلاَمُ اللهْ

Selawat & salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad pesuruh Allah.


عَلىَ يس حَبِيْبِ اللهْ

صَلاَةُ اللهْ سَلاَمُ اللهْ

Selawat & salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad kekasih Allah.

وَبِالْهَادِيْ رَسُولِ اللهْ

تَوَسَّلْنَا بِبِسْمِ اللهْ

Kami bertawassul dengan BISMILLAH & membawa petunjuk utusan Allah.


بِأَهْلِ اْلبَدْرِ يَا اَللهْ

وَكُلِّ مُجَاهِدٍ لِلّهِ

Semua yang berjihad di jalan Allah khususnya pejuang Badar Ya Allah.


مِنَ اْلاَفَاتِ وَالنِّقْمَهْ

اِلهِيْ سَلِّمِ اْلأُمَّةْ

Ya Allah, selamatkanlah umat muslimin dari malapetaka & kemurkaanMu.


بِأَهْلِ اْلبَدْرِ يَا اَللهْ

وَمِنْ هَمٍّ وَمِنْ غُمَّةْ

Dari segala kedukaan & kesusahan dengan berkat pejuang Badar Ya Allah.

جَمِيْعَ اَذِيَّةٍ وَاصْرِفْ

اِلهِىْ نَجِّنَا وَاكْشِفْ

Ya Allah, lepaskanlah & hilangkanlah segala yang menyakiti & balikkanlah


بِأَهْلِ اْلبَدْرِ يَا اَللهْ

مَكَائِدَ اْلعِدَا وَاْلطُفْ

perdaya musuh, kasihanilah kami dengan berkat berkata pejuang Badar Ya Allah.

مِنَ اْلعَاصِيْنَ وَاْلعَطْبَا

اِلهِىْ نَفِّسِ اْلكُرَبَا

Ya Allah, lepaskanlah kami dari kesusahan & kehancuran kerana akibat orang yang melakukan maksiat,


بِأَهْلِ اْلبَدْرِ يَا اَللهْ

وَكُلِّ بَلِيَّةٍ وَوَبَا

Segala macam cubaan & penyakit menular. Dengan berkat pejuang Badar Ya Allah.